Monday, June 25, 2007

Warkah buat Amani

Oleh drfikrah

Perempuan telah dijadikan oleh Allah SWT, Tuhan Yang Maha Mencipta dengan rupa yang cantik dan sempurna, dihiasi pula di dalam jiwa-jiwa mereka dengan sifat malu yang sangat sesuai dengan dirinya yang lembut. Sifat penyayang yang ada pada diri mereka tidak dapat diaplikasikan seratus-peratus oleh lelaki.

Inilah kelebihan yang dihiasi di dalam jiwa seorang perempuan. Tajuk “Wanita Ibarat Mutiara Yang Jarang Didapati” saya ketengahkan hari ini adalah berdasarkan semasa, kerana kita boleh lihat perempuan-perempuan di pelbagai tempat, kebanyakan di antara mereka bukan lagi digelar mutiara. Mutiara-mutiara ini sudah berkurangan dan terus berkurangan sehingga ia terus pupus.

Perempuan adalah mutiara yang jarang didapati,
Tetapi adakalanya ia merupakan bijih yang buruk. Namun ungkapan ini boleh dianggap ketinggalan kerana bijih-bijih buruk ini semakin bertambah sehinggakan mutiara yang dicari tidak diketemukan. Hari ini, bijih-bijih buruk ini kerap ditemui di serata tempat. Tidak perlu mencari, ia terpampang sendiri di hadapn mata anda walaupun anda tidak mencarinya, bahkan benci kepadanya.

Walaupun di sana terdapat banyak pencari-pencari bijih buruk ini, namun mereka sangat berpuas hati dengan penemuan ini. Setelah ia terlalu banyak dikumpulkan, dan sudah bosan dilihat, sudah menyemak disimpan, bijih-bijih ini dibuang bersepah di merata tempat. Lihatlah perempuan-perempuan hari ini yang diperlakukan seperti bijih-bijih tadi.

Perempuan adalah mutiara yang jarang didapati,
Perempuan, janganlah dirimu murah ditayangan mata-mata singa yang kelaparan, janganlah maruahmu dijual dengan harga bundle dan layak digunapakai sehari semalam, janganlah jiwamu dilitupi dengan kehitaman dunia yang penuh dengan keseronokan. Ingatlah, kamu bakal menjadi seorang isteri dan ibu. Kamu akan melahirkan generasi-generasi yang akan membangunkan dunia.

Ingatlah wahai perempuan, anak-anakmu bakal menggambarkan kehidupanmu. Mahukah seorang ibu melihat anaknya berzina dengan jantan yang tidak ketahuan? Mahukah seorang ibu melihat anaknya menjadi dakapan ribuan jantan? Mahukah seorang ibu melihat anaknya menjadi perkosaan singa kelaparan? Fikirlah. Sekiranya kamulah yang berkelakuan demikian, janganlah mengharapkan anak yang menyelamatkan kamu dari neraka jahanam.

Perempuan adalah mutiara yang jarang didapati,
Sekeping hati perempuan mampu meruntun seribu jiwa kemanusiaan. Hak seorang perempuan lebih dipelihara oleh si pencari mutiara. Walaupun terdapat ramai pencari bijih, tetapi mereka juga mencari mutiara untuk dikorbankan. Jauhilah mereka. Lihatlah betapa sedikitnya pencari mutiara. Walaupun mereka berusaha mencarinya, adakalanya mereka tertipu dengan bijih yang merata.

Hak-hak perempuan sangat dijaga dan dipeliahara oleh mereka. Dahulu, sekiranya sebutir mutiara dicuri oleh si pencari bijih, seluruh dunia menentang. Sekiranya seorang perempuan diganggu oleh lelaki jalanan, seluruh dunia lantang bersuara, tetapi hari ini, mutiara-mutiara sudah lenyap dan hilang, dan suara-suara tadi turut beku ditelan zaman.

Perempuan adalah mutiara yang jarang didapati,
Bagaimanakah perempuan ingin menjadikan dirinya sebagai mutiara? Inilah caranya yang mempu mengubah sebutir bijih yang murah kepada sebentuk mutiara yang mahal dan dicari-cari.
> Memelihara diri dari menjual maruah
> Menghiasi diri dengan sifat pemalu
> Mempunyai kesopanan dan adab-adab
> Menyelami kehidupan dengan kasih sayang
> Kata-kata yang lembut dengan kebaikan dan keras dengan keburukan
> Jauh daripada melanggar sifat kewanitaan
> Penuh dengan penghormatan dan kemuliaan

Perempuan,
“Murahnya dirimu jika dijual, mulianya darjatmu jika dipelihara”

sumber: www.drfikrah.blogspot.com

surat ini bukan sahaja untuk amani sorang tapi untuk umum wanita-wanita yang lain juga . Jagalah mutiara yang berharga itu nescaya Allah akan jaga kamu semua...

2 Comments:

aria ayumi said...

errr... amani? amani mane ni shin? sharifah amani yg baru botak tu ke... huhu

*pu_jie* said...

hehehe.. tau takpe... agak2nya sape lagi

blogger templates | Make Money Online