Thursday, March 20, 2008

"Tok Guru, jangan pergi dulu" - Cina Kelantan

Oleh sanji

"
KB: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak desas-desus kononnya beliau hanya akan memegang jawatan itu untuk tempoh tidak sampai sepenggal.

Nik Aziz, 77, berkata beliau akan terus menjadi Menteri Besar Kelantan untuk penggal kelima, sejak PAS menerajui negeri pada tahun 1990, selagi keadaan kesihatannya mengizinkan.


"Saya segar (sihat) sikit sekarang ni, (selain) ubat yang saya makan, ramai yang berdoa untuk kesihatan saya.


(Malah) ada orang Cina yang datang berjumpa dengan saya kata pada saya, Tok Guru jangan mati lagi.

InsyaAllah, saya akan terus pegang (jawatan Menteri Besar Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini pada hari Rabu.



Nik Aziz, yang dilahirkan pada tahun 1931 di Pulau Melaka, pernah diserang sakit jantung.



Sebelum pilihan raya umum barubaru ini, Nik Aziz berkata beliau sedia berundur daripada jawatannya itu setelah PAS terus menguasai negeri Kelantan pada pilihan raya 8 Mac lepas.



Bagaimanapun, menurutnya, jika semua pihak masih memilihnya untuk kekal, beliau akan akur dan terus memimpin Kelantan.



Nik Aziz berkata beliau akan mencadangkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menubuhkan badan khas di peringkat pusat bagi menyelaras pentadbiran di negeri-negeri yang dikuasai parti pembangkang.



Beliau berkata badan khas itu perlu bagi mengelak berlaku kecelaruan dalam pentadbiran termasuk kerajaan gabungan pembangkang, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Macam mana bentuk badan khas itu, terpulang kepada presiden untuk putuskan," katanya.



Ketika diminta mengulas mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada 1971 untuk memastikan ekuiti orang Melayu dalam bidang ekonomi, Nik Aziz berkata program itu adalah sesuatu yang baik.

"Bagi PAS, kita akan perhatikan dulu setiap dasar yang dilaksanakan, kalau 100 peratus buruk kita akan buang.



Tapi kalau ada yang baik dan buruk, kita akan baiki mana yang buruk.

"DEB itu bagus, tetapi dari segi pengendaliannya, rosak.

Bagi PAS, kita akan kekalkan dasar itu, cuma kena baiki sedikit sebanyak," katanya.

"

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online