Wednesday, August 8, 2007

"KAMBING"

Sejak akhir-akhir nieh banyak timbul pasal gelaran dengan nama binatang digunakan dengan yang terkini gelaran 'kambing'. Tak tahulaa ape puncanya yang pastinya tahun nie saja ade beberapa gelaran kambing digunakan bermulanya sebelum ini dengan kes altantunya dengan dua orang yang didakwa akan dijadikan kambing hitam dan selepas itu pulak timbul dengan projek ternakan kambing (yang nie bukan gelaran) yang dilaksanakan di kelantan dan yang terbaru lak kat bawah nieh dengan tajuknye Mahasiswa Kambing!! rupanya kalimah 'kambing' tahun ini banyak digunakan dengan rancaknya...dan sebelum nie heboh dengan kalimah monyet yang dikeluarkan oleh menantu Perdana Menteri untuk bloggers malaysia disamping kalimah 'beruk' digunakan untuk menjelaskan maksud islam hadhari.Islam hadhari atau hadharah islamiyyah dengan Pak Mat beruk atau beruk Pak Mat.. lepas nie tak tahula gelaran binatang mana pulak digunakan...mungkin kura-kura bila di ketuk terus tenggelam kepalanya dengan orang melayu bila kerajaan jerkah sikit terus kuyu dan takde tindakan balas.terima jer tanpa kata apa2 .

Oleh KAAB

" Di dalam sibuk-sibuk PRU 12, kita jangan lupa juga dengan pilihanraya kampus yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Mungkin di dalam bulan ramadhan al-mubarak ini.

Di Universiti Malaya, pengetua-pengetua kolej kediaman dan juga Majlis Pelajar yang didokong oleh gologan pro-BN sudah mula melantik dan menjalankan jentera untuk menaikkan calon-calon untuk pilihanraya tersebut.

Apa yang pasti, siswa-siswi seperti biasa akan dijadikan seperti 'anak kambing' yang diberi makan sedap-sedap dan imbuhan menarik jika menerima tawaran untuk menjadi calon aspirasi yang pro-BN.

Jentera-jentera yang dipilih dikalangan pembantu-pambantu mahasiswa (pm) ini akan menjalankan segala gerak kerja bagi memastikan calon yang dilantik oleh pihak pentadbir UM akan memenangi pilihanraya kampus nanti.

Yang menjadi persoalan sekarang, apa sudah jadi dengan anak-anak kita yang bakal jadi seorang pemimpin yang tegas dan berpendirian? Adakah untuk memilih pemimpin mahasiswa sendiri pun hendak melibatkan pentadbir kolej kediaman dan pegawai HEP? Lesu sungguh minda mereka?

Seawal pembukaan sesi lagi sudah diserlahkan pelbagai kepincangan minda yang dibawa oleh pentadbir dan pemimpin pelajar yang tidak ada ketokohan ini. Pelbagai komen dan aduan tentang kepincangan minggu haluansiswa yang sibuk dengan aktiviti hiburan dan tidak bermakna kepada mahasiswa telah mencacatkan pendedahan awal siswa-siswi kepada dunia kampus yang sepatutnya penuh dengan 'tradisi ilmu dan kecemerlangan'. Bila pentadbiran dan majlis pelajar didokong oleh mereka yang tiada wawasan sendiri untuk memajukan 'dunia intelek' akan tetapi hanya mengikut telunjuk 'orang atasan' semata-mata yang lebih berkepentingan politik, maka inilah jadinya. Kecelaruan demi kecelaruan dihadapi oleh mahasiswa. Sudahlah lesu, tambah pula bercelaru, maka haru-birulah jadinya.

Pilihanraya kampus yang mungkin sengit pada sesi kali ini menampakkan beberapa strategi dan 'spy' (bagi mencuri maklumat dari pihak pro-pembangkang?) akan ditubuhkan oleh pentadbir kolej dan universiti. Yang pasti calon lain akan di anaktirikan, tetapi calon pentadbir akan dijulang bagai 'anak emas'.

Inilah realiti suasana kampus yang semakin 'kebudak-budakan'. Pentadbir sibuk dengan politiking mereka, siswa-siswa pula sibuk dengan hiburan yang bukan-bukan. Pelajaran? Ya, mungkin cemerlang, akan tetapi kebanjiran graduan yang hanya berkualiti di atas kertas, akan tetapi korup dari segi sakhsiah dan nilai murni!

Maka, tidak hairan kalaulah generasi ini akan memerintah negara kelak, akan lebih merosakkan negara kita yang mungkin lagi teruk dari sekarang! Maka pihak tertentu mestilah melakukan sesuatu agar ia sedikit sebanyak mengimbangi kebejatan yang ada sekarang...

"SELAMATKANLAH MAHASISWA KITA""

internet offline lagi

Entahlaa nape tiap-tiap akhir atau awal bulan tenet kat rumah nie selalu jer hang.Line ADSL ade tapi takleh nak bukak website...hampeh tul..agaknya kena bayar bil tenet awal kot.Tapi yang pastinya tensyen tul tambahan lak time2 ade nak wat post..tu yang tensyen tuh.kalau time kita offkan komputer takpelaa nie time2 penting huhuhuhu..camnielah rupa bentuk line adsl kalau dah takleh nak bukak ape2 website..ping dia time out jer

lama gak menunggu takut2 dah boleh bukak tapi sia-sia jer.Last2 ku pegi bayar bil n bila balik jer huhuhuhu ader lak line tenet.selalunya bayar tiap2 10hb awal bulan, tapi ntah nape bulan nie meragam awal2 lagi.Cam nie ler kalau line tenet ade....hampeh tul semalam.dekat dengan 12 jam line tenet takde.. dari jam 11pg hingga jam 11mlm...bila line ade lak berat gile..huhuhu takpelaa janji line ade..

.Dah lama tak menulis kat sini..asyik copy n paste jer tapi untuk diri ini jugak..bukan reti sangat menulis nieh lagi lak tambahan lagi dengan examku yang semakin hampir.Kepala dok tengah pening dok pikirkan study nieh.berperang dengan kemalasan diri huhuhu..camnielaa kalau rasa cam takde mood nak study...moga Allah membuka hati nie agar lebih rajin terutama dalam menegakkan islam di tanah air nanti..

Kenyataan hidup disebalik permainan ini

 Kiriman : Mokhriz Aziz

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka

akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.AMIIINN... Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR!!!!

sumber:tranungkite

Tuesday, August 7, 2007

Tafsir: Golongan pandang kecil dosa yang dilakukan

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Bani Israil suka melanggar janji dengan Allah dan dua kalimah syahadah. Ini adalah kerja dosa yang besar.


Seterusnya Allah Taala menyebut firman-Nya yang bemaksud; “Dan Kami telah mengutuskan kepada mereka rasul-rasul.” (Surah al-Maidah: 70)

Utusan Allah bemula dari datuk, nenek mereka termasuk Nabi Ya’aqub. Daripada zuriatnya lahir bangsa Yahudi Bani Israil.

Ya’aqub bin Ishaq bin Ibrahim, ayahnya rasul dan datuknya pun rasul. Inilah keistimewaan yang diberikan Allah kepada Bani Israil, di mana dilahirkan di kalangan mereka rasul-rasul yang ramai lebih ramai daripada umat lain.

Ini adalah kurnia Allah kepada Bani Israil. Tetapi mereka melanggar janji mereka dengan Allah dan mendurhakai-Nya. Firman Allah yang bermaksud; “Setiap kali datang rasul kepada mereka, sebahagian mereka bohongi dan sebahagian lagi mereka bunuh.”(Surah al-Maidah: 70)

Yakni apabila rasul diutuskan oleh Allah membawa ajaran yang mereka fikir tidak sesuai dengan akal fikiran mereka ataupun rasul yang dipilih oleh Allah tidak seusai dengan akal fikiran mereka, sebahagian daripada rasul itu mereka bohongi, mereka tidak percaya seperti Nabi Isa a.s. dan beberapa nabi yang lain termasuk Nabi Musa, Nabi Harun dan lain-lain, mereka ukur dengan akal fikiran mereka bukan beriman dengan ikhlas kepada Allah SWT.

Mereka dustakan rasul-rasul yang diutuskan oleh Allah, pada hal rasul itu di kalangan orang yang paling baik daripada kalangan mereka.

Sementara itu sebahagian daripada rasul itu mereka bunuh. Nabi Zakaria mereka gergaji jasadnya, Nabi Yahya mereka sembelih seperti binatang, dan beberapa orang rasul lagi yang dibunuh oleh mereka. Sudahlah mereka tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh rasul-rasul itu bahkan mereka bunuh pula rasul-rasul itu.

Inilah kerja kamu wahai Bani Israil dan ambillah pengajaran wahai orang Islam dalam perkara ini. Firman Allah yang bermaksud; “Dan mereka mengira bahawa tidak berlaku fitnah kepada mereka.” (Surah al-Maidah: 71)

Mereka menyangka bahawa tidak akan berlaku bencana kepada mereka dengan tindakan jahat itu. Mereka menyangka, Allah tidak menurunkan bala kepada mereka.

Mereka tidak sedar, mereka dibalakan oleh Allah dengan serangan musuh, bencana alam termasuk puting beliung, banjir, kemarau dan berbagai-bagai perkara.

Bala bencana ujian dari Allah, hukuman di dunia sebelum hukuman di akhirat akibat daripada mereka mendurhakai Allah dan mendurhakai rasul-rasul-Nya.

Mereka merasakan tidak ada apa-apa keburukan pun selepas membunuh rasul-rasul itu, mereka tetap sihat walafiat.

Tiba-tiba datang bencana, mereka berkata, itu hanya bencana alam sahaja tidak ada kena mengena dengan kejahatan yang mereka lakukan.

Mereka lupa kepada jenayah dan maksiat yang mereka lakukan selama ini ataupun mereka memandang ringan terhadap maksiat yang mereka lakukan.

Mereka tafsirkan kepada benda lain, tidak kepada diri mereka sendiri. Mereka tidak menghitung diri sendiri sebelum mereka dihitung di hadapan Allah.

Firman Allah yang bermaksud; “Lalu mereka buta (untuk melihat petunjuk) dan pekak.” (Surah al-Maidah:71)

Mereka buta untuk melihat yang benar dan melihat yang baik dan pekak dari mendengar yang sebenar. Mereka dengar tetapi seperti tidak mendengar ketika diberitahu perkara yang sebenar.

Firman Allah yang bermaksud; “Kemudian Allah mengampunkan mereka dengan apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah: 71)

Nabi-nabi mereka beristighfar memohon keampunan daripada Allah. Apabila mereka sedar dan insaf, mereka memohon kemaafan dan beristighfar, Allah Ta’ala mengampunkan mereka, kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Firman Allah Ta’ala lagi yang bermaksud; “Kemudian mereka itu buta dan pekak lagi, kebanyakan daripada mereka.” (Surah al-Maidah: 71)

Kebanyakan daripada mereka buta dan pekak semula, tidak melihat dan mendengar perkara yang benar.

Berkata ulama tafsir, mereka tidak percaya kepada yang kemudian ini iaitu kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. yang mereka baca di dalam kitab-kitab mereka, yang mereka dengar beritanya daripada nabi-nabi dan rasul-rasul mereka serta para ulama mereka.

Diperjelaskan bahawa akan zahir nabi akhir zaman, tetapi mereka seolah-olah tidak mendengar khabar itu daripada nabi-nabi, rasul-rasul dan para ulama mereka. Mereka tidak menerima petunjuk walaupun mereka melihat batang tubuh Nabi s.a.w. – lanh

Saturday, August 4, 2007

MB terkilan tidak dijemput hadiri program rasmi PM di Kelantan

oleh:Maslan Yusoh

KOTA BHARU, 4 Ogos (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa agak terkilan kerana tidak dijemput menghadiri program rasmi lawatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke sini, yang berakhir semalam.

Katanya, perbuatan seumpama itu tidak manis memandangkan beliau sebagai Menteri Besar merupakan tuan rumah kepada negeri ini.

“Sedangkan ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad datang merasmikan Jambatan Salor suatu ketika dahulu, saya dijemput hadir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tarannum Antarabangsa dan Minggu Al Quran di sebuah hotel di sini, hari ini.

Seminar itu melibatkan pembentangan kertas kerja oleh Sheikh Fathi Hassan Maliji Al Hafiz dari Mesir.

Selain seminar turut diadakan persembahan qari terkenal yang memperdengarkan bacaan di empat masjid di sekitar Kota Bharu bermula 1 Ogos lalu.

Qari terbabit iaitu, Prof Dr Ahmad Isa Meksorowi dari Mesir, bekas johan musabaqah al Quran peringkat antarabangsa, Ustaz Rahim Ahmad dan juara Akademi Al Quran TV9, Abdullah Fahmi.

Malam ini qari terbabit akan memperdengarkan bacaan di Padang Perdana dan malam esok pula di Masjid Telipot.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, mengikut adat orang Melayu tidak manis apabila tuan rumah tidak diberitahu apabila ada tetamu yang datang.

Perdana Menteri melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Kelantan termasuk merasmikan pecah tanah projek pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra kedua di Lembah Sireh, Khamis lalu.

Selain itu merasmikan Dataran Warisan Kada, melawat Pusat Pemulihan Akhlak dan pelancaran Pelan Pembangunan Universiti Malaysia Kelantan.

Sebelum ini, Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Haron memberitahu tiada langsung jemputan terhadap Menteri Besar Kelantan hadir pada program lawatan rasmi Perdana Menteri ke sini.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya pemberita mengenai percanggahan pendapat di antara Dato’ Seri Najib Razak dan Cuepacs berkaitan jumlah cuti bersalin bagi kakitangan awam wanita kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Kelantan mendahului negeri lain memberi cuti dua bulan.

“Sekarang kita sedang membuat kajian bagi memberi cuti iddah selama empat bulan 10 hari bagi kakitangan wanita yang kematian suami,” katanya.

Semalam Timbalan Perdana Menteri dilaporkan berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengkaji kemungkinan memberi kelonggaran kepada kakitangan wanita berhenti sementara ketika melahirkan anak.

Bagaimanapun Cuepacs mencadangkan cuti bersalin dengan bergaji selama 84 hari. Dan anggota parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Razali Ismail pula cuti bersalin sehingga 120 hari.

Menjawab pertanyaan ada cadangan wanita bekerja dibenarkan balik awal pada bulan Ramadan, Menteri Besar berkata, semua kakitangan kerajaan negeri balik sejam lebih awal pada bulan tersebut.

“Kita sudah lama melaksanakan waktu bekerja terbabit,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau tidak setuju Ramadan dijadikan bulan rehat daripada bekerja bagi orang Islam.

“Sistem rehat pada bulan Ramadan bukan sistem Islam. Sistem itu daripada orang lain. Yang pentingnya bulan Ramadan untuk bekerja.

“Ini kerana Ramadan sengaja dibuat oleh Allah untuk kita dengan mementingkan akhirat dan kehidupan dunia,” katanya. - mj

ulasanku:Banyak perkara yang telah ditiru oleh kerajaan pusat tentang ape yang dilaksanakan oleh kerajaan kelantan.kebanyakannya kerana kepentingan politik.Meniru ape yang pihak pembangkang buat bukan kerana ikhlas dalam melaksanakan hak rakyat.Nampak seolah-olah tidak ada ilmu dalam pemerintahan...

Friday, August 3, 2007

Oman : Padang Pasir Jadi Laut…

Oleh RadenJowo

dari Isuhangat.
blogsport
Salam,
Salah satu tanda tentang hampirnya kiamat ialah dimana padang pasir akan menjadi lautan. Itulah hadis Nabi. Apabila kiamat bererti hancurlah segala-galanya dan itulah saat kematian semua makhluk Allah. Maka itu cuba kita renungkan bersama di tahap manakah tahap diri masing-masing sekarang ini di sisi Allah? Tidak takutkah kita apabila memikirkan hal ini. Entahkan amalan kita selama ini diterima Allah atau tidak, entahkan kita sedang menuju kepada keredhoanNya atau tidak dan entahkan perjalanan kita ini “on trak” atau tidak. Tiada siapa yang boleh menolong diri kita ketika itu selain hasil daripada perbuatan masing-masing kepada Yang Hak, Yang Berkuasa, Yang Empunya Segalanya dan Yang Esa. Biar apapun alasan diberikan melalui lidah namun Allah jua yang mengetahui.

Lantas, apakah persediaan kita untuk menemui Allah nanti?. Sudahkah kita melaksanakan amanah yang Allah berikan kepada kita dahulu ketika di alam roh? Apakah amanah itu? Bukan KPI, bukan naik gred, bukan jadi bos, bukan wang yang banyak, bukan kereta baru, bukan handphone canggih, bukan menyukakan orang atau bos dan bukan tawa/senyuman.

Semua kita sudah berjanji di depan Allah untuk sanggup memikulnya tetapi ramai yang terlupa dan bahkan tak tahu langsung janji itu. Maka itu, kita hendaklah belajar dari yang ahli mengenainya, sebelum segala-galanya terlambat. Tunaikanlah janji itu sebelum kita dicap sebagai pemungkir janji kepada Allah dan pada ketika itu tahulah betapa azabnya neraka Allah…… “Nauzubilla himinzalliq”. Segala amal yang kita lakukan akan menjadi lagha (sia-sia) lantaran tidak mengenal Allah. DalilNya yang bereti awal agama itu adalah mengenal Allah. Jadi, fikirkan diri masing-masing ke manakah arah yang sedang kita tujui….

Semoga semua mendapat kerahmatan.


a

b

c

d

f
ulasanku: terlalu banyak peristiwa pelik yang terjadi di negara Oman..sebelum ini sejadah membaca al quran berbentuk manusia..dan emeil sebelum ini juga mengenai seksa satu mayat yang diletakkan dalam kubur dalam masa 3 jam sahaja.selepas bapanya tidak berpuas hati mengenai punca kematian tersebut mayat tersebut di bongkar kembali..semuanya terkejut melihat mayat tersebut yang berubah hampi 100%..tubuh yang menjadi hitam seperti dibakar manakala seluruh tulang mula dari kepala hingga hujung kaki hancur seperti bumi menghimpit mayat tersebut.setelah disiasat, tahulah puncanya pemuda yang berusia 19 tahun tersebut tidak pernah solat dalam hidupnya.kehidupannya penuh dengan berpoya-poya..sungguh menakutkan kalau kita lihat keadaan mayat tersebut.lebih menakutkan dari melihat orang yang esiden...moga Allah jauhkan kita semua dari keadaan sepertinya.moga Allah menjaga kita semua..semoga kita ambik iktibar peristiwa2 seperti ini..

10 amalan yang TERBALIK

Oleh: SongkokPutih

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

blogger templates | Make Money Online