Tuesday, June 26, 2007

Terbaru: Berita Kelantan

gambar hiasan

Madu Tualang Percuma Untuk Bakal Haji

KOTA BHARU, 9 Jamadil Akhir 1428 - Bakal-bakal haji yang akan mengerjakan rukun Islam kelima itu di Makkah tahun ini bakal dibekalkan madu tualang sebagai bahan untuk meningkatkan tahap imunisasi badan manusia.

Madu tersebut akan disediakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM).

Semalam Fama menandatangani perjanjian menyediakan 250gm (72 botol) madu tualang kepada USM untuk dijadikan kajian.


USM diwakili Pemangku Naib Canselor USM, Dato’ Prof Mohd Idris Salleh dan Pengarah Kampus Kesihatan, Dato’ Dr Mafauzy Mohamed, manakala Fama diwakili Timbalan Ketua Pengarahnya, Samah Hassan dan Pengarah Wilayah Utara, Abu Bakar Majid.

Perjanjian tersebut sebagai jalingan yang mantap, di mana USM dijadikan pusat untuk penyelidikan madu berkenaan.

Idris berkata, selain sumbangan madu tualang, pihaknya juga akan membeli sebanyak 250 gm madu lagi untuk diberikan kepada jemaah haji tahun ini dengan kos sebanyak RM18,000.

Menurutnya, seramai 500 orang bakal haji dewasa yang berumur antara 18 hingga 65 tahun akan diberikan madu berkenaan sebagai imunisasi untuk melihat keberkesanannya terutama merawat masaalah paru-paru.

“Biasanya kita dapati apabila jemaah haji pulang di tanah air, mereka didapati batuk, demam dan sebagainya, jadi kita cuba bekalkan madu ini dan akan kita lihat sejauh mana pula keberkesanannya,” ujarnya pada sidang media selepas itu.

Idris turut mencadangkan agar lebah yang mengeluarkan madu tualang diternak bagi mendapatkan madunya memandangkan ia semakin pupus.

“Sekiranya lebah liar boleh diternak dan madunya juga bermutu tinggi, lebah yang mengeluarkan madu tualang tiada sebab pula tidak boleh diternak,” ujarnya.

Samah memberitahu madu tualang yang dihasil Fama bermutu tinggi dan ia tidak dicampur dengan bahan-bahan campuran lain. - mj

sumber:buletin online

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online