Sunday, May 23, 2010

CUTI 90 HARI WANITA BERSALIN -KELANTAN

Oleh Muhamad Suhaimi

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana telah membuat peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.



Dengan tindakan ini, kerajaan Kelantan telah membela kebajikan wanita. Wanita yang bersalin sudah tentu memerlukan rehat yang panjang bagi memulihkan tenaga dan mengembalikan kecergasan mereka. Di samping itu, ia juga bagi membolehkan kaum wanita menjaga anak yang baru lahir agar aspek pembesarannya tidak terjejas.

DPPWP melihat pandangan yang menyatakan produktiviti kerja penjawat awam akan terjejas amat tidak realistik. Ini kerana, tempoh cuti 90 hari hanya untuk wanita bersalin sahaja, sementara wanita yang tidak bersalin boleh membantu menyelesaikan kerja-kerja wanita yang bercuti bersalin. Tambahan pula, kakitangan lelaki boleh diserapkan bagi menampung kerja-kerja yang ditinggalkan oleh wanita bersalin. Bagaimana produktiviti kerja dapat dilaksanakan secara efektif dan berkualiti sekiranya wanita yang bersalin tidak cukup rehat dan terpaksa meneruskan kerja dalam tempoh 60 hari seperti yang di amalkan oleh kerajaan sekarang ini.

DPPWP juga melihat peraturan cuti bersalin 90 hari dapat menyelesaikan sedikit sebanyak permasalahan penjagaan dan keselamatan bayi. Seringkali kita mendengar bayi yang sakit atau mati akibat kelalaian penjagaan oleh pengasuh mereka. Sekurang-kurangnya selama 3 bulan pertama, bayi dapat dijaga sepenuhnya oleh ibu mereka.

Kerajaan Kelantan nampaknya telah mendahulukan kebajikan rakyat dan bersikap ‘walk the talk' dengan pelaksanaan cuti 90 hari bagi wanita bersalin. DPPWP mengharapkan kerajaan mengambil langkah yang sama dalam melaksanakan cuti bersalin bagi wanita. Dalam mencari kebaikan untuk rakyat, kerajaan tidak seharusnya merasa malu untuk mengambil pendekatan dan contoh yang terbaik dari kerajaan Kelantan meskipun ianya dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Disediakan oleh

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Pemangku Naib Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=5116

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online