Friday, June 29, 2007

Balasan mereka tidak bersolat...


Balasan mereka tidak bersolat... Pengetahuan bersama

Solat adalah tiang agama..siapa mendirikannya maka dia telah mendirikan agama.siapa yang meninggalkannya maka dia telah meruntuhkan agama.Solat yang sempurna mampu mengubah kehidupan seseorang, dapat menjernihkan air muka seseorang.Begitu banyak kurniaan Allah yang diberikan pada mereka yang sempurnakan solatnya tapi kena ingat kalau mengabaikannya secara sengaja malah mengambil tak peduli, akibatnya amat dasyat sekali.Mungkin kita yang masih hidup ini belum pernah merasakan apa-apa walaupun meninggalkan sembahyang tapi beberapa peristiwa yang lalu telah menceritakan tentang mereka yang mengabaikan solat.sama2lah kita mengambil pengajaran peristiswa tersebut mudah mudahan kita sentiasa berada di dalam keadaan yang diredhai Allah.

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk
melihat masalahnya. Setelah Mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya".

SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Thursday, June 28, 2007

Apa, siapa, mengapa Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

oleh klpost

nanm

BELUM ADA lagi pemimpin Melayu/Islam yang mampu menandingi kezuhudan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lihat saja rumahnya, inilah rumah untuk seorang menteri besar selama 17 tahun memerintah Kelantan, tidak berpagar, jauh lagi berpengawal. Cakapnya perlahan, tapi isinya dalam, beliau dihormati kawan dan lawan, baik Dr Mahathir, Ku Li, bahkan Lim Kit Siang sendiri. Mahu tahu mengenai peribadinya? Mengenalinya lebih dekat?

rumah


Ulama Islam dan tokoh politik Melayu

Tok guru bersalaman dengan Tun Dr MahathirTENANG, warak, penyabar dan pemurah adalah merupakan ciri-ciri utama yang terkandung di dalam peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang ke-5.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama dan tokoh politik tanahair yang tidak asing lagi sejak lebih tiga dekad yang lalu. Tidak syak lagi, beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang paling komited dan paling gigih memperjuangkan Islam sebagai ad-Deen yang perlu ditegakkan di negara ini.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kegigihan dan komitmennya yang total di dalam perjuangannya itu, akhirnya fajar kejayaannya sudah mula menyinsing di u***** kenyataan hidup. Kelantan sudahpun dapat ditawannya. Berikutnya beliau telah dipilih untuk mengetuai kabinet Kerajaan Islam di negeri ini.

"Semacam ada persafahaman antara para malaikat di langit dan para pengundi di bumi," kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ketika mengulas kemenangan PAS dan Angkatan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Selaku Menteri Besar, Tuan Guru Haji Nik Aziz telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah yang baru sahaja jatuh ke tangannya itu. Pelbagai saranan dan pembaharuan yang membina telah diperkenalkannya.

Tok guru di kediaman beliauBeliau memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk Tabung Kewangan PAS Negeri Kelantan. Beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. Beliau memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan. Dan beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

Ketaralah, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka.


Ahli Parlimen yang komited

Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Malangnya ucapan-ucapannya yang bernas dan panjang lebar itu telah tidak di beri liputan yang sewajarnya di dalam media massa – baik di dalam akhbar-akhbar utama mahupun di dalam media letronik seperti TV dan radio. Hal ini dapat difahami kerana hampir kesemua alat media massa yang penting di negara ini berada di bawah kawalan kerajaan Barisan Nasional.

Kerjaya awal sebagai ahli politik


solatOleh kerana agama dan politik itu saling kait mengait dan tidak boleh dipisahkan, maka Tuan Guru akhirnya telah menceburkan dirinya di dalam kegiatan politik tanahair. Beliau memilih PAS oleh kerana parti itu memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan sebuah pemerintahan Islam di negara ini.

Pembabitan beliau di dalam politik tanahair melalui PAS tidaklah pula sampai beliau mengabaikan penglibatannya di bidang dakwah dan pendidikan agama.

Mulai tahun 1967 Tuan Guru Haji Nik Abdul Azizl mula menyertai PAS. Dalam tahun yang sama beliau telah dipilih untuk bertanding dalam suatu pilihanraya kecil di Kelantan. Beliau menang di dalam pilihanraya kecil itu.

Sejak itu hampir setiap kali pilihanraya, beliau sentiasa memenangi kerusi Parlimen yang ditandinginya iaitu Kerusi Parlimen Pengkalan Chepa. Malah Pengkalan Chepa telah muncul sebagai kubu PAS dan sejak dahulu hingga sekarang kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tidak pernah dapat ditawan oleh UMNO atau BN.

Mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat

Memandang kepada ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama, beliau telah diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan PAS untuk mengetuai Dewan Ulama PAS Pusat mulai akhir tahun 1960an.

Selaku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sering mengingatkan ahli-ahli PAS dan umat Islam di negara ini agar mematuhi kesemua ajaran Rasulullah SAW. Bukannya mengambil bahagian-bahagian tertentu dan membuang bahagian-bahagian yang lain yang dirasa bercanggah dengan kepentingan peribadi.

Kerajaan contoh

bannerSelaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak – dalam dan luar negeri – Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah – di Dewan Zulkifli Muhammad inilah – ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang mereka kasihi dan hormati itu.

Dengan kesungguhan, keberanian dan komitmen yang total, kita yakin kerajaan Angkatan di negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan berjaya menegakkan sebuah kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah ini. Dan kerajaan Islam Serambi Mekah ini, insya Allah akan menjadi sebuah kerajaan Misali yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain di negara ini khasnya dan kepada kerajaan-kerajaan Islam di luar dari negara ini amnya. LOTFI ISMAI

Wednesday, June 27, 2007

Wahjah-wajah Perompak Negara dipamerkan di tol?

Oleh RadenJowo

tolAda pihak menyangkakan bahawa pilihanraya sudah hampir bila beberapa potret pemimpin kerajaan dipamerkan di tiang tol di Damansara.

Di dalam rakyat mencemuh kerajaan yang memaksa tol dikutip di seluruh jalan utama di Kuala lumpur dan Malaysia, dalam masa yang sama, ada pihak yang cuba untuk menonjolkan wajah pemimpin. Samaada untuk mendapat imbuhan atau kredit yang bakal diperolehi kemudian.

Apa pun perancangan pihak pihak tersebut, sepanjang ia ditampal sebenarnya mengunda cemuhan dan kutukan pengguna jalanraya yang menggunakan laluan tersebut. Diantara yang menarik hati adalah gurauan mereka betapa pemimpin sudah mula memberitahu kepada rakyat bahawa setiap pondok tol itu mengutip wang dari rakyat untuk diserahkan kepada pemimpin yang gambarnya ada disana. Dengan lain perkataan, wajah yang terpampang adalah wajah perompak moden yang mngutip wang keringat pengguna jalan raya setiap hari.

Ada pula pengguna yang bergurau diantara mereka dan bertanya, “Siapa rompak kau hari ini?” dan jawab rakan mereka, “semalam najib rompak wang aku, hari ini Abdullah dan esok mungkin Samy.”

tol

Potret pemimpin yang ada disana adalah wajah,

Abdullah Ahmad Badawi,
Najib Tun Razak,
Ong Ka Ting,
S. Samy Vellu dan
Dr Koh Tsu Koon

Potret itu didirikan oleh Kolej Kejururawatan and Kesihatan Masterskill, sebuah kolej swasta yang terletak in Cheras, Kuala Lumpur.

Maka jelaskan lah lagi tanggapan rakyat terhadap pemimpin negara. Berharap sangat agar ianya ditampal diseluruh tol yang ada. Selamat maju jaya perompak negara.

tranungkite.net



Us Ali cabar Mufti Perlis, jawatan Mufti Bidah


Oleh BPPNS

"Dalam satu siri ceramah oleh Us Ali Kutty di Negeri Sembilan, beliau merasakan kebimbangan atas serangan fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa perpecahan di kalangan jemaah surau malah hinggakan ada suami isteri yang bercerai berai.

Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila suami balik mengikuti ceramah golongan ini, si suami melarang isteri dari membaca qunut ketika solat subuh. Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya juga. Apabila si isteri berkeras membacanya maka robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman.

Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam membuat majlis tahlil, maka ada jemaah membantah. Lalu jemaah tadi bergaduhlah dengan imam.

Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua amalan yang ada nas dan dalilnya seperti membidahkan tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah, membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al Quran, kunut, wirid lepas sembahyang dan banyak lagi. Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka. Yang terbaru menangkap orang berkhalwat juga adalah bidaah.

Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau kita setuju semua perkara diatas adalah bidah. Maka bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. Ini adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan mufti. Bahkan zaman Khalifah Ar Rasyidin juga tiada jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al Quran yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang mengharuskan jawatan Mufti ini ?

Begitu juga dengan Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan ini. Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sedangkan sambutan tersebut adalah bidah ? Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai terutamanya golongan cerdik pandai, para mahasiswa agar berhati-hati dengan golongan ini, yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan rumah tangga dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan buang bayi dan banyak lagi.

Setiap amalan wirid, qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada mereka yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu dan akal. "

sumber:tranungkite.net

Cantik seorang wanita itu

Cantiknya seorang wanita itu, sebagai gadis
bukan kerana merah kilau lipstik
pada bibir mekar senyum kosmetik

Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa
tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak
tidak menjerat diri pada kedurhakaan.

Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanitaitu, sebagai ibu
membuai anak, kala suami menjalin mimpi

Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua
telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara

Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah



Tuesday, June 26, 2007

Terbaru: Berita Kelantan

gambar hiasan

Madu Tualang Percuma Untuk Bakal Haji

KOTA BHARU, 9 Jamadil Akhir 1428 - Bakal-bakal haji yang akan mengerjakan rukun Islam kelima itu di Makkah tahun ini bakal dibekalkan madu tualang sebagai bahan untuk meningkatkan tahap imunisasi badan manusia.

Madu tersebut akan disediakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM).

Semalam Fama menandatangani perjanjian menyediakan 250gm (72 botol) madu tualang kepada USM untuk dijadikan kajian.


USM diwakili Pemangku Naib Canselor USM, Dato’ Prof Mohd Idris Salleh dan Pengarah Kampus Kesihatan, Dato’ Dr Mafauzy Mohamed, manakala Fama diwakili Timbalan Ketua Pengarahnya, Samah Hassan dan Pengarah Wilayah Utara, Abu Bakar Majid.

Perjanjian tersebut sebagai jalingan yang mantap, di mana USM dijadikan pusat untuk penyelidikan madu berkenaan.

Idris berkata, selain sumbangan madu tualang, pihaknya juga akan membeli sebanyak 250 gm madu lagi untuk diberikan kepada jemaah haji tahun ini dengan kos sebanyak RM18,000.

Menurutnya, seramai 500 orang bakal haji dewasa yang berumur antara 18 hingga 65 tahun akan diberikan madu berkenaan sebagai imunisasi untuk melihat keberkesanannya terutama merawat masaalah paru-paru.

“Biasanya kita dapati apabila jemaah haji pulang di tanah air, mereka didapati batuk, demam dan sebagainya, jadi kita cuba bekalkan madu ini dan akan kita lihat sejauh mana pula keberkesanannya,” ujarnya pada sidang media selepas itu.

Idris turut mencadangkan agar lebah yang mengeluarkan madu tualang diternak bagi mendapatkan madunya memandangkan ia semakin pupus.

“Sekiranya lebah liar boleh diternak dan madunya juga bermutu tinggi, lebah yang mengeluarkan madu tualang tiada sebab pula tidak boleh diternak,” ujarnya.

Samah memberitahu madu tualang yang dihasil Fama bermutu tinggi dan ia tidak dicampur dengan bahan-bahan campuran lain. - mj

sumber:buletin online

Monday, June 25, 2007

Warkah buat Amani

Oleh drfikrah

Perempuan telah dijadikan oleh Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta dengan rupa yang cantik dan sempurna, dihiasi pula di dalam jiwa-jiwa mereka dengan sifat malu yang sangat sesuai dengan dirinya yang lembut. Sifat penyayang yang ada pada diri mereka tidak dapat diaplikasikan seratus-peratus oleh lelaki.

Inilah kelebihan yang dihiasi di dalam jiwa seorang perempuan. Tajuk “Wanita Ibarat Mutiara Yang Jarang Didapati” saya ketengahkan hari ini adalah berdasarkan semasa, kerana kita boleh lihat perempuan-perempuan di pelbagai tempat, kebanyakan di antara mereka bukan lagi digelar mutiara. Mutiara-mutiara ini sudah berkurangan dan terus berkurangan sehingga ia terus pupus.

Perempuan adalah mutiara yang jarang didapati,
Tetapi adakalanya ia merupakan bijih yang buruk. Namun ungkapan ini boleh dianggap ketinggalan kerana bijih-bijih buruk ini semakin bertambah sehinggakan mutiara yang dicari tidak diketemukan. Hari ini, bijih-bijih buruk ini kerap ditemui di serata tempat. Tidak perlu mencari, ia terpampang sendiri di hadapn mata anda walaupun anda tidak mencarinya, bahkan benci kepadanya.

Walaupun di sana terdapat banyak pencari-pencari bijih buruk ini, namun mereka sangat berpuas hati dengan penemuan ini. Setelah ia terlalu banyak dikumpulkan, dan sudah bosan dilihat, sudah menyemak disimpan, bijih-bijih ini dibuang bersepah di merata tempat. Lihatlah perempuan-perempuan hari ini yang diperlakukan seperti bijih-bijih tadi.

Perempuan adalah mutiara yang jarang didapati,
Perempuan, janganlah dirimu murah ditayangan mata-mata singa yang kelaparan, janganlah maruahmu dijual dengan harga bundle dan layak digunapakai sehari semalam, janganlah jiwamu dilitupi dengan kehitaman dunia yang penuh dengan keseronokan. Ingatlah, kamu bakal menjadi seorang isteri dan ibu. Kamu akan melahirkan generasi-generasi yang akan membangunkan dunia.

Ingatlah wahai perempuan, anak-anakmu bakal menggambarkan kehidupanmu. Mahukah seorang ibu melihat anaknya berzina dengan jantan yang tidak ketahuan? Mahukah seorang ibu melihat anaknya menjadi dakapan ribuan jantan? Mahukah seorang ibu melihat anaknya menjadi perkosaan singa kelaparan? Fikirlah. Sekiranya kamulah yang berkelakuan demikian, janganlah mengharapkan anak yang menyelamatkan kamu dari neraka jahanam.

Perempuan adalah mutiara yang jarang didapati,
Sekeping hati perempuan mampu meruntun seribu jiwa kemanusiaan. Hak seorang perempuan lebih dipelihara oleh si pencari mutiara. Walaupun terdapat ramai pencari bijih, tetapi mereka juga mencari mutiara untuk dikorbankan. Jauhilah mereka. Lihatlah betapa sedikitnya pencari mutiara. Walaupun mereka berusaha mencarinya, adakalanya mereka tertipu dengan bijih yang merata.

Hak-hak perempuan sangat dijaga dan dipeliahara oleh mereka. Dahulu, sekiranya sebutir mutiara dicuri oleh si pencari bijih, seluruh dunia menentang. Sekiranya seorang perempuan diganggu oleh lelaki jalanan, seluruh dunia lantang bersuara, tetapi hari ini, mutiara-mutiara sudah lenyap dan hilang, dan suara-suara tadi turut beku ditelan zaman.

Perempuan adalah mutiara yang jarang didapati,
Bagaimanakah perempuan ingin menjadikan dirinya sebagai mutiara? Inilah caranya yang mempu mengubah sebutir bijih yang murah kepada sebentuk mutiara yang mahal dan dicari-cari.
> Memelihara diri dari menjual maruah
> Menghiasi diri dengan sifat pemalu
> Mempunyai kesopanan dan adab-adab
> Menyelami kehidupan dengan kasih sayang
> Kata-kata yang lembut dengan kebaikan dan keras dengan keburukan
> Jauh daripada melanggar sifat kewanitaan
> Penuh dengan penghormatan dan kemuliaan

Perempuan,
“Murahnya dirimu jika dijual, mulianya darjatmu jika dipelihara”

sumber: www.drfikrah.blogspot.com

surat ini bukan sahaja untuk amani sorang tapi untuk umum wanita-wanita yang lain juga . Jagalah mutiara yang berharga itu nescaya Allah akan jaga kamu semua...

orang mukmin itu..



Orang mukmin yang sejati itu
Jika terbuat dosa
Hatinya luka, punah, sedih dan derita
Jiwanya parah, dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Kalau anggota lahir, sudah tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya
Namun parutnya ada
Begitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosa
Dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Bagaimana dia boleh melupakannya
Kerana parutnya masih ada
Ertinya ingatannya kepada dosa tidak boleh dilupakan
Teringat sahaja jiwanya terseksa
Teringat sahaja hatinya derita
Payah sekali dia mahu melupakannya
Perasaan ini adalah anugerah dan nikmat dariTuhannya
Takut dengan dosanya itu adalah buat syafaat kepadanya
Terseksa dengan dosa, derita dengan kesalahan
“Dianggap oleh ALLAH itulah hukuman kepada hamba-hamba-Nya”
Moga di Akhirat kelak terlepas
Daripada seksa Neraka
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja bergelora
Kerana takut dengan Tuhannya
Lebih-lebih lagi setelah terbuat dosa
Kalaulah Allah perlihatkan kepada manusia
Sudah tentu manusia akan mengatakan dia telah gila
Kerana keluh-kesahnya sentiasa bergelombang di dalam jiwanya
Kerana takut sangat dengan Tuhannya

Sunday, June 24, 2007

Negara Kebajikan: Bukan Islam Sokong PAS.. Dapat Apa?

Oleh ibnuhasyim

"teksiSEBUAH teksi berhenti di hadapan saya. “Chow Kit!” Kata saya setelah masuk dalam teksi. Teksi itu terus berlalu. Pemandunya seorang Cina. Setelah berbual seketika, sampailah kepada pertanyaan saya meminta pandangannya mengenai PAS.

“Yang saya tau, PAS itu parti Melayu. Nak buat undang-undang Islam, nak suruh semua masuk Islam.. mana boleh? Maaf.. betul ke saya cakap ni!?” Dia pula tanya saya.

“PAS itu parti kebajikan..” Jawab saya. Dia macam terkejut. “…parti suruh orang buat baik. Buat baik dari kacamata Islam. Bukan untuk bangsa Melayu saja, tapi untuk semua bangsa. PAS atau parti Islam memang untuk semua. Tak kira Melayu, Cina, India, orang putih dan lain-lain. Tak paksa orang masuk Islam pun.. jangan salah faham! Dah puluhan tahun dia perintah Kelantan, tak sorangpun orang bukan Islam yang kena aniaya! Waktu negara dilanda tragedi perkauman 13 Mei 1969, Kelantan di bawah PAS tak berlaku apa-apa gaduh pun? Takde seorang pun Cina yang kena sembeleh??”

Dia mengangguk, lalu bertanya lagi, “Kebajikan? Apa yang PAS tolong pada orang susah?”

“Contoh terbaru, kalau ada warga emas atau orang-orang tua yang meninggal dunia di Kelantan, pada hari mati itu warisnya akan menerima wang sebanyak RM500, sebagai sumbangan kebajikan atau bayaran pampasan. Bakinya sebanyak RM2,000 lagi akan dibayar dalam tempoh dua bulan dari tarih hari kematian tersebut..”

“Tak dengar ceritapun? Banyak ke yang dah dapat??” Beliau tanya lagi.

“Pembayaran seperti ini telah berlaku kepada 1,051 orang warga emas yang meninggal dunia di Kelantan, iaitu daripada 98,000 warga emas berdaftar di bawah Skim Insurans Takaful Kifaalah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan awal tahun ini.” Saya jawab. “Baru tahun ini (hingga Jun 2007).. dan Kelantan sahaja.. Bagaimana kalau PAS perintah Malaysia?”

Hal ini mengingatkan saya sebulan dua lepas, sewaktu pilihanraya kecil Ijok. Malam itu dalam suasana sibuk-sibuk berkempen, saya bersama-sama Cikgu Rosdi dari Kelantan, seorang gurubesar sebuah sekolah di Selangor (yang tak mahu namanya disebutkan) dan beberapa lagi, bersama-sama seorang tauke Cina pembuat parang di Selangor dalam suatu majlis..

“Sebenarnya, selepas beberapa bulan Kerajaan Kelantan melancarkan Skim Insurans Takaful Kifaalah, seorang pegawai skim takaful tersebut dipanggil oleh seorang Menteri Besar sebuah kerajaan BN di pantai barat, bertanyakan mengenai perjalanan skim tersebut.” Kata Cikgu Rosdi kapada kami. “Menurutnya skim itu begitu mendapat sambutan di kalangan rakyat miskin, mampu menaikkan imej PAS serta menjejas dan menurunkan beberapa peratus pengaruh UMNO di Kelantan buat masa ini.”

“Itulah parang panjang yang mampu menyembeleh habis pengaruh UMNO Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.” Sambut tauke Cina pembuat parang itu. “Skim-skim seperti inilah yang perlu diperbanyak dan diperluaskan secepat mungkin..”

“Apa maksud ‘diperluaskan’??” Tanya kawan kami guru besar sekolah itu.

“Maaf ya. Kalau tak jadi kesalahan, saya nak cadangkan supaya skim itu diperluaskan hingga tanpa batasan negeri, kaum dan agama. Ertinya, orang Islam dan bukan Islam di luar Kelantan pun dapat manfaatnya!” Tegas tauke Cina itu lagi.

“Itu bukan kerja mudah?” Kata Cikgu Rosdi.

“Walaupun bukan kerja mudah, tapi kalau PAS (mungkin Lajnah Kebajikan PAS Pusat) atau Kelantan boleh buat juga, barulah meyakinkan orang bukan Islam, bahawa PAS mampu memberi kebajikan kepada mereka dan mungkin kini baru sampai masanya untuk PAS perintah Malaysia!” Kata gurubesar itu, disambut dengan tepukan dan ketawa ceria bersama-sama kawan-kawan lain.

Kepada pemandu teksi yang saya tumpangi ini, saya beri satu lagi contoh kebajikan kerajaan PAS kepada rakyat, iaitu Program Pembangunan Ladang Rakyat. Program yang diwujudkan sejak tahun lepas melibatkan 2,025 penduduk miskin. Tiap seorang dibayar sebanyak RM200 sebulan dan sehingga kini (Jun 2007)lebih RM4 juta telah dibelanjakan kepada mereka.

“Oleh itu, bagi mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat dari PAS, maka PAS perlukan sokongan dari orang-orang bukan Islam seperti encik!” Jelas saya kepada pemandu teksi itu lagi.

“Macam mana nak sokong?”

“Kerana teksi inipun sudah sampai di Chow Kit, dan saya pun tak sempat sembang panjang lagi, encik boleh dapatkan maklumat lanjut melalui Encik Hu Pang Chaw Pengerusi Kelab Penyokong PAS peringkat pusat, di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut dekat Belakang Mati atau belakang Chow Kit ini!”

“Kalau saya sokong PAS saya boleh dapat apa??” Beliau tanya lagi.

“Sila beri kad bisnes encik, kita akan jumpa lain kali, saya akan terangkan sekadar termampu, insya Allah!.” Saya bayar tambang teksi, kami bertukar-tukar kad dan bersalaman dengan harapan akan bertemu lagi.. kerana ibukota tidaklah seluas mana.

sumber:tranungkite.net

Saturday, June 23, 2007

Bantulah aku melawan nafsu .. ya Allah


telah aku lawan musuhku setiap waktu
ku cuba berkali-kali ku ku gagal lagi
aku tak putus asa ku lawan lagi
namun aku tak mampu ku kalah jua

ooh tuhan bantulah aku mudahkan aku
melawan nafsu ini yang merosakkanku
agar aku tak terhalang untuk menujuMu
tolonglah aku tuhan
kasihani aku jangan engkau biarkan aku

tuhan ..... bantulah aku
kasihani aku
jangan biarkanku
bantulah aku selalu
aku tak putus asa
ku tetap berjuang dengan mengharap
bantuan dariMu
kalaulah Engkau terus membiarkanku
ku akan berterusan ke lembah dosa
oh tuhan nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
setiap hari dia memusuhiku ketika ku ingin mentaatiMu

jangan biarkan aku keseorangan
ku hadapi syaitan dan nafsuku
aku ingin mentaatimu
ku ingin redhamu
kalau engkau biarkan aku
ku akan kecewa nanti
tuhan ku akan mencuba lagi
melawan nasfu dengan bantuanMu
dan rahmatMu tuhan..

di dalam sembahyang ini ku harapkanMu
berikan padaku cinta dan takutkanMu
sebagai penawanku dari nafsuku
bukankah itu janjiMu kepada hambaMu
oh tuhan... bantulah aku menghayati sembahyangku
agar ku dapat ku merasakan kebesaranMu
hingga aku tak membesarkan selainMu
dengan rasa itu ku harap
moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

tuhan.... dalam sembahyangku
bersihkan jiwaku
lemahkan nafsuku
selamatkanlah diriku
suburkan rasa kehambaan
dan kekalkanlah rasa itu di dalam seluruh kehidupanku

jangan biarkan aku keseorangan
ku hadapi syaitan dan nafsuku
aku ingin mentaatimu ingin redhaMu
kalau engkau biarkan aku
ku akan kecewa nanti
tuhan ku akan mencuba lagi melawan nafsu dengan bantuanmu
dan rahmatmu tuhan

Friday, June 22, 2007

Johor sudah tidak selamat untuk didiami?


Khairul Faizi Ahmad Kamil
Fri | Jun 22, 07 | 10:54:05 AM

Sangat menyedihkan dan mengerikan. Begitulah laporan berita yang disiarkan oleh The Star Online (English) tentang berita terkini berkaitan dengan jenayah yang telah dan sedang berlaku di Johor.

Bayangkanlah kalau anda adalah merupakan seorang rakyat Malaysia yang kini sedang hidup dalam kesibukan kehidupan di Johor Bahru adan anda adalah seorang wanita ataupun ibu dan ayah kepada anak-anak gadis yang masih bersekolah dan meningkat usia keremajaan, tiba-tiba anda melihat bagaimana jenayah berterusan berlaku disekeliling anda ketika ini.

Dilaporkan bahawa semalam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun telah DIROGOL oleh empat orang lelaki di Tanjung Langsat. Satu kes lagi berlaku yang melibatkan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang DIROGOL oleh seorang lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai seorang polis di Taman Teknologi di Senai.

Pada 12 Jun yang lalu tiga orang lelaki telah MEROGOL seorang gadis berusia 19 tahun dan memaksa teman lelakinya untuk melihat kejadian tersebut dihadapan mata.

Bayangkan, apakah perasaan anda jika anda sedang berada di Johor ketika ini. Setiap hari kita akan keluar daripada rumah untuk ke tempat kerja atau urusan-urusan yang lain, anak-anak kita sudah tentu akan keluar daripada rumah untuk ke sekolah ataupun untuk urusan pembelajaran.

Tiba-tiba peristiwa hitam dan pedih ini berterusan berlaku di sekeliling kita. Selamatkah kita? Selamatkah anak-anak kita? Selamatkah saudara-saudara kita?

Usaha Persekutuan Tionghua Johor Bahru setakat ini telahpun mencapai jumlah sokongan melalui internet adalah sebanyak 70353 tandatangan dan memperlihatkan sokongan yang cukup memberansangkan.

Dalam kenyataan media PAS Johor yang diadakan di Johor Bahru pada 18 Jun 2007 yang lalu turut memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh persekutuan ini dan PAS juga mengambil inisiatif untuk menggerakkan ahli-ahli PAS di seluruh negeri Johor untuk sama-sama bertindak kearah usaha ini.

Apapun, tindakan segera perlu dilakukan oleh kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyelamatkan keadaan. Nampaknya, belum selesai tandantangan ini dikumpulkan, kerajaan telahpun mengumumkan tiga tindakan segera semalam.

Tiga IPD baru yang akan ditubuhkan bagi kawasan Johor Baru Timur, Nusa Jaya dan Kulai, penambahan 400 lagi anggota bagi daerah Johor Baru menjelang Ogos nanti dan tambahan 200 kereta peronda polis ke Johor Baru bagi memantapkan lagi tugas rondaan pencegahan jenayah menunjukkan kejadian jenayah di Johor sememangnya sangat serius dan membimbangkan.

Namun, apakah pengumuman baru ini mampu menyelesaikan segala keresahan rakyat di Johor? Paling utama, penguatkuasaan perlu dilipatgandakan, tindakan perlu disegerakan dan rondaan perlu dikerapkan khususnya di kawasan-kawasan yang sering menjadi sasaran penjenayah.

Selamat bertugas kepada semua anggota PDRM di Johor.

sumber:harakah group

Kanser prostat: Usah berserah pada takdir

ORANG yang kuat makan daging dikatakan mempunyai risiko dua kali ganda mendapat kanser usus besar dan prostat. Kurangkan makan daging.

Oleh: DR. SULAIMAN TAMANANG

PENYAKIT kanser sudah menjadi perkara biasa hari ini sehingga kita terfikir mungkin kita juga akan menghidap penyakit yang amat digeruni ini.

Dengan penemuan baru di mana kanser payudara, kanser prostat, usus besar dan kilang telur boleh berpunca daripada baka, tentu anda akan berfikir tiada apa yang boleh dilakukan kecuali hanya berserah kepada takdir.

Kenyataan ini tidak benar. Para pengkaji di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati hampir tujuh daripada setiap 10 jenis kanser langsung tidak ditentukan oleh gen tetapi berpunca daripada cara hidup kita.

Tiga puluh peratus berpunca daripada merokok, 30 peratus berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat dan kira-kira 10 peratus disebabkan oleh tabiat buruk seperti tidak bersenam.

Oleh yang demikian, jika gaya hidup anda boleh menyebabkan kanser, maka cara anda mengendalikan hidup juga boleh menjauhi penyakit ini. Ikutilah nasihat ini untuk mengurangkan risiko mendapat kanser.

*Berhenti merokok

Nasihat ini memang mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Merokok menjadi punca kepada 90 peratus daripada jenis kanser paru-paru dan juga punca kanser mulut, esofagus, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas.

*Kurangkan berat badan

Kajian menunjukkan ada kaitan antara kegemukan dengan kanser. Kaitan paling rapat adalah dengan kanser uterin (berkaitan uterus atau rahim), kemungkinan kerana lemak yang berlebihan menambahkan jumlah estrogen dalam darah.

Menurut laporan Harvard 1996 mengenai pencegahan kanser, wanita yang telah berumur dan mempunyai berat 35 peratus melebihi berat badan normal, mempunyai 55 peratus risiko kanser rahim, payudara, serviks, endometrium, kilang telur dan hempedu.

Sementara itu, lelaki yang mempunyai berat badan yang sama mempunyai 40 peratus risiko kanser usus besar dan prostat.

*Lakukan senaman

Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang malah ia juga berupaya mencegah kanser. Lakukan senaman ringan dengan kerap kerana ia membantu membuang bahan kumuh dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan dengan cepat daripada sistem pembuangan.

Senaman juga boleh mengurangkan risiko barah payudara dan prostat, kemungkinan kerana lemak telah berkurangan. Wanita yang terlibat dengan tugas yang memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang kurang mengalami masalah ini.

Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun dan menaiki tangga merupakan antara aktiviti yang baik.

*Makan sayur-sayuran, buah-buahan

Kompaun yang terdapat dalam tumbuh- tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Malangnya kajian tidak dapat memastikan jenis makanan yang mengandungi bahan ini. Oleh sebab itu, adalah dicadangkan supaya kita memperbanyakkan pengambilan pelbagai jenis sayur-sayuran pada setiap hari.

Makanan ini dapat mencegah barah, kemungkinan dengan mengganggu proses menukar hasil makanan itu menjadi karsinogen. Serat dalam makanan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuang hormon dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.

*Pengambilan teh

Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya dari flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam.

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota, terdapat lebih 35,000 wanita yang putus haid mendapati mereka yang minum dua atau tiga cawan teh sehari, sebanyak 68 peratus kurang mendapat kanser saluran kencing dan 32 peratus kurang mendapat kanser saluran penghadaman jika dibandingkan dengan wanita yang tidak minum langsung.

*Kurang makan daging

Pakar-pakar mendapati, ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota kita lebih terdedah kepada karsinogen. Itulah sebabnya orang yang kuat makan daging mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat kanser usus besar dan prostat. Oleh itu, kurangkan makan daging.

Begitu juga dengan cara memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Daging itu lebih elok dipanggang dalam ketuhar buat beberapa minit untuk membuang airnya. Kemudian pangganglah seperti biasa.

*Elakkan pengambilan alkohol

Orang yang minum alkohol terlalu banyak mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, esofagus terutama apabila dia turut merokok, usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.

sumber:utusan

Penanaman Gaharu : Kelantan Negeri Pertama

ImageKOTA BHARU, 5 Jamadil Akhir 1428 – Kelantan mungkin menjadi negeri pertama di negara ini yang akan mempelopori projek penanaman pokok gaharu atau depu secara besar-besaran tidak lama lagi.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, projek itu akan dikendalikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) melibatkan kos sebanyak RM300,000.

“Bagi menggalakkan rakyat di negeri ini menanam pokok depu, PMBK akan mengusahakan ladang pokok gaharu di Kampung Temiang, Gua Musang di kawasan seluas 1,000 ekar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, hari ini.

Kata beliau pokok gaharu bernilai tinggi kerana boleh mengeluarkan bau yang harum. Lagi pun ia mudah ditanam tanpa memerlukan penjagaan rapi.

Pokok gaharu boleh ditanam bersebelahan pokok getah atau dijadikan pagar. Katanya, sebatang pokok gaharu yang sudah matang apabila diproses mampu memberi pendapatan antara RM3,000 hingga RM9,000.

“Hasil pokok ini akan dapat dinikmati apabila berusia sekitar tiga atau empat tahun. Saya juga akan melawat Kampung Labok, Machang yang sudah ada pokok depu ini, tetapi tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh penduduk,” ujarnya.

Kata beliau juga pada zaman lampau penduduk kampung menggunakan kulit pokok berkenaan untuk dijadikan tali pengikat gasing.

Sehubungan itu, Menteri Besar berharap rakyat Kelantan mengambil peluang memanfaatkan semula pokok depu yang dibiarkan tumbuh secara meliar sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, dianggarkan terdapat sebanyak 1.6 juta pokok gaharu tumbuh meliar di negeri ini.

Katanya, mengikut kajian Jabatan Perhutanan Negeri, Kelantan paling banyak mempunyai pokok berkenaan, tetapi malangnya ia gagal dimanfaatkan rakyat secara sainstifik.

”Katanya, sebagai langkah permulaan kerajaan negeri akan mengadakan perjanjian usahasama dengan penduduk kampung yang mempunyai pokok berkenaan di tanah kepunyaan mereka.

”Sekarang kita telah mengenal pasti sebanyak 35 batang pokok gaharu sebagai percubaan untuk diproses. Sekurang-kurangnya sebanyak 105 pokok yang diproses dalam tempoh dua bulan,” ujarnya.

Husam juga berkata, minyak yang dihasilkan pokok gaharu mencapai nilaian RM150 setiap seliter.

Katanya, pokok yang matang selepas diproses selama empat bulan mampu memberi pendapatan sehingga RM30,000.

Beliau juga berkata, Jabatan Perhutanan Negeri kini sedang mengutip anak-anak pokok gaharu untuk diagihkan kepada orang ramai yang berminat mengusahakannya.

Kerajaan negeri juga katanya, menyediakan teknologi terkini untuk menghasilkan minyak gaharu. - mj

sumber:buletin online

Thursday, June 21, 2007

Tasik besar di selatan Chile Hilang?

SANTIAGO (Reuters) - A lake in southern Chile has mysteriously disappeared, prompting speculation the ground has simply opened up and swallowed it whole.

The lake was situated in the Magallanes region in Patagonia and was fed by water, mostly from melting glaciers.

It had a surface area of between 4 and 5 hectares (10-12 acres) -- about the size of 10 soccer pitches.

"In March we patrolled the area and everything was normal ... we went again in May and to our surprise we found the lake had completely disappeared," said Juan Jose Romero, regional director of Chile's National Forestry Corporation CONAF.

"The only things left were chunks of ice on the dry lake-bed and an enormous fissure," he told Reuters.

CONAF is investigating the disappearance.

One theory is that the area was hit by an earth tremor that opened a crack in the ground which acted like a drain.

Southern Chile has been shaken by thousands of minor earth tremors this year.

sumber:news

.......................................................
Apakah peringatan oleh Allah melalui tasik ini belum kita ketahui. yang pastinya tasik yang begitu besar ini hilang dengan seribu persoalan yang belum terjawab . Air dalam tasik ini kering dengan cara yang amat misteri sekali.

Dosa hanya dapat dilupus dengan 4 cara



Sesungguhnya manusia melalui setiap hari dalam hidupnya dengan dua pilihan, iaitu sesaat yang dilalui dengan haruman taat atau sesaat yang dipalit maksiat.

Hitungannya sangat halus, jika dia kehilangan satu detik saja dalam berbakti mungkin kakinya akan terjerumus ke lubang neraka. Begitu juga jika dia terlebih satu detik berharga, satu detik itulah yang menyelamatkannya ke syurga.

Alangkah beruntungnya orang yang memiliki hati selembut kapas, tembus pandangan ke setiap sisi daripada zahir dan batinnya. Melihat, memandang, menilai dan mengukur diri sendiri hingga lupakan aib orang lain.

Al-Qusyairi pernah menulis dalam Risalahnya: "Permulaan orang yang bertaubat ialah kesedaran hatinya dari kelalaian dan dia memandang dirinya buruk lagi hina. Seseorang hanya akan sampai ke tahap ini kerana dua sebab iaitu kuasa Allah swt. yang menunjukinya dan kemahuannya mendengar suara hatinya sendiri. Seperti sabda Rasulullah saw. yang bermaksud: "Dengarlah nasihat Allah di dalam hati setiap Muslim." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Bukankah lebih baik berasa diri kotor dan bersalah daripada mengaku bersih dan tidak sensitif langsung dengan amal perbuatan dilakukan? Adakalanya maksiat itu memberi pengaruh baik bagi diri jika ia dilalui dengan semangat taubat.

Hal ini pernah disebutkan Prof Yusuf al-Qardawi, beliau menukilkan perkataan Ibnu 'Athaillah dalam kitabnya Al-Taubah Ilaa Allah, beliau berkata: "Boleh jadi Allah sudah membukakan pintu ketaatan kepadamu, tetapi tidak membukakan untukmu pintu penerimaan dan boleh jadi Allah mentakdirkan untukmu berbuat maksiat yang menyebabkan kamu bertaubat dan hampir kepada Allah. Sesungguhnya maksiat yang mencetuskan ketundukan dan membuat hatimu hancur lebih baik daripada ketaatan yang mengakibatkan ketakjuban diri sendiri dan ketakburan."

Dalam melayari samudera kehidupan, kita memerlukan keteguhan hati. Cubalah memandang segalanya dengan positif. Pujuk hati yang luka dan hilang pertimbangan kerana diasak maksiat. Namun, ramai juga terkorban kerana memandang remeh perkara taubat.

Sesungguhnya dosa hanya dapat dihapuskan dengan empat cara:

- Dengan taubat. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh dan tetap berada di jalan yang benar." (Surah Taha, ayat 82)

- Melakukan amal salih. Firman Allah Taala yang bermaksud: "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan melakukan amal salih, maka kejahatan mereka ditukarkan oleh Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Furqan, ayat 68-70)

- Datangnya musibah. Sabda Rasulullah saw. yang bermaksud: "Seorang Muslim yang ditimpa kecelakaan, kemiskinan, kesedihan, sakit mahupun dukacita hatta tertusuk duri sekalipun nescaya Allah akan menebus dosa-dosanya dengan apa yang menimpanya itu." (Hadis Muttafaqun Alaih)

- Dilebur di dalam api neraka. Daripada Abu Zar bahawasanya Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku mengetahui mengenai lelaki yang terakhir keluar dari neraka pada hari kiamat, dikatakan kepadanya: "Bentangkanlah dosa-dosa kecilnya!" Sedangkan dosa besarnya disembunyikan. Kemudian dikatakan kepadanya: Kamu mengerjakan ini pada hari ini dan ini pada hari ini. Dia mengakui tanpa membantah kerana terlalu bimbang dengan dosa besarnya. Lalu dikatakan: Berikanlah kebaikan sebagai pertukaran untuk setiap kejahatan yang dilakukannya. Lalu dia berkata: Aku mempunyai dosa-dosa lain, tetapi tidak dibentangkan di sini. Kata Abu Zar: Aku melihat Rasulullah SAW ketawa hingga nampak gigi geraham baginda." (Hadis Riwayat al-Tirmizi, Ibn al-Qayyim menyatakan ia sahih)

Bagaimanakah keadaan orang yang suka mengulang-ulangi maksiat dan taubatnya? Adakah dia akan diampuni oleh Allah Taala? Dalam hal ini Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang hamba sudah melakukan dosa, lalu dia berdoa: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sudah berdosa, maka ampunilah aku! Maka Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya maka Aku mengampuninya. Kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut ketentuan Allah. Dia pun melakukan dosa lain lalu berdoa: Ya Tuhanku sesungguhnya aku melakukan dosa lain, ampunilah aku. Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya, maka Aku mengampuninya. Kemudian dia tetap dalam keadaannya menurut ketentuan Allah. Dia pun melakukan dosa lain lalu berdoa: Ya Tuhanku sesungguhnya aku melakukan dosa lain, ampunilah aku. Tuhannya berfirman: Hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampunkan dosa dan menghukumnya, maka Aku mengampuninya, hendaklah dia melakukan menurut kehendaknya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Al-Qardawi mengulas hadis itu, katanya: "Ungkapan maka hendaklah dia melakukan menurut kehendaknya, makna yang sebenar hanya Allah saja Yang Maha Mengetahuinya. Penafsirannya ialah setiap kali hamba melakukan dosa, dia bertaubat, yang demikian itu menjadi penghapus dosa-dosanya. Ia bukan bermakna sengaja melakukan dosa, rela dan suka bermaksiat dengan tujuan untuk mempermain-mainkan Allah swt.

Manusia boleh melakukan apa saja sesuka hatinya, Allah tetap Maha Pengampun. Tetapi adakah kita sanggup mengambil risiko bermain-main dengan rahmat dan ampunan-Nya jika kita sendiri tidak pasti permainan itu akan berakhir di mana?

Adakah berakhir dengan husnul khatimah atau suul khatimah? Risiko itu tetap ada di atas jalan yang kita tempuhi. Mati dalam taat atau maksiat? Kita sendiri yang memilih. Beranikah kita mencuri peluang atas rahmat dan maghfirah-Nya?

sumber:pautankasih

bilakah diri ini terasa beratnya dosa yang dilakukan...ya tuhan..kuatkan hatiku dalam menghadapi hidup yang penuh pancaroba ini..kuatkan hatiku ya Allah.. ampunkan dosaku..dosa kawan2ku, dosa sanak saudaraku dan dosa kaum muslimin semua.jauhilah kami semua dari azabmu..bimbinglah kami ke jalan yang kau redhai..aminn..

Wednesday, June 20, 2007

restkan minda kejap



citer1:
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"



cerita 2:
Lumba 3 Ekor Pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power. Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?" Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"Nkorang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Nkorang nampak tembok batu tu ?"

"Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err aku tadi tak nampak".


citer 3

Membuka Kedai Pertama Malu Sendiri
Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat

"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya... Ya... Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya kagi dengan keyakinan yang tinggi.

"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna


story 4:


Jamaluddin, a man 80 years of age married a young lady. A year later he carried her to the hospital, and she had a baby.

The nurse said to the man: "At your age, how do you do that?"

The man answered: "You just have to keep the motor running".

Another year passes, and the man carries her back to the hospital,
another baby.

The same nurse said to the man and asked: "You are something else, how do you do that?".

He said: "I told you that you just have to keep the motor running".

Another year and back to the hospital for another baby.

The same nurse said: "You are unbelieveable, how do you do that?!".

He said: "You got to keep the motor running".

She answered: "Well, you better change oil, because this one came out black".

Tuesday, June 19, 2007

Berhati-hatilaa adik2ku


Baru-baru ini terjadi pelbagai kes yang melibatkan adik2 kita yang perempuan.banyak kes yang yang terjadi kebanyakkan merosakkan maruah adik2 kita ini.Keadaan remaja yang kian rosak tak terkawal nampaknya tidak ada apa2 tindakan yang menyusul diambil.

Banyak faktor yang membwa kepada kerosakan remaja sekarang ini antaranya media massa yang terlampau salah satu puncanya kerosakan remaja tambahan lagi dengan dunia globalisasi yang tak terkawal dengan baik sehingga maklumat2 berbentuk racun fikiran mula menular ke dalam jiwa remaja.

Sudahlah pendidikan agama banyak diabaikan sejak kecil lagi.Mana tidaknya, pendidikan agama di rumah tidak dititikberatkan sejak kecil, tidak diajar anak2 dengan pendidikan islam, tidak melaksanakan perintah yang dituntut oleh agama sejak lahir terutama solat 5 waktu. Bayangkan sejak kecik pendidikan agama tidak berikan, mulut tidak diajarkan dengan kalimah2 al-quran, kehidupan penuh dengan kemewahan, kehendak anak sentiasa dipenuhi asalkan dia mengikut arahan ibu bapa, seolah-olah merasuah anak dengan benda agar ikut perintahnya bukan mengajar anak mengikut perintah dengan keikhlasan anak itu sendiri yang sedar akan tanggungjawab mereka.Inilah kesilapan paling besar yang terjadi pada kedua ibu bapa sekarang.

Bila di rumah tak ada pendidikan agama apa akan terjadi bila mereka masuk sekolah pula.harapkan moga2 guru2 atau ustaz2 ajar anak2 mereka akan pendidikan islam agar anak mereka menjadi baik tapi sebaliknya yang berlaku jika guru2 atau ustaz mengajar dengan tegas, guru pula akan diambil tindakan.Hal ini membuatkan guru2 juga ustaz2 kebanyakan mengajar sekadar memenuhi keperluan peperiksaan tanpa ada roh agama yang dapat dimasukkan dalam jiwa anak-anak murid mereka.Amat beruntunglah kalau sikit sebanyak pendidikan agama di sekolah dapat memagar anak2 dari melakukan perkara yang tidak baik tapi hal ini berlaku bagi yang kebanyakan mereka yang sudah didik dengan agama sejak kecil lagi.


Bila di rumah tidak terkawal , di sekolah pula tak ambik kisah pelajaran yang diajar maka remaja ini akan cari kehidupan mengikut hawa nafsu.bergaul dengan mereka yang hanya mengikut hawa nafsu tanpa mengambil berat kesannya asalkan keseronokan dapat perolehi.Diajar oleh mereka2 yang sudah rosak akhlaknya menambahkan lagi parahnya.Virus hawa nafsu disebarkan tanpa segan silu, melakukan perbuatan tak bermoral dengan senang hati tanpa ada perasaan bersalah, memancing orang lain supaya mengikut jejak meraka , semua ini menyebabkan bertambahnya kerosakan dalam masyarakat.


Remaja sukakan perkara baru.Bagi yang rosak akhlaknya perkara yang baru yang mereka hendak tak mungkin ke arah kebaikan tapi menuju ke arah yang lebih parah lagi.Begitula hasutan hawa nafsu syaitan yang sudah menguasai mereka.Awalnya berkenalan dengan niat baik (padahal tidak) membawa kepada temujanji seterusnya berpegangan tangan membawa kepada perkara yang lebih lagi bila susah asyik berjumpa. Sememangnya perangai remaja sentiasa inginkan perkara baru akan menuju kepada perkara yang baru dengan melakukan perbuatan terkutuk tanpa ada penyesalan dalam diri kerana keseronokan yang mengusai diri.

Begitulaa keadaan remaja sekarang, bila hati sudah semakin teruk ,kehidupan dipenuhi dengan hawa nafsu maka mulalah dia mencari jalan merosakkan orang lain.Akibatnya berita2 terkini acara merosakkan remaja-remaja lain dengan pelbagai cara sering kita dengar di akhbar2 dengan remaja dirosakkan tanpa tindakan diambil dengan serius.
Untuk adik2ku hati-hatilah bila berkenalan ataupun bergaul dengan seseorang.Zaman sekarang ini jangan mudah sangat percaya pada seseorang tanpa mengenali peribadi dia, rakan2 pergaulan dia, juga keluarga dia serta kehidupan dia.Jangan mudah terjerumus dengan usikan remaja yang rosak akhlaknya.Hati-hatilaa kalau bergaul.Pilih kawan yang baik dan jauhilah kawan2 yang rosak akhlaknya kalau tidak mahu diri kita dirosakkan.Menyesal sekarang lebih baik dari menyesal atas apa yang telah berlaku..kita perlu ingat ada hidup selepas mati.Kesakitan yang kita perolehi berkali-kali ganda akan menimpa kalau kita hidup dengan hanya mengikut hawa nafsu.Bertaubatlah sebelum terlambat

Moga kita semua dilindungi Allah dari perkara yang tak diingini berlaku pada kita.Selalulah kita berdoa agar kita selamat dunia dan akhirat.

Monday, June 18, 2007

Sepi terasa


Hari hari berlalu sejak dulu hingga kini memang sudah jadi lumrah bagi mereka yang berada di egypt menerima perasaan kesepian dalam satu ketika.Begitulah yang menimpa diri ini terasa sunyi bila seorang kawan pulang ke tanah air hari jumaat lepas.Bersama beliau selama 3 tahun di sini dalam hidup yang penuh suka duka onak duri sememangnya ketiadaan beliau terasa sedikit kesunyian.Beliau pulang ke tanah air atas sebab2 tertentu dan semestinya ada tugas beliau yang lebih besar menanti.

Apapun diri ini mengharap agar beliau dapat menjalankan kerja berdakwah mengajak mereka ke jalan yang diredhai oleh Allah.sedihnya bila mengenangkan kawanku yang dah balik.. diri ini bila laaa nak balik...rindu gak pada ayah n bonda.moga diri ini tabah menghadapi ujian-ujian yang bakal menanti.Ntahlaa rasa takde semangat jer dalam dalam 2,3 hari nieh..

Sunday, June 17, 2007

Kenyataan rasmi PMRAM berhubung kes pembunuhan pelajar Mesir

Ini kenyataan rasmi PMRAM :


Seorang Pelajar Malaysia Meninggal Dunia di Mansurah
Khamis, 14 Jun 2007


Seorang pelajar Malaysia, Muhammad bin Ishak (Terengganu) meninggal dunia pada pukul 1.00pg waktu tempatan di Hospital Dauli, akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk di bahagian kepala. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam, hari Rabu 13 Jun 2007, di sebuah rumah sewa pelajar Malaysia di kawasan Dirasat, Mansurah, Mesir.


Mangsa dikatakan diserang dari belakang dengan menggunakan tiga bilah pisau. Beliau yang cedera setelah diserang berkali-kali, lari ke anjung rumah dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian penduduk tempatan yang berada di pasar, berhampiran tempat kejadian. Mereka cuba untuk membantu mangsa dengan naik ke tempat kejadian dan mendapati beliau dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah.


Penduduk tempatan berbangsa Arab tersebut bergegas menghantar mangsa ke Hospital Dauli untuk rawatan, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sana. Di samping itu, mereka juga telah menangkap suspek untuk diserahkan kepada pihak polis. Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan ke atas suspek, terhadap kejadian yang berlaku.


Mangsa adalah pelajar tahun tiga Fakulti Usuluddin, Jurusan Tafsir, Universiti Al-Azhar, cawangan Mansurah. Suspek juga adalah pelajar Malaysia di cawangan yang sama dan mengenali mangsa.


Al-Fatihah.

Maklumat Mangsa

Nama : Mohammad Bin Ishak Bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir : 09 November 1985
Alamat Di Malaysia : 309-B Kg. Pengkalan Raja Wali Chendering Kuala Terengganu, 21080 Terengganu
No Ic : 851109-11-5051
No Tel : 096174905
Tarikh Tiba Mesir : 17 09 2006
Nama Bapa : Ishak Bin Abdul Rahman
Pekerjaan : Pesara
Nama Ibu : Zaharah Binti Muhammad
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Chendering
: Sek Men Agama Marang
: Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Kusza)


Janganlah berburuk sangka... Bersangka baiklah khususnya buat mereka yang telah pergi........ Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah.

sumber:tranungkite

Mangsa dera nekad turun 16 tingkat

 Oleh Nurhayati Abllah

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia nekad menuruni tingkat 16 sebuah kondominium di Sentul Indah di sini, dengan mengikat beberapa pakaiannya untuk dijadikan tali dalam cubaan melarikan diri daripada majikannya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 33 tahun itu dikenali sebagai Samerin, dipercayai mangsa dera majikannya, keluar menerusi tingkap kondominium di tingkat 16 bangunan 30 tingkat itu, tetapi sebaik memijak tepi dinding tingkat 13, wanita itu dikatakan ketakutan dan tidak meneruskan tindakannya.

 Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Wilayah Persekutuan, S Bala, ketika dihubungi berkata, kejadian itu disedari orang ramai selepas melihat wanita itu berdiri di tepi dinding dengan memegang erat tali itu.

“Mangsa yang dipercayai dalam keadaan tertekan menggunakan pakaiannya termasuk tuala, selimut dan pakaian dalam yang disambung untuk dijadikan tali sebelum melemparkannya ke bawah,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan ahli Persatuan Bomba Sukarela yang kebetulan mengadakan program di tempat kejadian bergegas menyelamatkan mangsa sebaik menerima aduan orang ramai.

\“Mangsa berjaya diselamatkan menggunakan tali yang diikat pada badannya sebelum dibawa masuk melalui tingkap kondominium di tingkat 12. Mangsa yang berjaya diselamatkan itu kelihatan lemah dan ada kesan luka serta lebam di leher, muka serta matanya,” katanya.

Bala berkata, mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membuat laporan.

Pembantu rumah itu dipercayai dipukul majikannya dan tidak membenarkan menjamah nasi jika melakukan kesalahan.

\Mangsa ketika ditemui mendakwa sering dibelasah oleh majikannya walaupun sudah melakukan kerja rumah seperti yang diarahkan.

“Saya mula bekerja dengan majikan saya sejak Februari lalu. Hampir setiap hari saya dikasari tanpa sebab. Saya tidak pasti apa masalah dihadapinya, tetapi saya tidak sanggup lagi tinggal di rumah itu.

“Sebab itulah saya membuat keputusan nekad untuk turun 16 tingkat dengan membuat tali walaupun saya sedar tindakan itu boleh mengancam nyawa saya. Saya terpaksa sebab tidak tahan lagi menanggung derita tinggal dengannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran ketika dihubungi, berkata polis akan memanggil majikan wanita itu pada bila-bila masa untuk membantu siasatan.






sumber: tranungkite.net

blogger templates | Make Money Online