Saturday, June 16, 2007

Catatan peristiwa pembunuhan pelajar mesir


ni gambar mangsa yg diletakkan dibiliknya..


Catatan peristiwa kejadian
1. Mangsa suka main bola sepak di padang kuliah; tapi petang tu dia enggan keluar bermain.

2. Mangsa sedang melihat gambar kereta di komputer; bukannya internet kerna umah tu takde internet.

3. Kejadian bermula di komputer; dan kedudukan pc terletak sebelah pintu dan mengadapnya.


4. terdapat kesan darah di komputer dan darah di dinding belakang komputer.


5. ade kesan tapak tangan berdarah dipintu (mungkin mangsa nak keluar kemudian dihalang)


6. Arab yg berada dipasar naik ke rumah yg tingkat 2, merempuh pintu dan mengalahkan
suspek dgn kayu.


7. Suspek dan mangsa kurang mengenali antara satu sama lain.


8. Mereka tidak mengulangkaji pelajaran kerana exam sudah habis dan mereka berlainan kuliah.


9. Jenazah dikebumikan di malaysia dengan biaya kerajaan Terengganu.


10.perbuatan melambat2kan penyelenggaraan dan memindahkan mayat adalah dilarang dalam Islam.


Al-Fatihah..

sumber:akhisalman

Friday, June 15, 2007

lagi-lagi naik harga

Lagi-lagi harga naik.begitulah senario yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini.Selepas saja pengumuman kadar tol oleh samy vellu beberapa hari yang lepas, kali ini dikejutkan pula dengan kenaikan harga barangan keperluan juga turut naik.Ntahlaa apa lagi yang akan naik selepas ini.

KUALA LUMPUR: Harga sebahagian barang keperluan harian terutama sayuran dan ikan di dua pasar utama di ibu kota dan beberapa negeri meningkat, semalam.

Tinjauan di Pasar Chow Kit mendapati harga ayam naik 10 sen kepada RM5.40 sekilogram, ikan kembung naik 30 sen kepada RM4.80, kacang buncis naik RM1 kepada RM7, kacang panjang naik 50 sen kepada RM3.50, bawang merah naik 80 sen kepada RM4.80, manakala cencaru turun RM1 kepada RM4 .

Di Pasar Keramat, harga udang sederhana dan bawang merah masing-masing naik RM1 kepada RM15 dan RM5 sekilo, kubis naik 50 sen kepada RM3, ubi kentang dan bawang besar masing-masing naik 20 sen kepada RM2 dan RM1.80. Ikan cencaru turun RM2 kepada RM7 dan cili merah RM1 kepada RM7

Di PULAU PINANG, harga kembung naik RM1 kepada RM7 sekilo, cili merah RM1 kepada RM10, sawi dan bayam, masing-masing 50 sen kepada RM3 dan RM2.50, manakala tomato dan kacang buncis masing-masing naik 50 sen kepada RM5

Di KOTA BHARU, harga kembung naik RM2 kepada RM10 sekilo, cencaru RM1 kepada RM6, ubi kentang 50 sen kepada RM2, tetapi cili merah turun 50 sen kepada RM6.50, manakala kacang panjang 50 sen

Di MELAKA, harga sayuran menurun, termasuk kubis RM1 kepada RM2, sawi dan tomato masing-masing 50 sen kepada RM2.50 dan RM4

Di IPOH, harga kembung, cili merah, kacang buncis masing-masing naik RM1 kepada RM7, RM8 dan RM5, bayam 30 sen kepada RM2.50, manakala harga ayam turun 30 sen kepada RM5.70

Di NEGERI SEMBILAN, harga udang sederhana turun RM2 daripada RM15 kepada RM13, manakala di KUANTAN, cencaru turun RM1 kepada RM4 sekilo.

sumber:Berita harian

Pelajar Al Azhar dibunuh oleh Rakan sendiri

sedikit peristiwa yang berlaku pada pembunuhan beliau .

Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yg amat apabila seorang pelajar Muhammad bin Ishak (Terenganu) meninggal dunia pukul 1pg malam di hospital dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman diseluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yg paling teruk dikepalanya. kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari rabu 13jun di sebuah rumah pelajar Msia di pasar di dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yg sedang bermain komputer di serang dr belakang dan bergelut sehinggala ditetak seluruh badan dgn 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yg baru dibeli. Mangsa yg ditetak bertalu2 lari ke balakon dlm keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar.Maka arab tadi pun naik ke ats dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar msia lain disisinya berlumuran darah.Mka arab menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli. Dia sedar dlm pukul 10 dan ditanya sebab ape suspek bertindak begitu; dia menjawab: "Dia tu gila" kemudian dia dibawa ke Icu. Pihak kedutaan tiba dlm pkl 2pagi dan diberitakan mangsa sudah menghembuskan nafas yg terakhirnya.Mangsa adalah pelajar tahun 3 kuliah usuluddin jurusan tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar malaysia. suspek mengenali mangsa.Al-Fatihah.

sumber:http://akhisalman.blogspot.com/

Berhati2 bila menjawab salam....


Peristiwa seperti ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja.Sama-sama kita mintak berlindung dengan Allah moga2 peristiwa yang sama tak berlaku pada kita di samping berhati-hati bila menjawab salam.

oleh: nisasolehah

"Assalamu'alaikum, Cerita benar yg baru berlaku di Subang Jaya ke atas ibu nisa hari selasa lepas dalam pukul 4 petang. Ibu terdengar ada orang bagi salam di luar. Dengan segera, ibu terjengket-jengket sambil menjawab salam, terus ke pintu depan. Ibu nampak ada seorang lelaki tua, mualaf, berpakaian baju merah dan berseluar panjang hitam. Lelaki itu sudah sampai ke pintu depan. Katanya ada cek untuk adik saya tetapi perlu ditambah RM150.00 kerana kekurangan wang dalam akaun adik saya.
Lelaki tua itu terus minta ibu buka pintu depan kerana ia perlu bercakap dengan adik melalui talipon di rumah. Ibu saya, dalam perasaan terpinga-pinga, terus buka pintu dan bawanya ke talipon di ruang tamu. Setelah lelaki itu 'bercakap' dgn adik saya, ia terus kata yang adik saya suruh ibu bayarkan dulu RM150 kepadanya.

Ibu saya yang dalam keadaan terpinga itu, terus masuk ke bilik dan ambil wang. Pembantu rumah di dapur terdengar suara orang bercakap, lalu dia terus ke ruang tamu. Sedang lelaki itu mengikut ibu ke hala bilik, tiba-tiba ia terhenti setelah ternampak pembantu rumah keluar dari dapur. Ibu pun keluar dari bilik dan serahkan wang ke tangan lelaki itu sambil diperhatikan pembantu rumah. Lelaki itu pun terus keluar sambil berkata ia perlu ke Kuantan untuk urusan pejabat adik saya.

Setelah lelaki itu keluar, pembantu rumah itu bertanya ibu apa hal dengan lelaki mualaf itu dengan berpakaian seluar pendek dan singlet tidak berlengan itu.
Ibu terkejut. Katanya bukankah lelaki itu berpakaian baju merah dan berseluar panjang hitam? Setelah pembantu rumah itu menerangkan keadaan sebenarnya, barulah ibu tersedar yang ia telah dipukau.

Perkara begini pernah terjadi pada ibu saya hampir dua tahun lepas. Dua wanita yang bertudung kemas berbaju kurung memberi salam sambil menghulur tangan di celah-celah jeriji pintu depan. Setelah ibu, bersalam sambil ditenong matanya, tiba-tiba ibu terasa hayal lalu dia buka pintu tanpa di suruh.

Kedua-dua wanita itu berpura-pura menjual barang. Sekali lagi ibu terpedaya dengan mudah ia melucutkan segala barang kemas di badannya. Setelah mereka baru keluar dari rumah, adik saya pun balik dan ternampak kedua-dua wanita itu.Ibu pun menceritakan segala-galanya, baru dia sedar dia telah dipukau.Walaupun saya telah berpesan supaya pintu pagar sentiasa dikunci, dan mereka telah berbuat demikian, tetapi, malang tidak berbau. Pada waktu yang sudah ditakdirkan, ibu tidak terdaya melawan takdir.

Sekali lagi, saya berpesan kepada ibu, jangan menjawab salam kepada orang yang dia tidak kenal dan jangan buka pintu. Pintu pagar mesti sentiasa dikunci. Jika perlu, ibu mesti talipon saya atau adik saya. Kami juga telah berpesan kepada pembantu rumah. Semoga Allah SWT memelihara ibuku


Hari ini


Biasalaa lepas lepas musim panas menjelma.Terfikir di kepala ini apakah yang patut dilakukan sempena mengisi musim panas ini tanpa membiarkan berlalu dengan begitu sahaja.Ingin rasanya berdepan di hadapan komputer ini saja dengan mengisi blog dengan ilmiah-ilmiah yang boleh berkongsi bersama.Tapi disebabkan blog ini hanya menjadi tumpuan kawan yang kebanyakan peringkat junior rasa pening gak nak mengisinya dengan ilmiah yang begitu tinggi kalau nak dibandingkan dengan pemikiran mereka.Apa pun kena raikan juga kawan-kawanku seperjuangan kat sini yang mungkin ada dari kalangan meraka yang masuk ke sini tanpa sengaja.

Hari ini ku terima berita sedih dengan kematian seorang pelajar kat sini.Walaupun tidak ku kenal dengan dekat tapi sebabkan dia juga seorang pelajar Al Azhar sedikit sebanyak terasa dalam diri ini kehilangannya.Sebelum ini kawanku yang saban hari bermain-main juga bergurau senda sejak di Malaysia lagi meninggalkan daku dengan secara mengejut.Apa tidaknya jam 10mlm malam sempat kitorang makan bersama tapi tidak sangka jam 5 pg dia meninggalkan kami buat selama2nya.

Hanya doa yang kami semua mampu lakukan.inilah peristiwa yang paling meninggalkan kenangan yang tak mungkin dapat dikikis buat selamanya.kenangan bersama beliau sangat-sangat jelas teringat seolah2 peristiwa yang belaku setahun lepas baru-baru lagi berlaku.
Beginilah lumrah kehidupan, yang hidup pasti akan mati , silih berganti dengan akan baru dilahirkan.Terfikir juga apakah persediaan untuk menghadapi saat2 yang yang tak tahu bila akan menjeguk kita yang semestinya akan datang tanpa mengetahui bila masanya.Apa pun untuk sahabat seperjuangan yang meninggalkan selamanya, AL-FATIHAH dapat ku bacakan dan doaku mudah mudahan kalian diletakkan bersama mereka-meraka yang diredhai oleh Allah.

Kepada sahabat-sahabat yang masih lagi berada di alam ini sama-samalah kita meneruskan perjuangan kita demi menegakkan Agama Allah ini.Mudah mudahan kita diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi perjuangan yang penuh dengan duri-duri yang amat tajam.Kita sambut dengan teguh panji-panji mereka yang terkorban dalam meneruskan perjuangan sehingga kita meninggalkan dunia ini dengan keadaan yang diredhai oleh Allah.Moga kita dirahmati oleh Allah.. aminnn..

Wednesday, June 13, 2007

Setiap Larangan/Suruhan Pasti Ada Hikmahnya

" Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.



Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.


Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital , the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum.


Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.


Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.


Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit informasi yang diberikan oleh Mudaris(guru) ana, Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.


Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah.

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA....

sumber:mediamuslim.com

Tuesday, June 12, 2007

Bekas penyanyi Wings jadi pendakwah



BEKAS penyanyi utama kumpulan Wings Ismail Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Mel kini menjadi pendakwah. Menurut Mel, beliau bersyukur kerana mendapat hidayah lebih cepat dan ketika usia masih lagi dalam lingkungan 30-an. Yang penting sekarang dia mahu berbakti kepada masyarakat pula, itu cita-cita utamanya. Dan lebih penting lagi, beliau kini berceramah di atas pentas parti Anwar Ibrahim, Keadilan.

Menurut maklumat yang diterima klpos.com, Mel akan berceramah DI DEWAN YAYASAN AMAN PENANTI, PERMATANG PAUH pada Sabtu 23 Jun ini jam 9.00 malam.

Program tersebut anjuran Biro Penerangan Keadilan Pematang Pauh.

Mel diingati selepas mengantikan penyanyi utama Wings Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan salah satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan Wings di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka.

2 tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama Wings dan album Orang Asing dihasilkan.

Walaubagaimana pun jodoh Mel dengan Wings tidak kekal berpanjangan. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari Wings dan Wings bernasib baik kerana tempat beliau diganti oleh Mus, bekas penyanyi utama kumpulan May yang seangkatan dengan Wings.

Antara lagu popular beliau adalah, Biru mata hitamku, semalam yang hantar dan lena diulit intan.

Mungkinkah Mel akan mengikuti jejak langkah Ustaz Akil Hai, yang kini merupakan penceramah PAS. Sama-sama kita saksikan.

Temubual dengan Mel di ambil dari laman webnya http://mel.com.my.


Apa yang mendorong perubahan Mel?

Saya masuk Wings bukan sebab saya minat rock. Bapa saya imam masjid, emak saya ajar orang mengaji al-Quran. Saya pun bilal masa itu. Tetapi sebab Joe (Wings) ajak sangat saya masuk untuk ganti Awie tahun 1995, saya masuklah. Tiba-tiba nama saya besar juga. Lagu Lena Diulit Intan yang julang nama saya. Tiba-tiba populariti datang. Tetapi saya tanya diri saya sampai bila hendak macam itu? Lebih setahun, saya ambil jalan keluar sebab antara kami (anggota Wings) banyak perbezaan. Banyak benda yang tak boleh ngam. Jadi sebab saya masih hendak berkawan lagi dengan mereka sebagai sahabat, saya ambil keputusan tarik diri. Terus terang saya cakap, setiap artis ada ego sendiri. Begitu juga saya.

Mel nampaknya macam menyesal pernah terlibat dengan Wings?

Susah hendak cakaplah. Hiburan ni sebenarnya banyak sangat melalaikan. Teruk! Tapi kita tak pernah hendak sedar. Bukan hendak puji penyanyi-penyanyi luar. Artis macam Gun 'n' Roses misalnya, masa nyanyi ke, buat apa ke, mereka pakai salib besar-besar. Itu perjuangan untuk agama dia. Agama dibentangkan dalam hiburan. Tapi kita, apa kita buat? Dengan hiburan kita lalaikan orang lagi adalah. Banyak penyanyi sekarang fikir duit, suka glamor saja. Tak ada perjuangan.

Benarkah Mel pernah terlibat dengan kumpulan Al-Arqam?

Dululah. Sebenarnya banyak orang keliru dengan saya ni. Kita ambil mudah, kalau saya penyanyi, kenapa mesti saya takut untuk berkawan dengan tuk haji, dengan orang pakai kopiah? Macam inilah, kita janganlah banyak sangat suluh diri orang. Lebih baik suluh diri kita sendiri sebab kita pun tak lengkap juga.

Jadi betul kisah dulu tu?

Saya berkawan dengan ramai orang. Dulu dengan Wings saya fikir glamor ego saja. Selagi kita ada ego, kita tak akan ke mana. Kita makin sesat. Untuk buang tu perlukan masa sikit demi sikit. Itu sebab saya berkawan. Ramai. Album ketuhanan (tahun 1996 dan 1997 pernah keluar dua album solo) mempertemukan saya dengan ramai orang. Orang tabligh, orang ABIM , orang Al-Arqam, macam-macam. Apa salahnya? Itu sebab orang keliru dengan saya. Kira dulu tu saya masih tengah mencari. Apa yang baik kita ikut. Tak baik buang saja. Saya sebagai artis nak sombong dengan orang, tak bolehlah macam itu. Saya menimba ilmu, tak kira ke mana. Dulu mungkin saya pakai serban orang cakap macam itu.

sumber:tranungkite.net

blogger templates | Make Money Online