Friday, June 15, 2007

Berhati2 bila menjawab salam....


Peristiwa seperti ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja.Sama-sama kita mintak berlindung dengan Allah moga2 peristiwa yang sama tak berlaku pada kita di samping berhati-hati bila menjawab salam.

oleh: nisasolehah

"Assalamu'alaikum, Cerita benar yg baru berlaku di Subang Jaya ke atas ibu nisa hari selasa lepas dalam pukul 4 petang. Ibu terdengar ada orang bagi salam di luar. Dengan segera, ibu terjengket-jengket sambil menjawab salam, terus ke pintu depan. Ibu nampak ada seorang lelaki tua, mualaf, berpakaian baju merah dan berseluar panjang hitam. Lelaki itu sudah sampai ke pintu depan. Katanya ada cek untuk adik saya tetapi perlu ditambah RM150.00 kerana kekurangan wang dalam akaun adik saya.
Lelaki tua itu terus minta ibu buka pintu depan kerana ia perlu bercakap dengan adik melalui talipon di rumah. Ibu saya, dalam perasaan terpinga-pinga, terus buka pintu dan bawanya ke talipon di ruang tamu. Setelah lelaki itu 'bercakap' dgn adik saya, ia terus kata yang adik saya suruh ibu bayarkan dulu RM150 kepadanya.

Ibu saya yang dalam keadaan terpinga itu, terus masuk ke bilik dan ambil wang. Pembantu rumah di dapur terdengar suara orang bercakap, lalu dia terus ke ruang tamu. Sedang lelaki itu mengikut ibu ke hala bilik, tiba-tiba ia terhenti setelah ternampak pembantu rumah keluar dari dapur. Ibu pun keluar dari bilik dan serahkan wang ke tangan lelaki itu sambil diperhatikan pembantu rumah. Lelaki itu pun terus keluar sambil berkata ia perlu ke Kuantan untuk urusan pejabat adik saya.

Setelah lelaki itu keluar, pembantu rumah itu bertanya ibu apa hal dengan lelaki mualaf itu dengan berpakaian seluar pendek dan singlet tidak berlengan itu.
Ibu terkejut. Katanya bukankah lelaki itu berpakaian baju merah dan berseluar panjang hitam? Setelah pembantu rumah itu menerangkan keadaan sebenarnya, barulah ibu tersedar yang ia telah dipukau.

Perkara begini pernah terjadi pada ibu saya hampir dua tahun lepas. Dua wanita yang bertudung kemas berbaju kurung memberi salam sambil menghulur tangan di celah-celah jeriji pintu depan. Setelah ibu, bersalam sambil ditenong matanya, tiba-tiba ibu terasa hayal lalu dia buka pintu tanpa di suruh.

Kedua-dua wanita itu berpura-pura menjual barang. Sekali lagi ibu terpedaya dengan mudah ia melucutkan segala barang kemas di badannya. Setelah mereka baru keluar dari rumah, adik saya pun balik dan ternampak kedua-dua wanita itu.Ibu pun menceritakan segala-galanya, baru dia sedar dia telah dipukau.Walaupun saya telah berpesan supaya pintu pagar sentiasa dikunci, dan mereka telah berbuat demikian, tetapi, malang tidak berbau. Pada waktu yang sudah ditakdirkan, ibu tidak terdaya melawan takdir.

Sekali lagi, saya berpesan kepada ibu, jangan menjawab salam kepada orang yang dia tidak kenal dan jangan buka pintu. Pintu pagar mesti sentiasa dikunci. Jika perlu, ibu mesti talipon saya atau adik saya. Kami juga telah berpesan kepada pembantu rumah. Semoga Allah SWT memelihara ibuku


2 Comments:

Orked said...

Salam Shin,

zaman skrg ni .... nak percaya kat org pun payah..kadang² kita nak buat baik pun takut.

*pu_jie* said...

betul tu mama.zaman sekarang macam dipaksa berbuat baik hehehe.

blogger templates | Make Money Online