Wednesday, July 28, 2010

Hamil: Di mana kejujuran pemimpin, ulama kerajaan


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Isu pelajar mengandung, pengguguran dan pembuangan bayi telah meresahkan keharmonian masyarakat dan menunjukkan musnahnya institusi kekeluargaan negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

Justeru itu, katanya PAS menggesa masyarakat agar mengambil langkah-langkah bagi melaksanakan perintah amar maaruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya dan menggesa rakyat, khususnya umat Islam menunaikan amanah dengan memilih kerajaan yang jujur dalam menegakkan kesejahteraan dan keadilan rakyat.

“Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam dan feqah Islam mampu bagi menangani isu-isu sebegini,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mempersoalkan di mana kejujuran mereka yang memimpin negara dan ulama dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

Abu Bakar menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mahu menubuhkan sekolah untuk pelajar hamil.

“Kenyataan ini menunjukkan betapa sangat seriusnya isu pelajar perempuan mengandung disebabkan perzinaan dan pengguguran bayi berlaku secara berleluasa di negara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menambah, jarang berlaku pertembungan kenyataan di antara menteri atau timbalan di peringkat pusat dengan menteri besar atau ketua menteri.

“Tetapi dalam kes ini, Ketua Menteri Melaka bertegas untuk menubuhkan sekolah khas walaupun disanggah oleh Timbalan Menteri Pelajaran,” katanya.

Menurutnya lagi, adalah amat malang bagi umat Islam apabila berhadapan dengan isu pembuangan bayi dan mengandung kerana perzinaan tidak ditangani sewajarnya berdasarkan sebab-sebab asal berlakunya masalah ini; seperti pergaulan bebas, hiburan liar dan wujudnya pusat-pusat maksiat di segenap pelusuk negara.

Beliau menambah, alangkah baiknya jika langkah-langkah pencegahan dilakukan di samping langkah pemulihan dilakukan.

*-Sekiranya hukum Islam tidak dilaksanakan , sampai bila-bila pun masalah sosial tidak dapat diselesaikan malah membawa kepada lebih parah.

Sunday, June 13, 2010

Sambung Pengajian


Setelah seminggu berlalu dalam maktab perguruan rasa boring mula menjelma.Lebih lebih lagi kerana tidak dapat bersama keluarga serta anak isteri dalam aktiviti cuti.apapun untuk meningkatkan ketahanan hidup perlukan pengorbanan yang lebih. Sekalipun ada perasaan boring, terdapat perkara yang dapat menghilangkan boring ini kerana dalam 2,3 hari nie juga berlangsung muktamar PAS yang berlansung di PUTIK.

Sunday, May 23, 2010

CUTI 90 HARI WANITA BERSALIN -KELANTAN

Oleh Muhamad Suhaimi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana telah membuat peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.



Dengan tindakan ini, kerajaan Kelantan telah membela kebajikan wanita. Wanita yang bersalin sudah tentu memerlukan rehat yang panjang bagi memulihkan tenaga dan mengembalikan kecergasan mereka. Di samping itu, ia juga bagi membolehkan kaum wanita menjaga anak yang baru lahir agar aspek pembesarannya tidak terjejas.

DPPWP melihat pandangan yang menyatakan produktiviti kerja penjawat awam akan terjejas amat tidak realistik. Ini kerana, tempoh cuti 90 hari hanya untuk wanita bersalin sahaja, sementara wanita yang tidak bersalin boleh membantu menyelesaikan kerja-kerja wanita yang bercuti bersalin. Tambahan pula, kakitangan lelaki boleh diserapkan bagi menampung kerja-kerja yang ditinggalkan oleh wanita bersalin. Bagaimana produktiviti kerja dapat dilaksanakan secara efektif dan berkualiti sekiranya wanita yang bersalin tidak cukup rehat dan terpaksa meneruskan kerja dalam tempoh 60 hari seperti yang di amalkan oleh kerajaan sekarang ini.

DPPWP juga melihat peraturan cuti bersalin 90 hari dapat menyelesaikan sedikit sebanyak permasalahan penjagaan dan keselamatan bayi. Seringkali kita mendengar bayi yang sakit atau mati akibat kelalaian penjagaan oleh pengasuh mereka. Sekurang-kurangnya selama 3 bulan pertama, bayi dapat dijaga sepenuhnya oleh ibu mereka.

Kerajaan Kelantan nampaknya telah mendahulukan kebajikan rakyat dan bersikap ‘walk the talk' dengan pelaksanaan cuti 90 hari bagi wanita bersalin. DPPWP mengharapkan kerajaan mengambil langkah yang sama dalam melaksanakan cuti bersalin bagi wanita. Dalam mencari kebaikan untuk rakyat, kerajaan tidak seharusnya merasa malu untuk mengambil pendekatan dan contoh yang terbaik dari kerajaan Kelantan meskipun ianya dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Pemangku Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5116

Sunday, May 16, 2010

Perjudian Bolasepak Akan Di'Halalkan'?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

bola2.jpg

Perjudian adalah satu jenis permainan pertaruhan yang mana pihak yang menang akan meraih wang pertaruhan mereka yang kalah. Tidak dinamakan perjudian jika kedua-dua pihak mencapai kemenangan. Itulah sifat perjudian yang diharamkan di dalam undang-undang Islam. Malah juga dilarang oleh semua agama lain.

Oleh itu, secara peribadi saya terperanjat (malah ramai yang lain juga) membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lessen perjudian bolasepak sempena kejohanan Bola sepak Piala Dunia yang akan datang ini.

HUJJAH BELIAU

Beliau dirakamkan oleh akhabar tempatan berkata :

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."

BANTAHAN & RASIONAL

Pegeluaran lesen atas alas an untuk mengawal dan mengethaui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap.

Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Namun apabila lesen diberikan, ia jelas merupakan satu galakan kepada kaki judi dan seterusnya seolah-olah memberi mesej bahawa:

‘Kerajaan ingin tumpang sekaki dalam perjudian mereka"

"Kerajaan ingin turut merasa sedikit imbuhan hasil perjudian mereka yang berjudi, so jika lebih ramai berjudi, lebih baik kepada kerajaan akan mendapat sesuatu"

ANALOGI

Ia seolah-olah kerana kerajaan ingin menbenarkan benda yang tidak benar.

Bolehkah atas alasan mengetahui jumah sebenar & mengawal MAT REMPIT yang berempit di atas jalan raya secara haram, maka KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN PEMBERIAN LESEN MEREMPIT kepada mt rempit di atas JALAN RAYA AWAM. Semua mat rempit mestilah mendaftar dan membayar yuran untuk merempit di atas jalan raya. Bukan LESEN UNTUK merempit di trek lumba dan IA IBARAT memberi LESEN untuk terus merempit di JALAN RAYA.

Merempit di jalan raya awam banyak mudaratnya kepada mat rempit itu sendiri dan juga orang awam. Demikian juga kesnya membenarkan perjudian bola sepak ‘gelap' untuk dijadikan ‘terang' tetapi tetap di atas laluan yang memudaratkan orang awam.

JUSTERU

Kerajaan yang bertanggungjawab MESTILAH sentiasa mengurangkan aktiviti negatif di kalangan rakyat, bukannya meraikan dan meluluskannya.

Sedarilah, perjudian hanya akan menjerumuskan rakyat di dalam :-

a- Kancah hutang dan masalah kewangan lebih serius. Kita bimbang kecenderungan masyarakat Malaysia yang sukakan skim cepat kaya, yang sering diserbu, diharamkan DAN DISITA oleh kerajaan. Namun peliknya, kini kerajaan seolah ingin membenarkan skim tersebut, perjudian adalah salah satu jenis skim cepat kaya, yang sering membawa kayap.

b- Seterusnya membawa kepada masalah dan krisis rumahtangga. Pergaduahan suami isteri, anak mencuri duit ibu ayah untuk berjudi, suami curi duit isteri dan sebagainya,

c- Kita bimbang, hasil lesen yang diberi, kanak-kanak akan turut serta dalam perjudian khususnya secara online. Dan tiada sesiapa boleh menghalang kerana lesen telah diberi oleh kerajaan dan perbuatan itu tidak lagi dianggap satu kesalahan.

d- Masyarakat tidak progresif kerana menjadi lalai untuk meneka dan bertaruh serta menonton bolasepak secara berlebihan. Kalau dulu penonton hanya ‘exited' untuk melihat pasukan yang disokong, kini, bakal menjadi begitu obsess dan tertekan kerana keputusan perlawanan melibatkan wang yang ditaruh.

e- Mendorong rakyat memfokuskan kepada perolehan keuntungan secara cepat tanpa skill, namun akhirnya kerugian sahaja yang lebih kerap menjelma. Manakan tidak, dalam perjudian, peratusan pihak yang menang sentiasa lebih kecil berbanding yag kalah. Bermakna, jika seorang menang dan bergembira atas kemenangannya, yang kalah mungkin 1000 orang yang berduka cita. Dukacita tersebut mungkin tidak berhenti di situ malah berturutan kepada masalah lain, ibarat ‘domino effect'.

f- Kesan buruk kekalahan; kekalahan boleh yang menyebabkan kemarahan, memandu berbahaya di jalan raya, pergaduhan di dalam rumahtangga, kesan psikologi di tempat kerja menyebabkan kurang produktiviti, mungkin dikejar ‘ALONG' kerana berhutang dengan along untuk berjudi.

g- Pemberian lesen itu seolah menjolok sarang Syaitan, kerana kemungkinan ada indifidu yang tidak begitu terdorong untuk berjudi kerana merasa sukar dek kerana ia merupakan aktiviti gelap dan salah dis isi undang-iundang. Namun akibat lesen tersbeut, dorongannya semakin kuat dan dipermudah.

NASIHAT

Buat menteri dan pihak berkuasa yang beragama Islam khususnya, sedarilah tegahan Allah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)

Dan juga larangan selanjutnya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Justeru itu, saya amat berharap agar Menteri Agama dapat segera memberi panduan dalam hal ini. Jika Menteri Agama sependapat dengan Timbalan Menteri Kewangan, kami sekalu ahli akademik sangat ingin mendengar dan membaca justifikasi dan dalil serta hujjah keharusan tersebut JIKA tiba-tiba Menteri Agama atau mana-mana Mufti bersetuju dengan tindakan itu.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh kerana isu perjudian adalah isu ‘Qat'ie di dalam Islam, saya AMAT BERHARAP pihak Salafi, Wahabi, Ahbash, Tradisional Pondok, Tarekat Sufi, Syiah, ahli akademik universiti, tabligh dan semua pihak agar tampil menyatakan pandangan dan bantahan mereka. Paling minima di blog dan website rasmi mereka. Jangan hanya berselisih dan berdebat bertahun-tahun dengan begitu kreatif, tetapi SENYAP SUNYI tanpa kenyataan umum dalam hal sebegini.

Disebutkan di dalam kaedah Fiqhiyyah yang dicatatkan oleh Al-Imam As-Sayuti Al-Shafi'i:-

لا يُنْكَرُ المختلِفُ فيه وإنما يُنْكَرُ الْمُجْمَعُ عليهِ

Ertinya : Tidak diingkari dalam hal yang diperselisihkan (ijtihad ulama), namun sesungguhnya keingkaran (bantahan) adalah pada perkara yang disepakati (haramnya)( Al-Asbah wa Al-Nazair, kaedah no 35, hlm 292 )

Tanpa syak lagi, perjudian adalah tergolong di dalam perkara yang disepakati secara ijma' berkenaan pengharamannya. Justeru, bantahan kita dan para ulama terhadapnya adalah SANGAT PERLU.

Jangan biarkan hanya orang politik berkata, kerana apabila orang politik berhujah dan berkata-kata, mereka akan sering dilihat sebagai bermotif politik. Kita perlu mereka yang lain juga agar bersuara, supaya Allah meredhai usaha kita.


BAGI MEREKA YANG INGIN MEMBERIKAN KOMEN TERHADAP ARTIKEL INI, SAYA HARAP TIDAK PERLULAH BERPOLITIK KEPARTIAN DALAM KOMEN ANDA (KERANA IA HANYA AKAN MENGERUHKAN KEADAAN SECARA KURANG SIHAT DAN MENYERET KEPADA ISU LAIN), CUKUPLAH BAWAKAN TAMBAHAN RASIONAL DAN JUSTIFIKASI SECARA ILMU DAN BUKAN EMOSI.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

08 Mei 2010


KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu, tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Tuesday, May 4, 2010

anak pertama



Alhamdulillah ... tahun ini merupakan detik bersejarah yang amat istimewa buatku.Dengan sejarah yang ku lakarkan pada tahun lepas dengan gelaran diri secara sah sebagai seorang suami maka pada tahun ini mendapat gelaran sebagai seorang ayah bukan satu perkara yang mudah dan bukan semua orang boleh mendapatkannya.Syukur pada Allah atas kurniaanNya yang tak terhingga.

Dengan ini dapatlah dibuktikan bahawa hamba ini sememangnya wujud untuk dikenali generasi akan datang.
Namanya Muhammad Ammar ( gabungan dua nama "nabi muhammad dan seorang sahabat Ammar bin Yasir) telah dipilih.Mudah mudahan Allah memberikan kehidupan yang berkat atas pemberian yang tak terhingga nilainya untuk keluarga kami..Doakan moga keluarga kami kekal bahagia dunia hingga akhirat.

kembali 2

Entah berapa kali kembali memblogger tapi sepi juga. untuk kali ini datang membaharui blog yang tak berapa sesuai bagi tahun 2010. Terlalu banyak perubahan berlaku dan peristiwa terjadi.
Mohon maaf kepada semua atas menghilangkan diri untuk tempoh yang lama.

Monday, December 7, 2009

Kembali

Hari ini ntahlah ku rasa ingin kembali ke alam siber.. maklumla selepas beberapa bulan , dah dekat enam bulan internet streamyx kat rumah tidak berfungsi disebabkan kabel telefon kena curi.Alhamdulillah baru jer kabel telefon kena sambung balik. tetapi internet pula tidak berfungsi.. semuanya membuatkan diri malessss nak online.. Walau apapun blog ini tetap dalam pemerhatian diri.

Buat pengetahuan semua kawan-kawan.. ana sekarang nie sedang berkursus di Institut Perguruan Kota Bharu (IPKB) dalam program Kursus Dalam Cuti (KDC) SABK ambilan November 2009.Kursus ini mengambil masa setahun setengah sahaja.

Apa-apa sekalipun ana harap hubungan kita semua yang lepas harap dapat diperkukuhkan kembali.. sekian...

blogger templates | Make Money Online