Friday, June 15, 2007

lagi-lagi naik harga

Lagi-lagi harga naik.begitulah senario yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini.Selepas saja pengumuman kadar tol oleh samy vellu beberapa hari yang lepas, kali ini dikejutkan pula dengan kenaikan harga barangan keperluan juga turut naik.Ntahlaa apa lagi yang akan naik selepas ini.

KUALA LUMPUR: Harga sebahagian barang keperluan harian terutama sayuran dan ikan di dua pasar utama di ibu kota dan beberapa negeri meningkat, semalam.

Tinjauan di Pasar Chow Kit mendapati harga ayam naik 10 sen kepada RM5.40 sekilogram, ikan kembung naik 30 sen kepada RM4.80, kacang buncis naik RM1 kepada RM7, kacang panjang naik 50 sen kepada RM3.50, bawang merah naik 80 sen kepada RM4.80, manakala cencaru turun RM1 kepada RM4 .

Di Pasar Keramat, harga udang sederhana dan bawang merah masing-masing naik RM1 kepada RM15 dan RM5 sekilo, kubis naik 50 sen kepada RM3, ubi kentang dan bawang besar masing-masing naik 20 sen kepada RM2 dan RM1.80. Ikan cencaru turun RM2 kepada RM7 dan cili merah RM1 kepada RM7

Di PULAU PINANG, harga kembung naik RM1 kepada RM7 sekilo, cili merah RM1 kepada RM10, sawi dan bayam, masing-masing 50 sen kepada RM3 dan RM2.50, manakala tomato dan kacang buncis masing-masing naik 50 sen kepada RM5

Di KOTA BHARU, harga kembung naik RM2 kepada RM10 sekilo, cencaru RM1 kepada RM6, ubi kentang 50 sen kepada RM2, tetapi cili merah turun 50 sen kepada RM6.50, manakala kacang panjang 50 sen

Di MELAKA, harga sayuran menurun, termasuk kubis RM1 kepada RM2, sawi dan tomato masing-masing 50 sen kepada RM2.50 dan RM4

Di IPOH, harga kembung, cili merah, kacang buncis masing-masing naik RM1 kepada RM7, RM8 dan RM5, bayam 30 sen kepada RM2.50, manakala harga ayam turun 30 sen kepada RM5.70

Di NEGERI SEMBILAN, harga udang sederhana turun RM2 daripada RM15 kepada RM13, manakala di KUANTAN, cencaru turun RM1 kepada RM4 sekilo.

sumber:Berita harian

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online