Saturday, July 7, 2007

Layakkah kita bergelar umat Muhammad?



Alazhariah

Rasulullah s.a.w. adalah insan pilihan, utusan terakhir yang diutus untuk menyampaikan risalah Ar-Rahman keseluruh alam. Baginda adalah contoh teladan yang terbaik dan sememangnya menjadi ikutan dalam kehidupan muslim pada hari ini. Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. dibuktikan dalam Al-Quran melalui firman-Nya dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan yang banyak mengingati Allah."

Berdasarkan dalil yang dinyatakan di atas, dapat dibuktikan bahawa keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. telah diiktiraf oleh Allah SWT sehingga dirakamkan di dalam kitab suci al-Quran untuk dijadikan teladan mahupun "role model" kepada umat baginda dari dahulu hinggalah sekarang, kerana segala yang termaktub dalam al-Quran itu adalah kekal dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman.

Petikan kenyataan "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran" merupakan kata-kata yang diungkapkan sendiri oleh Saidatina Aisyah r.a. sebagai penghargaan dan kekaguman seorang isteri terhadap Rasul tercinta.

Akhlak Rasulullah s.a.w., diumpamakan indah bagaikan Al-Quran, ini kerana baginda adalah Rasul (utusan Allah) yang dipilih untuk menyampaikan amanat dari Tuhannya dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan risalah dakwah kepada seluruh alam, sehinggalah ke hari ini. Kita dapat merasakan seruan dakwah baginda dengan nikmat iman dan Islam yang menjadi tunjang akidah kita, dibuktikan lagi dengan turunnya kitab suci al-Quran yang merupakan kalam Allah dan mukjizat yang paling berharga dianugerahkan kepada baginda Rasulullah s.a.w., melalui perantaraan malaikat Jibrail, juga merupakan sumber utama perundangan Islam, di mana di dalamnya terkandung seluruh peraturan hidup yang syumul meliputi seluruh aspek kehidupan dan tetap menjadi rujukan seluruh umat manusia pada hari ini.

Akhlak Rasulullah s.a.w. seiring dan sepadan seperti mana yang digariskan oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat-Nya, yang menjadi tatapan pada umat terdahulu dan menjadi teladan kepada umat yang kemudian. Sesungguhnya, beruntunglah umat Nabi Muhammad pada hari ini, sungguhpun tidak berada di zaman baginda, namun sunnah dan sirah baginda tetap tersemat di hati, lantaran kecintaan terhadap Allah dan Rasulnya serta beriman dan menyakini apa yang di bawa oleh baginda Rasulullah s.a.w..

akhlak terpuji

Rasulullah s.a.w.adalah qudwah hasanah yang tidak dapat ditandingi lantaran peribadinya yang terpuji dan dikagumi sendiri oleh kawan mahupun lawan. Manakan tidak, Rasulullah tetap melemparkan senyuman tatkala dicaci, dihina dan dipersenda oleh musuh-musuh Islam sewaktu baginda menyampaikan risalah dakwahnya. Malahan, baginda sentiasa merendah diri, berbicara dengan lemah lembut dan untuk menarik mereka mendekati Islam.

Peribadi Rasulullah s.a.w. sungguh anggun dan menawan, sungguhpun bergelar nabi, namun baginda sedikit pun tidak menyombong dan tidak riya' dengan kedudukannya yang sangat mulia di sisi Allah SWT. Tidak seperti kebanyakan pemimpin pada hari ini, yang angkuh dan bongkak dengan gelaran, pangkat dan jawatannya yang hanya sementara sahaja. Baginda Rasulullah s.a.w. merupakan seorang sahabat dan teman yang setia, seorang suami yang mithali dan lembut hati, seorang bapa yang penyayang dan penyabar, seorang pemimpin yang adil, bijaksana dan berkarisma juga hamba yang wara' dan tawadhuk serta taat kepada Allah SWT.

Keindahan akhlak Rasulullah s.a.w. sesuai dengan gelaran yang di bawa, iaitu al- amin yang bermaksud yang dipercayai, dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai pembawa risalah dan memberi petunjuk dan jalan dari perkara kemungkaran kepada kema'rufan, perkara batil kepada yang haq, dan kejahilan kepada cahaya.

Rasullah s.a.w. diutus pada zaman Jahiliyyah di mana umat manusia pada ketika itu hidup dalam keadaan kemunduran, kejahilan, persengketaan, penindasan, porak- peranda dan saling berbunuhan. Oleh yang demikian, turunlah ayat Allah dalam Surah Ibrahim ayat 4 yang bermaksud:

"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, agar dia dapat memberi penjelasan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan kepada siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dia Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."

Justeru itu, perlantikan dan pemilihan baginda sebagai Rasul utusan Allah adalah membawa tanggungjawab besar untuk memperbetulkan keadaan masyarakat pada ketika itu, dan menunjukkan sinar kebenaran ke arah hidup yang diberkati Allah.

Demikianlah, besarnya peranan baginda sebagai penghulu sekalian nabi, pemimpin pejuang Islam, dan penyelamat sekalian ummat. Ini disebutkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam surah Saba' ayat 28 yang bermaksud:

"Dan tidaklah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam."

Sungguhpun begitu, berat dan amat payah tanggungjawab baginda, Rasulullah tetap bersabar dan istiqamah dalam perjuangannya menyampaikan risalah dakwah hingga ke hembusan nafasnya yang terakhir. Inilah bukti kasih sayang baginda terhadap umatnya. Meskipun berhadapan dengan saat ajal datang menjemput, baginda sentiasa mengingati umatnya, dengan kata-kata terakhir yang keluar dari mulut baginda: "Ummati, ummati, ummati..." (Umatku, umatku, umatku).

Allahu akhbar... Maha suci Allah, begitu agung peribadimu, sungguh menawan tutur bicaramu, terpaut hatiku menghayati sirah hidupmu. Engkaulah Rasul pilihan, engkaulah pemimpin sanjungan, engkaulah suri teladan, engkaulah permata yang sentiasa bergemerlapan, engkaulah sinar yang menerangi seluruh alam... engkaulah pujaan setiap insan.

Rasulullah diutus membawa cahaya, memberi sinar pengharapan, menunjuk jalan kepada kebenaran. Keperibadian baginda tidak dapat disangkal lagi, keluhuran baginda tidak dapat diragui, keikhlasan baginda tidak dapat ditandingi, pemergian baginda tiada lagi pengganti.

Wahai seluruh umat manusia, bangunlah dari lenamu, sedarlah dari angan-anganmu, bukalah mindamu, asahlah bakat dan kemampuanmu, persiapkan dirimu untuk meneruskan perjuangan dakwah baginda Rasulullah s.a.w..

Jika dilihat situasi remaja pada hari ini, tiada langsung yang mencerminkan keperibadian yang luhur seperti mana yang ditunjukkan oleh contoh teladan, Rasulullah s.a.w..

Andainya kita mengambil artis-artis sebagai ikutan dan role model dalam kehidupan kita, dimanakah nilai iman kita sebagai umat yang mengaku Islam?

Wahai para remaja yang dikasihi sekalian, duduklah seketika, berfikirlah sejenak, patutkah kita mengambil artis sebagai ikutan, wajarkah kita meninggalkan Rasulullah s.a.w.insan agung sebagai panduan dalam kehidupan kita? Sudah pasti jawapannya tidak sama sekali. Tergamakkah kita mengagung-agungkan artis, memuja- muja kekasih sebagai tanda sayang kita kepadanya? Sebaliknya melupakan selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebagai bukti cinta agung kepadanya? Persoalan ini perlu dijawab sendiri oleh umat yang mengaku hamba kepada Allah yang Maha Esa dan umat yang inginkan syafaat baginda di padang Mahsyar kelak.

Perginya baginda meninggalkan umat, mewasiatkan dua perkara yang paling berharga tiada tandingannya, iaitu kitab suci al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w.. Barangsiapa yang berpegang teguh kepada keduanya, maka ia tidak akan sesat selamanya, Insya' Allah.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita duduk sejenak merenung kejadian sendiri, menginsafi kekurangan diri, kembali ke pangkuan IIahi. Apakah kita benar-benar ingin menjadi ummat baginda? Apakah peranan dan tugas kita sebagai umatnya? Layakkah kita bergelar umat baginda? Beranikah kita memohon syafaat baginda di akhirat kelak? Apakah yang telah dikorbankan untuk Islam? Apakah yang telah kita sumbangkan untuk perjuangan dakwah baginda? Persoalan inilah yang sepatutnya berlegar-legar di fikiran kita, seandainya mengaku bahawa kita adalah ummat Rasulullah s.a.w. Duduklah sebentar, fikir-fikirkan, tepuklah dada, tanyalah iman...

Sungguhpun kita tidak dapat menjadi sesempurna nabi, tetapi... berazamlah untuk memperbaiki akhlak dan peribadi... Sesungguhnya Allah sentiasa ada bersama kita, dan Dia sentiasa menolong hamba-Nya yang suka kepada kebaikan.../tajdid


sumber:harakah

Malaysia Hampir "Kiamat"

Oleh drfikrah

saKes rogol meningkat - Utusan Malaysia 5 Julai 2007
KUCHING 4 Julai – Kes rogol dan jenayah berkaitan keganasan seksual dikenal pasti antara yang mengalami peningkatan mendadak dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, kes rogol di negara ini dilaporkan meningkat sebanyak 28 peratus sejak direkodkan pada awal tahun hingga Mei lalu, diikuti dengan peningkatan kes pencabulan.

‘‘Ia merupakan pertambahan kes antara yang tertinggi pernah dicatatkan.

‘‘Selain itu, indeks jenayah dalam negara secara keseluruhannya juga menunjukkan peningkatan pada tempoh yang sama berbanding tahun lalu," katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di sini, hari ini.

Sehubungan itu, mesyuarat dua hari yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Polis Daerah (KPD) akan mengenal pasti punca peningkatan kes dan mencari jalan untuk mengatasinya.

‘‘Mesyuarat yang diadakan tiga kali setahun ini akan melihat apakah bentuk tindakan yang akan menyusul dalam usaha membendung dan menguatkan kaedah pembasmian jenayah," tambahnya.

Menurut Christopher, salah satu daripada matlamat polis sekarang adalah untuk menguatkan hubungan antara jabatan dan unit di seluruh negara seperti yang disarankan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mengulas kegiatan gangsterisme di Sarawak, jelas beliau, pemantauan dan siasatan polis melalui pasukan khas Ops Cantas Kenyalang masih diteruskan selepas penangkapan lebih 1,300 penjenayah dan ahli kumpulan gengster di negeri ini.


Ulasanku

Sebenarnya, kita tidak perlu hairan dengan berita yang disajikan seperti ini, mungkin disebabkan sudah jemu dengan "hidangan" yang sama setiap hari atau ia sudah menjadi suatu yang tidak pelik. Mungkin anda juga terfikir, kenapakah masalah ini tidak menemui penyelesaian? Setiap kes rogol, sudah pasti dibicarakan, tetapi kes rogol masih berterusan, malah semakin meruncing hari demi hari.

Siapakah yang perlu dipersalahkan di dalam masalah ini? Atau, siapakah yang bersalah? Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu membuat pemerhatian di dalam banyak skop, contohnya, sebab, tempat, cara dan bila berlakunya kebobrokan ini.

Sebab

Apakah sebab berlakunya kes rogol di Malaysia? Apakah sebab peningkatan kes tersebut? Cuba kita perhatikan di sekeliling anda yang dipenuhi dengan masalah sosial. Dari manakah mereka boleh mendapat "idea" untuk melakukan ROGOL? Sudah pasti ia didedahkan secara umum. Bukankah anda boleh lihat sendiri di seluruh pelusuk negara "yang tercinta" ini, anda akan mendapati bahawa "idea-idea" untuk mendorong seseorang melakukan ROGOL, tersebar dengan meluas dan mudah didapati. Mana tidaknya, pergi ke kedai kopi, di hadapan kedai sudah terpampang gambar perempuan yang berbogel mengempen kopi. Apabila televisyen dibuka, model-model yang menjadi pemberita atau pengulas. Apabila membaca akhbar, "pelacur-pelacur" menjadi bahan pengiklanan. Apabila melayari internet, gambar-gambar pelakon seksi memenuhi ruang web.


maj

Cuba perhatikan sendiri, di sekeliling anda penuh dengan galakan kepada peningkatan kes rogol. Bilakah ia mampu diselesaikan sekiranya "senjata-senjata" ini masih dibiarkan bertebaran di media massa dan akhbar! Adakah mereka menjadi duta untuk merosakkan rakyat sendiri?!! Bayangkan sendiri, tidak mustahil satu hari nanti pemberita pula akan berpakaian seksi! BODOHNYA!!


Tempat


Di manakah tempat-tempat yang menyebabkan peningkatan kes-kes rogol? Saya pasti anda akan mengatakan Lorong Haji Taib, Chow Kit dan sebagainya. Mengapa perlu berfikiran sempit? Adakah anda dan keluarga anda sudah terselamat daripada kes rogol sekiranya jauh dari lorong-lorong tadi? Tengoklah sendiri kes bapa merogol anak sendiri.

Bodohnya kalau hanya mengatakan bahawa disko, kelab pelacuran dan sebagainya sebagai tempat pemangkin kes-kes pelacuran. Mengapa tidak dilihat dari sudut yang lebih meluas? Adakah bapa yang merogol anak sendiri, melakukannya di Lorong Haji Taib? Kes ini sangat berkait rapat dengan sebab.

Anak mendedahkan aurat "yang tidak boleh dilihat" oleh si bapa dengan "selamba" sahaja. Sudahlah si bapa jenis tidak boleh pakai, dilihat anaknya pula seksi tak tentu pasal, sudah pasti Haruan membaham anak sendiri!!

Perkara ini tidak perlu dibincangkan dengan labih mendalam kerana tempat-tempat yang menjadi tumpuan "kes-kes rogol" semakin dikembangpesatkan di seluruh Malaysia. Di sinilah "pusat-pusat latihan" bagi seseorang untuk menjalani beberapa latihan untuk menjadi PEROGOL PROFESSIONAL!!!
Kesimpulan

Pada hakikatnya, manusia tak mampu untuk membendung gejala yang dihadapi. Tetapi "mereka" angkuh dan sombong dengan mengatakan "kami berkuasa dengan undang-undang yang ada pada kami". Bertambah teruk, mereka menghina pula undang-undang yang telah digariskan oleh Allah SWT yang mencipta mereka daripada AIR MANI.

Tidak terasa hinakah wahai pengkritik undang-undang Allah?!! Sungguh melampau kata-kata kesat mereka menghina hukum Allah seolah-olah ia dipandang jijik dan kejam. "Kalau orang yang berzina direjam, habislah batu di Malaysia. Bagaimana hendak baiki jalan?" Inilah kata-kata mereka yang bakal direndam di dalam timah cari di neraka!!
FIKIRLAH WAHAI MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL!!


sumber:tranungkite

Wednesday, July 4, 2007

Tok Imam Tak Patut Merokok - MB

Monday, 02 July 2007 ImageKOTA BHARU, 16 Jamadil Akhir 1428 - Menteri Besar, Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat menegur tabiat merokok di kalangan imam masjid yang dianggap sebagai amalan memalukan dan boleh menjatuhkan imej masyarakat Islam.

Nik Aziz berkata, tabiat merokok yang ternyata menjejaskan kesihatan dan telah difatwakan haram oleh kebanyakan mufti sepatutnya dihentikan apatah lagi jika ia masih diamalkan oleh imam yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat.


"Satu perkara pelik berlaku atas dunia ini apabila tok imam merokok, tabiat ini cukup memalukan dan boleh menjatuhkan imej masyarakat Islam, apalagi jika ia dilaknkan di tempat terbuka," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Peringkat Kelantan anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan di Kompleks Balai Islam.

Pada majlis yang sama Nik Aziz turut menyampaikan penganugerahan tokoh belia kepada empat penerima iaitu Tokoh Belia Usahawan, Tokoh BeliaKemasyarakatan, Tokoh Belia Ulama Muda dan Tokoh Belia NGO.

Nik Aziz berkata, baru-baru ini laporan akhbar ada menyatakan imam seluruh negara bersepakat untuk berhenti merokok melalui himpunan dan pentauliahan imam seluruh negara, bagaimanapun Nik Aziz menganggap sepatutnya dari dahulu lagi imam berhenti merokok.

'Bila saya terbaca dalam surat khabar mengenai imam yang berpakat nak berhenti merokok, ia sesuatu yang memalukan. Sepatutnya mereka awal-awal lagi berhenti merokok kerana tabiat ini nyata memberi kesan buruk kepada kesihatan." katanya.

Tambah Nik Aziz, bagi menghentikan tabiat merokok dan penggunaan produk tembakau, kerajaan negeri tidak meluluskan pembinaan ban tembakau (relau pemprosesan tembakau) oleh pengusaha tembakau.

"Langkah tidak memberikan lesen ban tembakau ini sebagai salah satu usaha untuk tidak menggalakkan tabiat merokok di samping mengelakkan kerajaan negeri daripada memperoleh duit haram dimasukkan dalam khazanah kerajaan negeri," katanya.

Ditanya mengenai tabiat merokok di kalangan wakil rakyat, Nik Aziz berkata, ia sama sahaja, sesiapapun seharusnya mengelakkan tabiat merokok dan seharusnya berhenti daripada tabiat burukitu.

"Saya selalu beri peringatan kepada semua wakil rakyat, lebih baik jangan merokok kerana ia perbuatan yang tidak berfaedah," katanya.

sumber:buletin online

Tuesday, July 3, 2007

Kelantanku menerajui perubahan

Oleh manjanik

htKOTA BHARU: Apabila merujuk kepada kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang(BN/UMNO) di negeri ini yang seringkali tidak melupakan “ratib” mereka bahawa PAS gagal membangunkan Kelantan, rakyat yang berfikiran waras menjadi hairan.

Pembangunan yang bagaimana yang dikehendaki oleh Umno?. Macam Kuala Lumpurkah? Penangkah? Johorkah, Selangorkah atau kah-kah yang macam mana?

Rakyat Kelantan selesa dengan apa yang ada. Apa yang paling penting ialah pegangan agama. Keselamatan rumah tangga dan keluarga. Harta benda tidak dicerobohi. Makanan murah. Ukhwah dan silaturrahim yang tinggi. Banyak sekolah agama yang boleh mendidik anak-anak dan generasi akan datang. Pondokpun masih berlambak dengan guru-gurunya yang mursyid.

doa-tg.jpg

Tok Guru sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat dan negeri ini. Sampai hatikah kita mengkhianati keikhlasan pemimpin yang sederhana ini?

Cuti hari Jumaat membolehkan mereka keluar “menadah kitab” di setiap daerah dan jajahan. Mendengar Tok Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan kuliah yang diadakan dua sesi dari jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Sekiranya beliau tidak kesempatan maka Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaakob boleh ganti atau Ahli-Ahli Exco yang lain ada seperti Dato Hj Husam Musa, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Nik Mazian dan beberapa orang Wakil rakyat lain.

huse-n-tpm.jpg

Husam dan Najib…Masih boleh berbincang, tiada masalah. Yang menimbulkan masalah ialah pemimpin Umno Kelantan. patut lah Tun Dr Mahathir kata Nuar Musa yang banyak membuat kerenah dan menghalang beliau dari membantu Kelantan.

Kelantan tidak “kasek(kekurangan)” dengan tenaga pengkuliah. “Anak-anak pondok” ramai dan lepasan timur Tengahpun berlambak. Kita boleh pilih kuliah mana yang kita nak belajar. Selepas dengar kuliah boleh minum dan berborak dengar kawan-kawan yang jauh. Indah dan cerianya!

Manakala cuti pada hari Sabtu pula, kita boleh menziarahi keluarga dan sanak saudara yang berada jauh sekitar Kelantan. Boleh makan Ubi kayu dan “Ubi Stelo” rebus sambil pekena rokok daun. Tengok anak-anak berlari dengar gelak hilai menaikkan wau dan membidas(lastik, manjanik) burung dan buah mempelam. Indah sekali dan damainya kampungku!

kj-n-driver-teksi-ramah-mesra.jpg

Datuk Kamaruddin Jaafar “berjamu tea” dengan rakyat di kedai kopi dalam kawasan Parlimen Tumpat. Pemimpin bersama dengan rakyat…inilah yang rakyat nak…

Rakyat Kelantan masih ada tanah walaupun sekangkang kera. Masih ada rumah bukan flat atau setinggan. Masih ada ruang untuk bercucuk tanam. Mereka masih kenal jiran yang dekat dan yang jauh. Masih mengetahui asal usul sesebuah keluarga.

Sikap bergotong royong dan bukannya “bergantung ayun” sebati dengan mereka. Buatlah kenduri atau majlis apa sekalipun, yang tua dan muda lelaki akan “berghatang pelupoh(berpakat merebah dan melapah)” lembu. Si perempuan yang tua dan yang muda akan memerah santan dan menyiang buah nangka sambil sesekali riuh rendah saling mengusik. Apatah lagi kalau ada “si pelatah” maka menjadi sasaranlah ianya. Betapa hebatnya pakatan kampung!

Apakah kita sedar dan tidak lupa? Pembangunan yang datang mendadak akan menjahanamkan sesebuah negeri?. Mampukah sebuah kerajaan menahan landaan ombak besar lebih dari Tsunami yang akan melanda akidah dan budaya rakyat kita? Apatah lagi apabila Syariat Allah SWT di ketepikan seolah-olah Allah tiada hak dalam menentu perjalanan hidup dan menghukum hambaNya?. Manusia dan hamba apa macam ni?

Lihat dan fikirlah apa yang telah berlaku dengan negeri-negeri yang BN perintah. Maju…maju…pembangunan…pembangunan…tetapi melayu….lebih-lebih lagi Islam… dimana letak duduknya. Belum sedarkah kita porak peranda dan jahanamnya manusia kerana BN memerintah?

kelantan-trade-centre-mpkb.jpg

Kelantan Trade Centre milik MPKB sedang dalam pembinaan. Ini sahaja kemampuan Kelantan.

Apalah salahnya kalau kerajaan meletakkan asas pembangunan dan kemajuan dilandasan Islam. Islam sebagai aqidah negara. Islam sebagai undang-undangnya. barulah kita boleh mengiktirafkan sebuah Negara Islam bukannya ada pertandingan bancuh arak yang pesertanya melayu, GROpun orang melayu, yang melakukan kelucahan melampaupun melayu, dadah, mat rempit, ajaran sesat, rasuah, politik songsang dan macam-macam lagi semuanya melayu.

Jadi, biarkanlah Kelantan membangun secara perlahan yang mana rakyatnya mampu mengawal dan memerhati pembangunan tersebut. Biarlah pembangunan tersebut tidak menghilangkan jati diri beragama dan berbudaya Islam. Kalau setakat BN nak memerintah Kelantan untuk membangunkan negeri ini dengan bangunan yang tinggi-tinggi, besar-besar dan moden-moden ianya tidak perlu memerintah negeri ini. Silakan dan laksanakanlah. Pilihlah di mana bangunan nak dibangunkan. Tidak pernah kerajaan negeri menghalang dan “tidak bui” tanah yang kerajaan pusat nak buat pembangunan.

Cuma apa yang dibimbangkan hanyalah “Isu pembangunan” timbul apabila pilihanraya sudah hampir. Bila dekat nak pilihanraya maka isu inilah yang “diratib” oleh pimpinan Umno. Sedangkan kalau mereka menoleh ke belakang, berlambak janji-janji pilihanraya Umum ke 11 masih belum ditunai. Adun BN Semerak menjanjikan sebuah kilang untuk memberi peluang pekerjaan kepada 1300 orang rakyat di kawasannya. Datuk Mustapha Mohamad sendiri yang menjadi ADUN di Air Lanas dan Ahli Parlimen di Jelipun masih tidak menunaikan janji untuk membuka kilang alat ganti proton sehingga dinding yang tertera “Satu Lagi Projek Barisan Nasional”pun sudah dua tiga kali tukar. mana janji Datuk Pha nak buat kilang asam gelugor?. Kalau ada kesempatan saya akan bongkarkan janji-janji pemimpin BN semasa pilihanraya lepas.

mb-n-china.jpg

Masyarakat Cina sentiasa memberi sokongan padu terhadap Tok Guru.

Oleh itu, biarkanlah Kelantan dan rakyatnya membangunkan negeri ini dengan naluri dan sikap berhati-hatinya. Semoga Kelantan dan pemimpinnya “berjalan di atas keberakatan Allah SWT..Amin.

sumber:tranungkite

Tuan guru Nik Aziz Masuk Hospital

Oleh pemuda_wilayah

tgnaKOTA BHARU, 2 Julai 2007 : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mengalami masalah jantung dan darah tinggi, kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini kerana keletihan.

Seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar itu berkata Mursyidul Am PAS itu dimasukkan ke HUSM sejak petang Sabtu lepas selepas mengadu penat.

“Tok Guru (Nik Aziz) mengadu penat selepas terpaksa menghadiri banyak tugasan rasminya sebelum itu dan tidak cukup rehat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ini adalah kali keempat Nik Aziz, 75, dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas mendapat serangan jantung pada akhir 2004.

Selain mengalami masalah jantung, beliau juga pernah dirawat kerana gastrik.

Pegawai itu bagaimanapun berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan keadaan Tok Guru kerana kesihatannya semakin baik dan perlu mendapat rehat yang secukupnya.

Sementara itu pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmood ketika ditemui selepas mewakili Nik Aziz merasmikan Seminar Saidatina Khadijah Al-Khuwailid di sini mengakui Menteri Besar itu sebelum ini nampak begitu letih.

“Disebabkan terlalu banyak menghadiri tugasan menyebabkan Tok Guru tidak sempat untuk menjamah makanan terlebih dahulu dan kemungkinan itu faktornya (dimasukkan ke hospital),” katanya.

Sambil mengingatkan penganjur agar tidak mengabaikan aspek kesihatan Nik Aziz sebelum merasmikan program yang dianjurkan mereka, Abdul Patah berkata: “Kadang-kadang penganjur lupa untuk bertanya sama ada Tok Guru sudah makan atau belum dan perkara ini amat dikesali,” katanya. BERNAMA

...................

Begitu sekali tok guru lakukan tugas semata-mata kerana menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya tanpa menghiraukan kesihatan diri.Terus bekerja untuk mendapatkan keredhaan Allah dan untuk kesejahteraan rakyat.Usaha beliau yang yang begitu kuat dalam menyebarkan islam secara syumul serta tunjuk ajar beliau dalam menanamkan kefahaman islam yang sebenarnya yang suatu ketika dahulu dalam pemikiran mereka-mereka terdahulu bertumpukan hanya pada ibadat tertentu sahaja walaupun dalam keadaan uzur. Sama-sama kita doakan moga tuan guru cepat sembuh kerana kita masih lagi memerlukan bimbingan beliau. Sama2 juga kita semua solat hajat mohon agar beliau dapat bersama kita dalam menegakkan islam di bumi malaysia dan seluruh dunia.

Monday, July 2, 2007

TuanGuru Untuk Semua"

Oleh Marverick SM

naRamai bukan Islam memandang tinggi dan menghormati Tok Guru Nik Aziz. Beliau mungkin seorang konservatif malah ada ketikanya kontroversial, Tetapi beliau telah membuktikan disemua keadaan yang Islam tidak takut apa-apa dan Allah itu senantiasa Maha Berkuasa.

Lihat sendiri apa yang dikatakan pepimpin Islam sebenar dan bagaimana beliau menunjukkan kepimpinan melalui teladan.


Gambar-gambar ini saya kutip dari Kickdefella. Ada banyak lagi gambar di sana.

1


2

3

s

c


Gambar tambahan Editor

m

sumber:tranungkite

sekilas memandang wajah seorang ulama' membuatkan hati menjadi sejuk.Memandangnya menyebabkan diri kita terasa tenang.Wajah seorang ulama' amat berharga.Mereka adalah golongan yang hampir pada Allah.Golongan paling takutkan Allah.Moga Allah memberikan ketenangan dalam diri ini kerana melihat ulama' 2 yang memperjuangkan Islam supaya tegak di atas muka bumi ini..

Sunday, July 1, 2007

Annuar Musa Hina Budaya Masyarakat Cina


KOTA BHARU, 15 Jamadil Akhir 1428 ( Sunday, 01 July 2007) - Kelab Penyokong Pas Kebangsaan membidas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berhubung kenyataan beliau mengenai 'Menteri Besar dan singa' sebagaimana disiarkan Sinar Harian pada 20 Jun.

Pengerusi kelab terbabit, Hu Pang Chaw berkata. kenyataan yang dibuat oleh Annuar itu memperlekehkan seorang pemimpin negeri yang dijemput merasmikan tarian singa, sekali gus menghina budaya masyarakat Cina.

Katanya, dakwaan Annuar bahawa Menteri Besar melukis singa juga ialah bohong kerana pada acara perasmian tarian singa tersebut, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya menitikkan dakwat merah pada singa sebagai simbolik menghidupkan budaya Cina.

"Masyarakat Cina kesal dengan kenyataan sinis Annuar yang memperlekehkan tanggungjawab Menteri Besar yang dijemput merasmikan 'singa' sempena Pesta Kebudayaan dan Kesenian Cina Kelantan baru-baru ini.

"Sebagai warga Malaysia, sikap kunjung mengunjungi antara kaum amatlah digalakkan, lebih-lebih lagi menghadiri majlis berkaitan kebudayaan."

"Apa salahnya ketua kepimpinan negeri bersama rakyatnya dalam majlis sedemikian? Adakah dengan kenyataan tersebut, Annuar akan menolak semua program yang ada tarian singa?"

"Annuar tidak faham budaya Cina kerana setiap perasmian 'singa' haruslah dilakukan pemimpin masyarakat atau orang yang dianggap berwibawa, oleh itu Menteri Besar dijemput."

"Dalam kawasan DUN Kok Lanas pun terdapat pasukan tarian singa, mungkin beliau tidak pernah dijemput merasmikan 'singa', sebab itulah beliau tidak tahu adat budaya tersebut' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kelantan, Pang Soon Yaw sebagai mengulas kenyataan Annuar tempoh hari yang disifatkan sebagai 'buta' budaya Cina.

Akhbar Sinar Harian memetik Annuar sebagai berkata: "Saya tidak hairan kerana akhir-akhir ini saya tengok Menteri Besar bukan sahaja menghadiri tarian singa, tetapi sampai ke peringkat dia tolong melukiskan singa, saya tak tau apa hukumnya dari segi syara

sumber:buletin online

blogger templates | Make Money Online