Wednesday, June 27, 2007

Us Ali cabar Mufti Perlis, jawatan Mufti Bidah


Oleh BPPNS

"Dalam satu siri ceramah oleh Us Ali Kutty di Negeri Sembilan, beliau merasakan kebimbangan atas serangan fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa perpecahan di kalangan jemaah surau malah hinggakan ada suami isteri yang bercerai berai.

Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila suami balik mengikuti ceramah golongan ini, si suami melarang isteri dari membaca qunut ketika solat subuh. Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya juga. Apabila si isteri berkeras membacanya maka robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman.

Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam membuat majlis tahlil, maka ada jemaah membantah. Lalu jemaah tadi bergaduhlah dengan imam.

Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua amalan yang ada nas dan dalilnya seperti membidahkan tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah, membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al Quran, kunut, wirid lepas sembahyang dan banyak lagi. Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka. Yang terbaru menangkap orang berkhalwat juga adalah bidaah.

Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau kita setuju semua perkara diatas adalah bidah. Maka bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. Ini adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan mufti. Bahkan zaman Khalifah Ar Rasyidin juga tiada jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al Quran yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang mengharuskan jawatan Mufti ini ?

Begitu juga dengan Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan ini. Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah sedangkan sambutan tersebut adalah bidah ? Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai terutamanya golongan cerdik pandai, para mahasiswa agar berhati-hati dengan golongan ini, yang boleh merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan rumah tangga dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan buang bayi dan banyak lagi.

Setiap amalan wirid, qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada mereka yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu dan akal. "

sumber:tranungkite.net

2 Comments:

USU AZHA HAJI HAMZAH said...
This comment has been removed by the author.
USU AZHA HAJI HAMZAH said...

Kenapa 'Ustaz" Ali itu boleh dipanggil ustaz kalau ilmunya cetek sangat. Jangan perdayakan orang lain dengan panggilan ustaz. Di Arab sana, drebar lori pun orang panggil ustaz. Sebenarnya, Ustaz Ali, bidaah jawatan mufti tidak berkait langsung dengan perkara bidaah. Faham tak ustaz, bidaah tu untuk amalan dalam agama saja yang ditegah oleh Rasulullah. Sabda Rasululah, " Sesiapa yang yang membuat amalan dalam agama yang tidak ada contoh dari ku, maka ianya tidak diterima". Faham tak ustaz! Amalan agama! Bukan pekerjaan atau kehidupan di dunia ini. Nabi naik unta, ustaz nak naik jet pun apa salahnya. Bukan termasuk bidaah. Tolonglah ustaz, jangan perbodohkan diri dari perbuatan yang tidak ada ilmu.

Saya rasa tentu ustaz adalah bidaah yang tidak menyedari langsung tentang kesalahan bidaan yang ustaz lakukan. Orang yang buat bidaah ni sebenarnya lebih teruk dari orang buat maksiat kerana orang yang buat maksiat, dia tahu dia buat salah dan ada niat dalam hati akan bertaubat. Kalau ahli bidaah macam ustaz ni dok rasa bidaah tu betul, sampai tercabut nyawa nanti pun ustaz masih buat perkara yang Nabi larang. Astargfirullah...bertaubatlah Ustaz Ali Kutty...moga-moga Allah ampunkan dosa kamu...

USU AZHA HAJI HAMZAH

blogger templates | Make Money Online