Thursday, May 31, 2007

Study Adobe Photoshop

Rebutlah peluang yang ada kerana peluang yang keemasan hanya datang sekali.Semua kat bawah nie adalah ku copy dari contoh proses menggunakan adobe photoshop.Banyak lagi contoh2nya.
sebelum
selepas

sebelum
selepas


tulisan di cawan

SEMUA CONTOH DI ATAS SEBAGAI SEMANGAT

Ntahlah semalam ku terjumpa satu website yang cukup menarik.Dah lama mencari akhirnya ku temui.Jodoh pertemuan semestinya tak dapat nak dielakkan.Sememangnya tidak rugi dok mencari benda2 yang baik dalam alam maya ini cuma yang rugi kalau cari yang tak bape elok.Sedap mata memandang berat dosa memikul.

Sambil dok baca2 entry pasal komputer terjumpa satu artikel yang cukup menarik perhatianku.Apa tak nya dah lama mencari lebih -lebih artikel pasal nak editing gambar. memang susah nak temui.Kebanyakan kalau kat malaysia kena belajar masuk kursus komputer ataupun kursus perkara2 yang berkaitan dengan komputer. Selama diri ini mengadap komputer, terlalu banyak yang dapat ketahui. bermula dari yang tak reti pasal komputer sehingga sekarang ( bukan nak bangga diri) dah boleh memasang dan membaiki komputer sendiri tanpa pertolongan. semuanya kerana banyak membaca jugak pertanyaan melalui forum2 yang ku harungi.Begitu juga pengalaman menolong teman2 sedikit sebanyak menolong diri ini meningkatkan pengetahuan pasal komputer.

Hari nie sebagai kongsian bersama diri ini ingin berkongsi maklumat pasal cara-cara nak editing gambar menggunakan software adobe photoshop CS2 atau CS3.

Ader sikit sebanyak tutorial yang diajarkan kat website nieh.sila lah pada mereka yang ingin belajar editing gambar tanpa belajar kat mana pusat kursus komputer..anda akan dapat satu ilmu yang amat bernilai sekali tanpa mengeluarkan kewangan yang banyak.

Silalah ke WEBSITE NIE ..insyaAllah tak akan menyesal...

Rujukan:http://zulkiplyharun.com/php/index.php

Wednesday, May 30, 2007

Azab Anak Derhaka Hadapi Sakaratul

Realitinya kehidupan anak2 remaja zaman sekarang banyak tidak mengendahkan pesanan larangan ibu bapa mereka apatah lagi pesanan guru2 di sekolah jauh sekali tak dihiraukan.Kisah ini tak kiralah berlaku atau tidak yang pastinya banyak peristiwa2 seperti ini berlaku cuma tidak dihebohkan pada orang ramai kerana mungkin mengaibkan keluarga tersebut.Tetapi sebagai pengajaran kepada yang lain tak dapat tidak kena bagitahu juga.sebagai kongsian bersama hamba cedok satu kisah yang mungkin benar2 berlaku untuk sahabat2 ambik sebagai pengajaran agar tak menyesal di kemudian hari.sama2 kita ambik iktibar peristiwa di bawah ini.


"Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas dikatil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.


Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya = supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan

di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah."


sumber: tranungkite

Tuesday, May 29, 2007

Enam Jenis Isteri Yang Menjahanamkan Suami

Gambar hiasan

Buat panduan bersama ...

Seorang isteri bukan saja memegang kunci kebahagian dan ketenteraman jiwa suaminya, malah ia memegang kunci kejayaan hidupnya.

Kenyataan bahawa setiap di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana. Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakit, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati , tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak. Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di kalangan orang ramai, kerana tingkah laku sosial seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.

Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat mereka tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam hidup.

( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan

Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara titik bengik mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya. Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.

( 2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter

Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain. Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain. Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras. Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.

( 3 ) Isteri diktator

Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya. Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi. Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadi seorang yang tidak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.

( 4 ) Isteri yang suka campur tangan

Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pejabat atau majikannya dan menimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain

( 5 ) Isteri yang boros

Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya. Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit. Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidk lagi mempunyai kesempatan-kesempatan untuk memajukan dirinya.

( 6 ) Isteri sosial

Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah. Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu sosial itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu. Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan patah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhan yang menyedihkan.

sumber:drtuah.com

Monday, May 28, 2007

Mandi malam & minum air batu, kesannya ke atas paru-paru.



Kesihatan merupakan salah satu punca ketenangan dalam hidup,kecemerlangan dalam hidup tetapi ramai dari kalangan kita tidak mengendahkan malah membuat ikut suka hati jer.Maklumlaa fahaman "aku adalah aku dan kamu adalah kamu" sebab tu ramai dari kalangan mereka yang belum kena penyakit bersifat seperti itu.Nasihat kesihatan buat tak endah jer malah ade yang terus meredah jugak semata2 memuaskan nafsu diri tanpa menghiraukan ape yang akan terjadi n bakal berlaku.Maka bolehlah dikatakan kita sendiri mencari penyakit bukan penyakit yang inginkan kita...Untuk ingatan kesihatan kali nie hamba ambik satu artikel dari sebuah website sebagai kongsian kita semua...

Oleh emjay

"Assalamualaikum wbt sekelian muslimin.

Setelah saya menulis tentang tapak tangan yang lembap dan basah, ada yang minta penjelasan lanjut secara lebih ilmiah atau secara saintifik mengapakah mandi malam dan minum air batu merosakkan paru-paru.

Lebih dahulu saya menjelaskan pengertian sains itu sendiri.
Sains menurut kamus oxford ialah satu cabang ilmu pengetahuan yang melibatkan pemerhatian dan eksperimen untuk membuat rumusan idea, penerangan dan pemahaman terhadap fenomena alam semula jadi.

Dan ini pula adalah penjelasan yang lebih menyeluruh mengenai sains di wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sains

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru.

Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air.

Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esofagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.

Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas). Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas.

Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom “kalah sejuk” iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya.

Berikut pula adalah penjelasan bagi kes mandi malam.

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.

Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.

Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair.

Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ”.

Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ”.

Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa!”. Begitulah kata-kata orang yang degil.

Dari penjelasan ringkas saya di sini boleh dirumuskan bahawa:

MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.

Sekian Wassalam Wallahualam.

sumber:http://emjayjb.multiply.com/


Tanda-Tanda Satu Bangsa Di Kalangan Umat Yang Hendak Menuju Kehancuran


Apabila pemimpin-pemimpin ditaati kerana takut, bukan kerana sayang dan dihormati. Di hadapan rakyat menggangguk, di belakangnya mengata dan mengutuk kerana pemimpinnya zalim.


Apabila para ulamanya di kalangan mereka ramai yang jahat-jahat, gila dunia dan mengampu orang-orang besar.

Apabila orang-orang kayanya tamak dan bakhil.

Ahli-ahli perniagaannya penipu dan memikirkan keuntungan semata-mata serta tidak memikirkan halal dan haram.

Apabila orang-orang miskin tidak sabar dan tidak redha.

Para wanitanya hilang malu. Seperti tidak segan-silu dan malu mendedahkan aurat.

Orang-orang mudanya tidak menghormati orang tua.

Anak-anak tidak menghormati ibu bapa.

Isteri-isteri tidak taat dengan suami.

Suami-suami dayus.

Murid-murid tidak hormat kepada guru.

Guru-guru tidak sayang kepada murid.

Banyak berlaku krisis dan perpecahan.

Apabila banyak berlaku perzinaan.

Apabila banyak berlaku bermuamalat dengan riba dan rasuah.

Banyak berlaku jenayah seperti pergaduhan, pembunuhan, perompakan, pencurian.

Apabila ramai yang lebih cinta dunia daripada Akhirat.

Apabila ramai yang tidak bersembahyang dan membayar zakat.

Apabila hendak mengamalkan Islam secara syumul terlalu banyak rintangannya.

Orang baik sedikit, orang jahat ramai.

Perkara-perkara yang halal susah hendak dicari.

Apabila ilmu agama dijadikan wasilah untuk mencari kepentingan dunia.

Orang baik dianggap jahat, orang jahat dianggap baik.

Pemimpin bangsa itu adalah di kalangan orang jahat.

*jika di perhatikan senarai diatas semua dah belaku pada kita hari ini,apa
pendapat saudara/ri semua ?

Saturday, May 26, 2007

Rintihan orang seorang gadis

SAYA adalah seorang rakyat Malaysia yang berusia 22 tahun. Saya sudah bekerja. Bangga saya menyatakan, dalam usia ini, saya membelanjakan 50 peratus atau kadangkala sehingga 70 peratus wang gaji saya untuk kegunaan ahli keluarga yang lain.

Ibu dan bapa saya sudah tidak bekerja dan saya mempunyai dua orang adik yang masih bersekolah.

Saya selalu memikirkan jalan untuk membuat dua atau lebih kerja dalam satu masa untuk menjana ekonomi yang lebih baik.

Bekerja di kota metropolitan dengan pendapatan lebih kurang RM2,000 sebulan, saya bersyukur kerana masih mampu hidup dengan agak sempurna. Tapi itu dahulu.

Inilah rintihan hati saya - anak Malaysia. Dahulu, dengan berbesar hati saya menghulurkan wang pada ibu untuk membeli keperluan dapur dan membayar bil-bil tertunggak.

Kini, sebelum menghulurkan wang, saya selalu bersedih. Semuanya kerana mengenangkan harga barang yang telah naik. Saya merasakan hidup semakin susah. Mungkin segelintir daripada anda tidak merasakan beban ini kerana saya nampak ramai warga kota memiliki dua kereta.

Atau mungkin bagi anda yang bekerja kerajaan, anda tidak perlu gusar kerana gaji telah naik dan ada elaun perjalanan, rumah dan sara hidup. Sedangkan pekerja swasta seperti saya, tidak.

Sekarang ini, rakyat Malaysia selalu dinasihatkan supaya berjimat cermat. Sememangnya saya hanya membeli barang yang perlu sahaja. Sekarang pun, ibu sudah tidak beli coklat untuk adik-adik. Kerana wang untuk beli coklat sudah digunakan untuk membeli barang keperluan penting yang sudah dinaikkan harga. Kenapa ini semua terjadi? Saya sangat kecewa.

Saya bukan meminta nasib saya atau rakyat Malaysia yang senasib dibela. Saya cuma harapkan pengertian dan pertimbangan supaya kami juga dapat hidup selesa.

Saya faham, kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak untuk kemudahan rakyat. Bank-bank juga menyediakan perkhidmatan pinjaman bank. Adakah ini bermakna, dengan kenaikan harga barang, tol, minyak kenderaan dan minyak masak, kami digalakkan untuk mengambil pinjaman bank? Dan adakah kami layak? Tidak.

Yang layak hanya yang berpendapatan tinggi dan mampu hidup senang.

Kita juga sudah maklum dengan isu kad kredit yang melanda baru-baru ini. Kita tidak perlu terlalu menuding jari dan nampak mereka menggunakan kad kredit untuk kemewahan semata-mata. Sebahagian terpaksa menggunakan kad kredit hanya untuk membeli barang keperluan dapur.

Percaya atau tidak, saya sendiri sudah terlalu berkira untuk makan. Mana-mana tempat yang saya pergi, semua mengenakan cukai perkhidmatan. Kedai makan terutamanya. Adakah pihak berkenaan memantau, restoran mana yang layak dan tidak layak mengenakan cukai?

Untuk membeli setin air berkarbonat juga dikenakan cukai. Itu bukan restoran mewah atau hotel.

Dahulu, saya mampu merehatkan diri dengan urutan kaki refleksologi. Sekarang, perkhidmatan tersebut juga mengenakan cukai.

Bagaimana saya mahu menyambut seruan kerajaan supaya berjimat cermat sedangkan mereka ‘memaksa’ saya membayar cukai untuk segala-galanya?

Jika dalam sehari, saya terpaksa mengeluarkan RM10 untuk membayar cukai perkhidmatan, bayangkan dalam sebulan berapa? Bukankah saya dapat gunakan wang itu untuk menyimpan? Atau membayar wang pengajian saya?

Kepada sesiapa sahaja yang selalu menuduh golongan kami sebagai pemboros, anda berhentilah menyuruh kami berjimat cermat.

Saya sedih dan terlalu kecewa. Anda tidak tahu liku-liku kehidupan kami. Anda janganlah sewenang-wenangnya memberi nasihat. Nasihat itu baik, tetapi jika tidak kena gaya dan cara, memang meloyakan.

Saya bukan mahu dianggap pandai, sekadar mahu luahan hati saya ini dihormati. Ambillah inisiatif dan perbetulkanlah keadaan.

– GADIS 22,

Kuala Lumpur

sumber:utusan



Friday, May 25, 2007

destob komputerku

Sambil menjelajah di alam globalisasi mengenai windows vista semalam terjumpa satu program 3d yang menakjubkan..Sebelum nie dah ada dah program seperti nieh tapi tak lah hebat sangat.3D yang shin guna dulu sama cam 3D ubuntu... Tapi kali nie shin jumpa 3D yang agaknya lebih canggih sikit dari linux ubuntu..Cantik gak design dia ..so shin mencuba ler kat komputer shin. wahahaha... tak sangka tul seperti yang dipamerkan .. memang cantik siut design dia..destob shin berubah terus bila menggunanya. Ramai member yang bagi komen kat situ tapi program tu takleh nak download full, kena bayar ler .so shin cari ler alternatif yang lain kot2 ader jalan supaya guna program tu full .last2 jumpa gak. nie dia design program destob yang shin jumpa hehehe.lebih kurang camni ler contoh dia .


hehehe..cantik kan..kalau nak mencubanya leh la cari kat website...taip jer flip 3D download tapi kena bayar ler hahaha... okies jangan cemburu ngan destob shin nieh yer..selamat mencuba untuk mereka yang nak merasai kehebatan 3D windows vista dengan menggunakan windows xp.


Thursday, May 24, 2007

Doa Nasyid


bismillah.... ya rahman..nu ya rahim... bismillah...
bismillah.... ya fatta..hu ya halim... bismillah...

ya allah... ya mannannnu... ya karim... ya allah...
ya allah... ya mannannnu... ya karim... ya allah...

bismillah....
bismillah....
bismillah....

ya robbi... sudilah pandang kami
terangi jalan gelap ini
jangan biarkan aku terus sendiri
mencari mendaki dan berduri
ya robbi... dengarlah doaku ya robbi.....

hadirlah dalam kehidupan kematian kami
cubaan ujian ku lalui ya allah ya rahman... ya rahimm...
ya robbi... sudilah pandang kami
terangi jalan gelap ini
jangan biarkan aku terus sendiri
mencari, mendaki, dan berduri

ya robbi.... dengarlah doaku

ya robbi....
hadirlah dalam kehidupan kematian kami
cubaan ujian ku lalui ya Allah yaa rahman... ya Rahimm...

...........................................................................
tuhan berikanlah aku
pada jalan yang engkau tunjuki
pada mereka yang engkau beri
begitulah juanya aku
apakah aku yang terleka
apakah aku yang tidak tahu
di dunia ini jalan berliku
ku pohon pentunjuk ilahi

ohh tuhanku
aku percaya pada segala
ranjau kehidupan ini
rahmatMu luas tak terhingga
aku insan yang masih mencari
akan ku tempuhi
segala dugaan
mereka mentertawakan aku
sumber yang kau ilhamkan kepadaku
yang ku berikan kepada mereka
mengapa tidak diikhlaskan
panjatkan syukur padamu ya rahman...
ohh tuhanku.. redhailah hidup ini

ohh tuhanku
aku percaya pada segala ranjau kehidupan ini
rahmatMu luas tak terhingga
aku insan yang masih mencari
akanku tempohi segala dugaan
mereka mentertawakan aku
sumber yang kau ilhamkan kepadaku
yang ku berikan kepada mereka
mengapa tidak diikhlaskan panjatkan syukur padamu ya rahmann
ooh tuhanku redailah hidup ini

kini aku bersama mereka
berdamping bercita-cita sama
kemesraanku kian terhimpit
begitula selalunya aku..


Selalulah kita berdoa tak kira di mana kita berada.ketika senang, ketika susah..jangan sesekali kita meninggalkan permohonan kita pada Allah.sentiasa memperbaharui permohonan kita tak kira berjuta kali pun.Allah sentiasa mendengar doa kita..dan Ingatlah ada 3 tahap Allah memperkenankan doa kita..

1.Diperkenankan ketika itu juga ( masa kita berdoa)
2.Ditahan sehingga masa akan datang..mungkin esok atau lusa baru diperkenankan
3.Ditahan selama kita di diunia tapi diperkenankan ketika hari pembalasan nanti (hari akhirat)

Bedoalah kerana doa itu senjata mukmin..selalu memohon keampunan kepadanya..insyaAllah semuanya selamat dunia dan akhirat..

Wednesday, May 23, 2007

Carlsberg keluarkan beer tanpa alcohol untuk pasaran Negara islam.

Oleh aina_sofea

jolly

Carlsberg Brewery Malaysia Bhd yang beroperasi di Shah Alam, Selangor telah bertekad untuk meluaskan pasaran mereka khususnya ke negara Arab di Asia Barat bagi produk Beer tanpa alkohol.

Menurut Pengarah Urusan Carlsberg yang baru, Soren Holm Jensen dalam temubual bersama wartawan The Edge FinancialDaily, beer tanpa alkohol ini akan disasarkan kepada masyarakat Islam disana. Tiada sebarang logo halal akan diletakan pada pelekat botol minuman berkenaan, kerana ianya dikeluarkan dari kilang yang sama yang memproses minuman beralkohol yang lain keluaran syarikat ini.

Perkara ini sekaligus dilihat sebagai strategi untuk mempromosikan jenama Carlsberg di dunia arab dan tidak mustahil pada masa akan datang permintaan terhadap arak Carlsberg akan wujud di sana.

Langkah Kerajaan Malaysia menaikkan cukai minum keras, langsung tidak menjejaskan prestasi jualan syarikat ini yang kini mensasarkan Malaysia sebagai induk bagi pengeluaran produk minum syarikat Carlsberg untuk pasaran seluruh dunia.


Di mata dunia, umat Islam seluruh dunia melihat bahawa negara yang mempengerusikan OIC ini sebagai contoh 'negara Islam' yang berjaya. Hakikatnya Islam di negara ini berjaya menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran arak yang terbesar di rantau ini.

Seluruh Umat Islam dinegara ini akan berdosa sekiranya negara ini terus menerus menjadi negara pengeluar arak yang merosakkan umat Islam dan umat lain diseluruh dunia.

Di akui bahawa arak adalah kegemaran bagi beberapa golongan di Malaysia ini dan itu adalah hak asasi mereka. Walaubagaimana pun semua agama yang ada di Malaysia menolak arak atau beer sebagai minuman kerana ianya lebih banyak mendatangkan mudarat dari kebaikan.

Jumlah pengeluaran arak di Malaysia sudah melebihi dari jumlah keperluan pasaran dalam negara. Tindakan Carlsberg yang ingin meluaskan pasarannya benar-benar mencabar prinsip agama Islam .

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

(1) yang memerasnya,
(2) yang minta diperaskannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.

sumber:http://tranungkite.net/

Kunci Kepada Kesihatan Unggul


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa sesetengah orang sentiasa sihat sejahtera tetapi yang lain selalu terkena penyakit dan tak kurang juga yang menderitai penyakit kronik. Kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan adalah sistem imun yang sihat.

Manusia dikurniakan dengan sistem imun untuk melindunginya dari serangan berjuta-juta virus, kuman, bakteria, kulat dan parasit yang boleh mendatangkan berbagai-bagai penyakit. Sistem imun bekerja 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu untuk memastikan kita kekal sihat. Ia terdiri daripada berbilion sel darah putih yang keluar masuk dari timus, nodus limfa, hati dan limpa. Sel-sel ini bergerak di dalam saluran darah dan saluran limfa ke lokasi yang diperlukan untuk menentang musuh. Namun begitu keberkesanan sistem imun semakin berkurangan apabila usia kita makin meningkat. Faktor yang melemahkan sistem imun antaranya adalah tabiat makan yang buruk, makanan berproses, hormon dalam ayam dan daging ternakan, tidak cukup rehat, stres, bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai), alkohol, tidak bersenam, dll.

Kita tentu pernah mendengar ungkapan "punca penyakit adalah perut", kini kita memahami apa sebenar maksudnya. Apa yang kita makan dan minum boleh merosakkan sistem imun kita. Apabila sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan mendapat penyakit.

Pakar gerontologi percaya bahawa kegagalan sistem imun akan membawa kepada kematian awal. Oleh itu, mempunyai sistem imun yang bertenaga dan efisien menjadi satu daripada perkara penting untuk menghadapi hari tua dengan jayanya.

Bagi mengekalkan sistem imun yang sihat, seseorang harus membetulkan kesemua faktor yang menjejaskan keberkesanannya. Kita perlu mengambil diet sihat yang seimbang dengan membanyakkan buah-buahan (yang dipetik apabila sudah masak ranum), sayur-sayuran, protein berkualiti tinggi (yang bebas dari racun serangga dan suntikan hormon) dan bersenam.

Kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan di masa hadapan adalah memperkasakan sistem imun. Sebelum kita membuat sesuatu, kita perlu memberi perhatian kepada sistem imun terlebih dahulu. Jadi, sebelum mengambil berbagai pemakanan tambahan untuk menambah kesihatan, kita perlu membantu sistem imun terlebih dahulu.

Mengamalkan sistem pencegahan lebih awal banyak membantu seseorang ke arah kesihatan yang baik.Ramai dari kalangan kita kebanyakannya mengambil berat tentang kesihatan bila sudah terkena penyakit.Islam mengajar kita supaya mencegah penyakit daripada mengubati penyakit tetapi kita mengambil mengubati lebih utama dari mencegahnya..Ayuh kita jaga kesihatan kita samada rohani jua jasmani agar hidup dengan sihat sejahtera di alam dunia ini.Stabilkan makanan rohani akan membawa sihatnya jasmani kawalan makanan jasmani akan menguatkan rohani......sama-sama kita jaga kesihatan kita...

Hidup sihat..jiwa sejahtera

Monday, May 21, 2007

Insaflah wahai diri


Aku bukan seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
aku tidak pandai menyulam rahsia
juga tak pandai ku bermadah pujangga
jika ada benci di hati katakanlah padaku
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga
kerana tidak sanggup lagi
mempermainkan dustur ilahi
hakikat hati tak terluka walau zahirnya ada yang ketawa
tuhan ku mohon kan ampunan ketelanjuran yang berulangkali
teman kita patrikan disini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq ilahi
......>lirik sebuah nasyid Akhil Hayy<....


Dalam berjuang begitulah yang terpaksa kita tempuhi.kerana kita tahu bahawa Allah takkan membiarkan kita beriman begitu saja tanpa kita diuji. Sejauh mana pergantungan kita dengaNya, sejauh mana kesetiaan kita padaNya, sejauh mana harapan kita terhadapNya, sejauh mana rasa cinta yang kita bagiNya juga sejauh mana bukti kita menuju ke arahNya semua kita diuji.Tanpa ujian kita tak tahu mana intan, mana permata, mana kaca, mana yang asli serta mana yang palsu. Pelbagai ujian yang telah diuji pada mereka-mereka yang terdahulu bagi membuktikan siapa yang menjadi hambanya yang sebenar.Ada yang berjaya serta ada yang tertewas .Tapi ketahuilah Allah tidak apa-apa kerugian pun bagi hambanya yang derhaka serta tak ada keuntungan punbagi hambanya yang setia.Firman Allah yang bermaksud:

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?.Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.Bahkan Patutkah orang-orang Yang melakukan kejahatan menyangka Bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami? amatlah buruk apa Yang mereka hukumkan itu.Sesiapa Yang percaya akan pertemuannya Dengan Allah (untuk menerima balasan), maka Sesungguhnya masa Yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Al Ankabut 2-5

Ramai dari kalangan kita buat biasa sahaja dengan ujian Allah malah tidak mengambil tahu serta menganggap seperti lumrah semulajadi tanpa merujuk kenapa perkara terjadi.Hidup dalam kenikmatan dunia kesenangan dunia tidak ada sedikitpun di hati bahawa itu adalah pemberian dariNya.Menganggap semua adalah hasil usaha titik peluhnya tanpa mengira bahawa semua itu kurniaan dariNya. Ingatlah kita..semua anggota kita..tangan..mata..kaki..semuanya akan jadi saksi dihadapanNya di atas segala tingkahlaku kita di dunia ini.Satu persatu dipersoalkan... apa yang kita buat?, apa peranan kita terhadap agama Allah?, apa sumbangan kita pada agama Allah semuanya tak lepas dari dipersoalkan..Bagi yang mempunyai ilmu lalu menyembunyikan tunggulah murka dariNya .Bagi yang tak tahu atau buat-buat tak tahu juga ada balasannya..Sedarlah kita...DARI MANA KITA DATANG ,DI MANA KITA SEDANG BERADA, KE ARAH MANA TUJUAN SEBENAR KITA...

Untuk menguji setakat mana rasa cinta kita pada Allah cukuplah dengan bukti akan perasaan kita terhadap majlis2 ilmu agama, perasaan kita terhadap mereka yang berusaha mendirikan serta meletakkan agama pada tempatnyanya...perasaan kita terhadap mereka yang menggunakan agama untuk mencari habuan duniawi..perasaan kita terhadap mereka yang menjual agama untuk kepentingan peribadi.perasaan kita pada mereka yang meremeh-remehkan kaum kerabat Nabi Muhammad SAW....Sama-sama kita ingati kata-kata saidina Umar al khattab r.a ..hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan oleh Allah..... moga kita dirahmatiNya selalu..

Ya Allah..ampunkan dosaku..dosa kedua ibu bapaku..dosa rakan-rakan seperjuanganku..dosa umat islam seluruhnya..bantulah kami menuju ke jalan yang kau redhai..jauhkanlah kami dari jalan yang engkau murkai..hancurkanlah mereka-mereka yang menjatuhkan agamamu..kuatkanlah mereka yang berusaha mendirikan agamamu...aminn.. yaa rabbal 'aalamin.

Saturday, May 19, 2007

news my design


Hari nie ntahlaa tetiba nak ubah selera kat blog nieh. nak ubah kaler n background dia.. ambik masa gak nak mengecam mana letaknye code2 dia.. n akhirnye setelah bertungkus lumus siaplah dengan 90% puas hati..

Blog kali nieh bertukar kaler pada hijau n kebiruan warna laut.. sebelum nie hijau n kuning .. bagi sesiapa yang pernah ke laut tahulah kaler sebenarnya laut nieh.. kat depan kita nampak biasa jer cam air-air biasa kalernyer ..bila dok jauh sikit nampak kebiruan tapi kalau dok tengah2 laut akan nampak kehijauan n kalau dok atas kapal terbang akan nampak kebiruan macam langit..hahahaha... ehh ape aku nak tulis nieh hahaha merapu jer hari nieh. maklumlaa membaca takder mood.. malam nie lak ader bola..mancester VS chelsey hahaha kata kawanku..ntah laa aku tak kisah sangt bab-bab bola nieh...kuang2 tapi join gak hahahaha...

huh.. letih siut.... nak siapkan blog nieh..apa pun segala teguran dan nasihat amat di alu-alukan..janji jangan mengumpat kat belakang huhuhuhu...

Kepada yang baru mengenali diri ini semoga jalinan yang terjalin antara kita semua membawa kepada hubungan yang erat dan kalau boleh jika ade masalah di kalangan kita sama-samalah kita mencari jalan penyelesaian mudah mudahan Allah akan menyelesaikan masalah dalam diri kita yang tak boleh kita selesaikan...Apapun hubungan kita dengan pencipta jangan abaikan.selalu minta pertolongan kepadaNya di samping ikhtiar dari diri kita sendiri perlu ada..

Moga hari-hari yang kita lalui membawa erti untuk kehidupan kita masa depan, dunia dan akhirat...

Friday, May 18, 2007

Samba-samba harian

Banyak perkara yang ku fikirkan sejak-akhir nie. sehinggakan fikiran jadi buntu.nak menulis pun takder mood. Ntah mana peginya Mood aku nieh...ke mana menghilang tak tahulaa..kalau leh kejar dah lama ku kejar mood nieh.Biasala bulan EXAM...gementar dalam hati tu memang takleh nak mengelak tapi sebabkan ku fikir semuanya insyaAllah akan berlalu dengan kemanisan itulaa dapat mengurangkan sikit rasa gementar.

Bila melihat kawanku busy membaca, menghafaz..dok pi mai pi mai sana sini ngan nota di tangan rasa dengki gak huhuhuhu. Ader gak time -time aku wat lawak kat kawan aku yang rajin tuh..ku katakan padanya "Takleh bagi ker sikit kerajinan kau tu kat aku nieh hehehe..transfer cam file kita sharing dalam komputer nieh" dan kadang-kadang ku dok ajuk kawanku yang semacam aku gak... kataku " Meh kita gie beli 'rajin' ...mana tau ade jual kat mana-mana kedai" melawak jer ..tapi tulaa yang berlaku..bila rasa malas sangat..Kawanku lak katanya" kalau leh cari takderlaa jadi camnie, kat mana ler ader jual 'rajin' nieh"..hahahaha.. sambil gelak..

Begitulaa gelagak kitorang time2 nak exam.Nak wat cam mana...kalau tak wat lawak camtu ..asyik serius jer agaknya tertekan jiwa dibuatnya tambahan lagi study last minute.Susah tu nak menghadapi exam nieh..apa pun ku harapkan diri ini ada sentiasa ceria walaupun dalaman merasa berat untuk menempoh exam kali ini..

Ya Allah Ya Tuhanku..ampunkan dosa2ku..dosa kawan2ku dosa kedua ibubapaku serta dosa kaum muslimin semua.. Bantulah kami ketika kami kesempitan..luangkan dada kami.Tambahkan ilmu yang membawa kami makin menghampirimu serta jauhkanlah kami dengan ilmu yang makin menambahkan benteng denganMU...aminn..

Hanya hujan turun

Hari nie sambil2 rilek daku mendengar ceramah ustaz Akhil Hayy yang daku download dari youtube berlansung di Bachok Kelantan baru-baru nieh tiba-tiba secara tak sengaja mouse di tangan terdetik membelek ruangan berita kat Berita Harian hari nie.Bila bukak jer terjegil mataku ternampak satu artikel kat situ ..Sememangnya tidaklah mengejutkan sangat sebab lumrah kehidupan kita dalam seharian memang semestinya tak dapat tidak terpaksa menerima segala kenaikan.Dan di kalangan kita juga tak membantah sikitpun kalau membantah jugak hanya setakat dalam hati.Terfikir sejenak kata-kata Ustaz Akhil Hayy tadi..Katanya dia ternampak satu poster masa kempen mengundi di Pengkalan pasir kat Pasir Mas Kelantan suatu masa dulu tertulis"BN mene Qlate Sene" maksudnya BN menang Kelantan senang.banyak jugak poster2 parti pembangkang yang menolak kenyataan poster itu "BN mene rakyat Deme"maksudnye BN menang rakyat demam"..Lanjutnya Ustaz Akhil Hayy menambah lagi sambil menghuraikan apa dia BN itu...maka kuarlah seprti di bawah nieh....

BN : Barang naik?.....
BN : Bila naik?........
BN : Baru naik?.........
BN : Berapa naik?........
BN : Banyak naik? ..........
BN : Banjir naik?........

nie view ceramah beliau...



Harga roti canai, capati naik 10 sen bulan depan

KUALA LUMPUR: Walaupun kerajaan menetapkan kenaikan harga makanan berasaskan gandum tidak melebihi 10 peratus daripada peningkatan harga bahan itu sebanyak 15 sen kelmarin, harga roti canai dan capati akan naik 10 sen mulai bulan depan.

Timbalan Presiden I Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Kamarul Zaman Seenimohideen semalam berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan kos minyak masak, marjerin, gas dan terbaru tepung gandum.

“Sudah dua kali harga tepung naik dalam tempoh empat tahun, tetapi kita masih jual roti canai sekitar 60 hingga 80 sen sekeping,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas kenaikan harga siling tepung gandum sebanyak 15 sen sekilogram berkuat kuasa Isnin lalu.


Kamarul Zaman mencadangkan kerajaan memberi subsidi untuk mengelakkan pengusaha restoran menaikkan harga makanan berasaskan tepung gandum kerana peniaga membelanjakan kira-kira 70 sen bagi menghasilkan sekeping roti canai dengan untung hanya 10 sen.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan kenaikan harga tepung gandum sebanyak 15 sen kelmarin berkata, sebarang kenaikan harga makanan berasaskan bahan itu mesti dalam lingkungan atau tidak melebihi 10 peratus.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan jika ada peniaga yang menaikkan harga makanan pada kadar melampau.

Di KOTA KINABALU, tinjauan Berita Harian mendapati harga beberapa makanan berasaskan tepung mula naik dengan roti canai dijual antara RM1.10 dan RM1.20 sekeping berbanding RM1 sebelum ini.

Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash), Datuk Patrick Sindu, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan mengenai kenaikan harga makanan berasaskan tepung gandum.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Jaafar Walat, berkata pihaknya memang menjangka peniaga akan mengambil kesempatan menaikkan harga makanan, seperti yang berlaku sebelum ini termasuk ketika kenaikan harga diesel dan petrol.

Di GEORGETOWN, beberapa peniaga yang ditemui mendakwa kenaikan harga tepung gandum dan bahan lain menyebabkan keuntungan mereka semakin merosot.

Pengusaha kedai roti, Abdul Wahab Abbas, berkata jika harga tepung terus meningkat, beliau terpaksa menaikkan harga roti keluarannya.

“Kita akan meneliti perkembangan ini dan mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Peniaga Roti Pulau Pinang bagi mencari penyelesaian,” katanya.

Di ALOR STAR, Pengerusi Pengusaha Restoran Islam Malaysia, Sihabutheen Kirudu Mohamas, berkata setakat ini lebih 150 ahlinya masih mengekalkan harga roti canai 60 sen sekeping.

“Bagaimanapun, dengan kenaikan harga tepung sebanyak 15 sen sekilogram kita sukar bertahan lagi dan akan bermesyuarat bulan depan untuk menentukan tindakan lanjut,” katanya.

Di SEREMBAN, seorang peniaga di Senawang, Salbiah Yassin, 39, berkata harga roti canai dan kuih muih yang dijual masih kekal tetapi saiznya lebih kecil berbanding sebelum ini supaya dapat menyerap kenaikan kos itu.

Di KUCHING, seorang peniaga kedai makan di Jalan Main Bazaar, Rahim Abdullah 45, berkata kebanyakan peniaga masih menunggu perkembangan selanjutnya sebelum menaikkan harga roti canai dan capati.

"Kami bercadang untuk menyemak harga makanan berasas tepung pada bulan depan kerana enggan kehilangan pelanggan yang sudah biasa dengan harga lama," katanya.

Di MELAKA, penjual kuih muih, Rusminah Ali, 41, mengakui kenaikan harga tepung sedikit sebanyak menjejaskan pendapatannya kerana terpaksa berbelanja lebih bagi membeli bahan mentah berkenaan.

sumber:berita harian 18 mei 2007

semuanya naik...hanya HUJAN saja turun ....

Thursday, May 17, 2007

Yoga Dan Muslim



Pelbagai Oleh zul_mz

"Dewasa ini kedengaran di banyak tempat dimana YOGA telah dijadikan sebagai satu budaya baru dan ada diamalkan oleh mereka yang berugama Islam.

Di sini saya ingin menyorot seketika terhadap gejala yang membimbangkan ini kerana terlalu ramai umat Islam yang telah menerima "bulat-bulat" sesuatu ilmu tanpa dikaji latarbelakangnya terlebih dahulu yang mengakibatkan berlakunya fasad dan mungkar yang tidak disedari.
yoga
Sejarahnya Yoga

MENGIKUT faktor sejarah, Yoga berasal daripada perkataan Sanskrit `yuga' yang bermaksud bercantum atau bergabung dan integrasi secara menyeluruh antara jiwa dan fikiran bagi melegakan kesakitan serta penderitaan.

Pergerakan serta gaya fizikal dalam amalan Yoga adalah rentetan dan bentuk budaya serta falsafah masyarakat Hindu.

Bukti itu diperkukuhkan lagi dengan penemuan batu di Lembah Indus sekitar 3,000 tahun sebelum masihi menunjukkan bentuk gaya Yoga dan inilah bukti awal arkeologi, bagaimana Yoga berasal.

Bagaimanapun, ada pula versi yang menyatakan, ia bermula sejak 8,000 tahun lampau serta dipercayai dijumpai dalam buku sastera Hindu.

Gaya Yoga daripada batu berkenaan, menyerupai Lord Shiva (Tuhan masyarakat Hindu) dan Parvathi (Dewi), mempersembahkan pelbagai gaya atau Aasanaas serta kaedah pengamalan meditasi.

Tradisional Yoga berasal dari India beberapa ribu tahun lalu yang ditemui oleh pendeta agung (Rishis) dan cendikiawan (Maharishis).

Yoga juga pernah disebut di dalam ayat suci agama Hindu iaitu Upanishads dan Puranas. Malah Upanishads, termasuk dalam sistem pembelajaran Yoga.

Kemudian amalan ini berkembang apabila pengamal-pengamal yoga mendapati ia satu cara untuk menghilang ketangangan (stress) terutama uoleh masyarakat bandar.

Ada yoga yang telah disaring sementara banyak pula yoga yang diambil bulat-bulat tanpa sebarang penyaringan sehingga pengamal-pengamalnya boleh terjerumus ke lembah kesesatan.

HUKUMNYA

Setakat ini belum lagi fatwa tegas yang menyatakan SEMUA YOGA adalah sesat dan haram tetapi fatwa-fatwa berikut boleh dijadikan asas panduan:

Asasnya : Setiap sesuatu jenis "sukan" adalah halal asalkan ianya tidak mengandungi unsur kemungkaran. Merujuk kepada YOGA pula, ia mengandungi unsur peribadatan dan pendisplinan rohaniah yang ada kaitan dengan keugamaan dan justeru itu ulamak-ulamak Islam seperti Al-Syeikh Yusof Al-Qaradhawi memfatwakan ianya HARAM.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) juga berfatwa hampir serupa.

"Mengenai hukum Yoga, kebaikan yang ada adalah sedikit iaitu berupa senaman berbanding dengan keburukan yang ada yang lebih besar yang berupa syubhah ibadah yang boleh menjejaskan kepercayaan dan keimanan individu Islam. Seseorang itu perlu ingat bahawa terdapat banyak lagi cara-cara lain sebagai senaman yang boleh digunakan yang tidak kurang kesan kesihatannya jika dibandingkan dengan senaman Yoga. Sebagai yang dijelaskan dalam kaedah Fiqh, “menolak keburukan adalah diutamakan daripada menarik kebaikan”.

Sila rujuk lamanweb muis.

Ramai pula yang berhujjah bahawa YOGA ini menurut mereka hanyalah satu latihan pernafasan dan untuk menghubungi "minda separa sedar" di dalam usaha meleraikan ketegangan dan penyembuhan sebarang penyakit.

Namun apabila diteliti, kebanyakan YOGA ini dipandu oleh orang yang bukan Islam. Disinilah syaitan boleh mengambil kesempatan untuk menyusup masuk bagi menyesatkan aqidah orang Islam yang nantinya tanpa bekalan Ilmu Tauhid yang mencukupi maka digelincirkan maksud "penyatuan" itu adalah penyatuan dengan Tuhan.

Saya akui memang wujud disiplin ilmu di dalam bidang Psikologi yang mengkaji aspek minda dimana dari sudut saintifik minda kita terbahagi kepada dua bahagian iaitu minda kiri (yang mengawal hal-hal metematika, deduksi, pengiraan dan seumpamanya) dan minda kanan (yang mengawal aspek seni, kreativiti, estetika dan seumpanya).

Dan saya sendiri ada terlibat secara lansung menyaring beberapa ilmu Yoga supaya segala unsur kesesatan dan penyelewengan aqidah dapat dibersihkan kerana memang ada unsur kebaikan di dalamnya cuma yang tidak baik turut juga wujud dan jika tidak berhati-hati ia boleh menjahanamkan aqifdah umat Islam.

Aspek MINDA PERKASA atau SUPERMIND (subconcious mind) yang wujud di dalam disiplin ilmu psikologi memang telah diajar lama di dalam Al-Quran.

Pengaturan pernafasan memang satu keperluan untuk membebaskan ketegangan saraf serta membekalkan oksigen ke dalam jantung manusia supaya aliran darah dapat berjalan lancar dan yang demikian minda dapat berfungsi dengan sempurna dan seimbang.

Dan Islam sendiri juga mengakui malah didalam keadaan tertentu ada menekan aspek pengaturan pernafasan seperti yang diajar di dalam ilmu-ilmu tasawuf dan dan ada juga diajar dan diamalkan di dalam beberapa ilmu seni mempertahan diri (persilatan) yang tidak bertentangan dengan Islam.

Solat itu sendiri yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. misalnya dengan menjaga segala aspek seperti bilangan rakaat, tuntutan berjemaah, rukun dan syaratnya sudah mengandungi hikmat yang banyak. Ia adalah merupakan "senaman" fizikal yang bertindak untuk menyeimbangkan cas positif dan negatif di dalam badan kita.

Rasulullah bersabda bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka." Maka sahabat pun bertanya: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka mencuri daripada solat?" Maka Rasulullah menjawab: "Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud (iaitu mengerjakan solat dengan tergopoh-gapah)." (Riwayat Ahmad, al-Tabrani dan Ibn Khuzaimah).

Dalam satu hadis lain, Rasulullah melarang umatnya mengerjakan solat seperti burung yang mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan al-Nasa'i).

Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Allah tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud." (Riwayat al-Tabrani).


Semua hadith-hadith menekankan aspek "disiplin" di dalam melakukan pergerakan masa solat.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna dan ini hanya berlaku ketika sujud dgn tujuh angota sujud menyentuh bumi mengikut posisi yg disunnahkan.

Jadi di dalam Islam itu sendiri sudah ada ajaran-ajaran yang meruntun kepada aspek spiritualiti yang jauh lebih baik dan sempurna yang apabila dikaji dari sudut saintifik dan psikologi sekalipun terbukti sahih ianya mempunyai pelbagai hikmah untuk manusia seluruhnya.

Justeru itu jelaslah kepada kita betapa perlunya umat Islam mendapat pendedahan ilmu ugama yang secukupnya terutama Ilmu Tauhid dan Ibadah di dalam menolak segala unsur yang boleh menggelincirkan aqidah umat Islam lewat fenomena YOGA yang berbeluasa di negara kita ini apatah lagi YOGA yang dipimpin oleh mereka yang tidak Islam yang mana ilmu yoga itu tidak disaring sehingga segala sampah aqidah dibawa bersamanya.

Wallahu 'alam.

sumber:tranungkite.net

Wednesday, May 16, 2007

ALLAH Sedang Menggantikan Bangsa Melayu Bangang

Fikir Sejenak Oleh AdukaTaruna

"Sekali lagi hamba menegaskan hamba bukan ahli agama. Sila batalkan sebarang pandangan yang bertembung dengan agama. Kemudian sila asingkan perasaan benci hamba itu kepada hamba sahaja. Jangan membabitkan perjuangan PAS, atau ahlinya atau sahabat hamba yang lain. Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datangnya dari hamba sendiri.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.

Oleh : AdukaTaruna

Terlebih dahulu, kepada mereka yang tidak pernah membaca dakwaan hamba terhadap bangsa Melayu adalah bangsa yang bangang (letakkan definasi maki di tempatnya, wahai Melayu yang bangang), sila cari dan baca terlebih dahulu. Kemudian, setelah membacanya, dan masih membenci hamba, sila asingkan kebencian itu khas untuk hamba sahaja tanpa melibatkan rakan-rakan hamba, ahli PAS, komuniti TKO, para pemimpin dan sebagainya.

Yang keduanya, hamba memberi amaran, ini hanyalah sekadar tekaan atau ramalan terhadap apa yang dilakukan oleh tuhan kita yang Maha Agong ini. Dengan memerhatikan apa berlaku seteliti mungkin, dan mencari jawapan tanpa pengaruh ‘free-thiker’ sedaya mungkin, inilah teori yang dijumpai.

Jadi, sudah pasti dan pasti tidak semestinya benar, boleh dibatalkan oleh sesiapa jua. Cuma ambillah teori ini sebagai secebis pengetahuan dari pelbagai pengetahuan yang dikumpul kita, muhasabahlah diri, tetaplah dalam perjuangan. Insyaallah.

Dalam sesuatu masyarakat / negara berkonsepkan Islam, terdapat 2 kumpulan yang amat penting. 2 kumpulan inilah yang akan mencorakkan kepimpinan sesuatu negara atau masyarakat itu. 2 kumpulan itu perlu dijaga kualitinya bagi melengkapkan pusingan demi pusingan corak atau asas kepimpinan sesebuah negara / masyarakat. Mari kita saksikan.

Kejadian 1 : Pengasingan ALLAH terhadap golongan ulama yang dikasihinya.

Pertama sekali, dalam mencari rujukan hidup di akhir zaman ini, pastilah ulama sumber yang paling terdahulu. Mereka pewaris nabi. Tidak mengasingkan segenap perkara dalam dunia ini dari genggaman Islam yang universal. Politik, perniagaan, perhubungan, ketenteraan, kemanusiaan dan sebagainya. Cukup dan lengkap.

Melayu bangang kategori ulama.

Namun, seperti yang kita sedia maklum, ulama juga terbahagi kepada 2. Palsu dan asli. Sunnah ALLAH itu tidak akan kita dapati berubah-ubah. Dari Nabi terdahulu sehingga Nabi Muhammad SAW, dan di bawa kepada penurunan Nabi Isa AS, itulah sunnah ALLAH. Yang benar adalah kecil dan lemah. Menantang kepalsuan yang besar dan kuat. Memiliki kerajaan.

Lihatlah Musa AS dgn Firaunnya, Isa AS dengan kerajaan Yahudinya, Ibrahim dengan Namrudnya (sekadar beberapa contoh), semuanya berhadapan dengan kepalsuan yang lebih hebat dan kuat dari mereka (secara manusia). Inilah sunnah ALLAH.

Al Ahzab : 38. Tidak ada suatu keberatanpun atas Nabi tentang apa yang telah ditetapkan Allah baginya. (Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah-Nya pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.

Kita tidak akan mendapati sebarang perubahan akan sunnah ALLAH ini.

Faathir : 43. Kerana kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.

Pengasingan ALLAH.

Kini kita sudah melihat bagaimana ALLAH mengasingkan golongan ulama asli daripada pemerintah seperti terdahulu.

1. Ishak Baharom dipecat dari Mufti Selangor.

2. Dr. Haron Din keluar dari kerajaan menyertai gerakan politik Islam.

3. Ismail Kamus digam dan ditarik tauliahnya oleh Jabatan Agama Islam Kerajaan Melayu.

4. Pendakwah ditarik tauliah, digam, tidak diberi permit.

5. Masjid dihapuskan tazkirah, digulingkan jawatankuasa dari masyarakat setempat, digantikan dengan ahli-ahli Melayu UMNO.

6. Setiap kutbah dicetak dan perlu dibaca. Tajuk buah-buahan tempatan.

7. Segmen agama TV dipantau, dibuang cabang politik Islam darinya.
dan sebagainya.

Kini mereka telah digantikan. Golongan ulama telah berjaya digantikan. Mufti-mufti Melayu yang sedap di dalam air-cond, bisu di dalam BMW, pondan di dalam banglo. Dan yang terbaru mufti mengaum di dalam zoo, berkokok bab-bab furu’.

Maka pengasingan pertama sudah berlaku………….

Kejadian 2 : Pengasingan yang berlaku terhadap Melayu Bangang golongan muda.

Seperti hujah-hujah yang hamba berikan, bangsa Melayu adalah bangsa yang bangang secara total. Muda sehinggalah tua. Yang membezakan ialah bagaimana bangsa Melayu ini menyedari dan mengakui bahawa dirinya itu bangang, dan mengambil Islam sepenuhnya tanpa separuh-separuh untuk ditunjuki ALLAH, dilindungi ALLAH akan sifat-sifat kebangangannya itu.

Di tajuk kecil dan ringkas ini, kita tumpukan dahulu kepada golongan muda. Golongan muda amat penting dalam sesuatu komuniti / masyarakat / negara. Merekalah yang bakal mengambilalih dan mencorakkan komuniti / masyarakt / negara itu semula. Pusingan inilah yang berlaku dan berlaku.

Melayu bangang kategori muda.

Kita melihat bagaimana ALLAH asingkan Melayu bangang kategori muda ini dengan pelbagai masalah yang melanda akibat dari tangan-tangan Melayu bangang itu sendiri. Pemerintah yang dipilih Melayu mengasakkan golongan muda ini dengan pelbagai dakyah, fahaman, hiburan bagi menjamin survival politik Melayu itu sendiri.

Golongan muda ini tidak boleh dibiarkan pandai. Nanti mereka akan menyedari kesalahan dan kebangangan politik Melayu itu. Mahasiswa dikembirikan oleh AUKU, akujanji, program BTN. Remaja diasak dengan idealogi ciptaan manusia, nasionalisme di bawah PLKN, silibus sejarah di sekolah dipalsukan, mereka disogokkan dengan hiburan, hiburan dan hiburan.

Jangan sesekali golongan muda ini mendapat fahaman Islam. Bahaya bagi politik Melayu yang sedang bertembung dengan politik Islam. SAR perlu dihapuskan. PASTI perlu diharamkan. Jangan sesekali mengambil pendekatan Islam dalam setiap rancangan belia bertaraf negara. Kita perlu sekular demi survival politik Melayu.

Pengasingan ALLAH.

Kini ALLAH mengasingkannya. Yang mana beriman, yang mana munafik. Yang mana kualiti, yang mana kuantiti.

1. Remaja murtad.
2. Black Metal.
3. Rempit.
4. Seks bebas.
5. Bertuhankan artis.
6. Mahasiswa ayam daging kormesial. (tidak tahu berbuat apa-apa)

Dan sebagainya.

Kini mereka telah berjaya digantikan. Survival politik mereka terjamin dengan rekrud Melayu golongan muda yang diperbangangkan. Mereka tidak sedar ALLAH juga sedang mengasingkannya.

Maka pengasingan kedua sudah berlaku………….

ALLAH mengantikan dengan yang lebih baik.

Kini, dengan usaha pelbagai gerakan Islam, sama ada melalui wadah politik, dakwah tanpa gangguan politik, perniagaan, NGO dan sebagainya, kita mempunyai satu lapisan umat Islam yang universal. Islam yang berkembang di tanah air kita ini, walaupun agak perlahan berbanding dengan negara-negara maju yang lain, tetapi menariknya ialah, saudara-saudara baru kita berlatarkan kualiti yang hebat-hebat.

Maha suci Engkau Ya, ALLAH.

Al Ma´aarij : 41. Untuk mengganti (mereka) dengan kaum yang lebih baik dari mereka, dan Kami sekali-kali tidak dapat dikalahkan.

Saudara-saudara baru kita dari golongan professional, intelektual. Pelbagai bangsa. Kita sudah lama mempunyai saudara seperti Ann Wan Seng dan Ridhuan Tee. Kini peluang PAS merebut permata-permata yang dihadiahkan ALLAH untuk diterjemahkan kepada perjuangan Islam. Tuan Guru Nik Aziz berkali-kali menegaskan bahawa Cina yang beriman dan berkaliber layak memerintah negara.

Golongan-golongan permata dari ALLAH ini tidak diendahkan / dianaktirikan oleh pemerintah Melayu atas fahaman nasionalisme. Bumiputera dan sebagainya. Pedulikan mereka. Sunnah ALLAH pasti akan berlaku. Bimbingilah hadiah-hadiah ALLAH ini. ALLAH sedang menukarkan ummat Islam di Malaysia ini dari Melayu yang bangang kepada ummat Islam berkualiti yang universal.

Be a muslim, not a Malay. Islam is universal.

Kesimpulan.

Sekali lagi hamba menegaskan hamba bukan ahli agama. Sila batalkan sebarang pandangan yang bertembung dengan agama. Kemudian sila asingkan perasaan benci hamba itu kepada hamba sahaja. Jangan membabitkan perjuangan PAS, atau ahlinya atau sahabat hamba yang lain. Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datangnya dari hamba sendiri.

Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk terus mengambil Islam sekaligus dilindungi ALLAH dari kebodohan / kebangangan kita ini. Tunjukilah kami Ya, ALLAH. Lindungilah kami Ya ALLAH. Ringankan punduk kami Ya, ALLAH. Kami memerlukan ALLAH, ALLAH tidak memerlukan kami.

Wallahualam.

sumber:http://www.tranungkite.net/

blogger templates | Make Money Online