Monday, June 11, 2007

Tetiba terasa begini

Pelik betul rasanya sekarang nieh tetiba jer rasa nak pegi belajar.selalunya malas sekali maklumla bila seronok mengadap komputer nieh.Tempat belajar lak dah la jauh tapi semangat nak pergi tu yang menambahkan cas letrik kat kaki nieh.Otak nie ntahlaa tetiba rasa kosong jer, jiwa pun sama kosong tanpa pengisian..Apa takdirnya bermula dengan tanya seorang kawan kat mana ada pengajian yang boleh diikuti n katanya ader la kat masjid al azhar akan wat pengajian untuk musim panas nie tapi pengajian tersebut start pada 15 hb 6 nanti.

Difikirkan dalam kepala nie ..huh.. lambat lagi pengajian kat al azhar tuh..tetiba kawan bagitahu ade pengajian kat tempat lain.ape lagi terus ku menanya dia.Rasa heppy sungguh bila dia bagitahu berita tuh.n sekarang dah start pengajian.yang nak gelak sorang2nye kitab dah nak abis..kalau dulu masa memulakan pengajian dengan syeikh2 arab nie mula dengan muqaddimah ntah nape bila start tahun nie mula dengan kitab yang dah hampir nak abis.rugi tul baru tahu pengajian nie berlansung.ape pun dengan semangat yang baru nie harapnya tak pudar macam yang telah berlalu pada masa lepas.

persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran nieh ,kenapa terasa nak pegi mengaji .macam terasa tak ada ilmu di dada nieh.jiwa rasa kosong.semestinya terasa pengajian kali nie lebih seronok berbanding ngan yang lepas2.Moga pengajian kali nie memberi seribu makna pada diri ini kerana di kala ada peluang mengaji teruskanlah sebelum peluang seperti ini tidak ada.masa lapang sebelum sempit,tua sebelum muda dan kaya sebelum miskin.Moga diri ini dapat dibekalkan ilmu yang secukupnya sebelum pulang ke tanah air berjuang menghadapi masyarakat umum..

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online