Tuesday, July 3, 2007

Kelantanku menerajui perubahan

Oleh manjanik

htKOTA BHARU: Apabila merujuk kepada kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang(BN/UMNO) di negeri ini yang seringkali tidak melupakan “ratib” mereka bahawa PAS gagal membangunkan Kelantan, rakyat yang berfikiran waras menjadi hairan.

Pembangunan yang bagaimana yang dikehendaki oleh Umno?. Macam Kuala Lumpurkah? Penangkah? Johorkah, Selangorkah atau kah-kah yang macam mana?

Rakyat Kelantan selesa dengan apa yang ada. Apa yang paling penting ialah pegangan agama. Keselamatan rumah tangga dan keluarga. Harta benda tidak dicerobohi. Makanan murah. Ukhwah dan silaturrahim yang tinggi. Banyak sekolah agama yang boleh mendidik anak-anak dan generasi akan datang. Pondokpun masih berlambak dengan guru-gurunya yang mursyid.

doa-tg.jpg

Tok Guru sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat dan negeri ini. Sampai hatikah kita mengkhianati keikhlasan pemimpin yang sederhana ini?

Cuti hari Jumaat membolehkan mereka keluar “menadah kitab” di setiap daerah dan jajahan. Mendengar Tok Guru Nik Abdul Aziz menyampaikan kuliah yang diadakan dua sesi dari jam 8.30 pagi hingga jam 10.30 pagi. Sekiranya beliau tidak kesempatan maka Timbalan Menteri Besar, Dato Ahmad Yaakob boleh ganti atau Ahli-Ahli Exco yang lain ada seperti Dato Hj Husam Musa, Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Nik Mazian dan beberapa orang Wakil rakyat lain.

huse-n-tpm.jpg

Husam dan Najib…Masih boleh berbincang, tiada masalah. Yang menimbulkan masalah ialah pemimpin Umno Kelantan. patut lah Tun Dr Mahathir kata Nuar Musa yang banyak membuat kerenah dan menghalang beliau dari membantu Kelantan.

Kelantan tidak “kasek(kekurangan)” dengan tenaga pengkuliah. “Anak-anak pondok” ramai dan lepasan timur Tengahpun berlambak. Kita boleh pilih kuliah mana yang kita nak belajar. Selepas dengar kuliah boleh minum dan berborak dengar kawan-kawan yang jauh. Indah dan cerianya!

Manakala cuti pada hari Sabtu pula, kita boleh menziarahi keluarga dan sanak saudara yang berada jauh sekitar Kelantan. Boleh makan Ubi kayu dan “Ubi Stelo” rebus sambil pekena rokok daun. Tengok anak-anak berlari dengar gelak hilai menaikkan wau dan membidas(lastik, manjanik) burung dan buah mempelam. Indah sekali dan damainya kampungku!

kj-n-driver-teksi-ramah-mesra.jpg

Datuk Kamaruddin Jaafar “berjamu tea” dengan rakyat di kedai kopi dalam kawasan Parlimen Tumpat. Pemimpin bersama dengan rakyat…inilah yang rakyat nak…

Rakyat Kelantan masih ada tanah walaupun sekangkang kera. Masih ada rumah bukan flat atau setinggan. Masih ada ruang untuk bercucuk tanam. Mereka masih kenal jiran yang dekat dan yang jauh. Masih mengetahui asal usul sesebuah keluarga.

Sikap bergotong royong dan bukannya “bergantung ayun” sebati dengan mereka. Buatlah kenduri atau majlis apa sekalipun, yang tua dan muda lelaki akan “berghatang pelupoh(berpakat merebah dan melapah)” lembu. Si perempuan yang tua dan yang muda akan memerah santan dan menyiang buah nangka sambil sesekali riuh rendah saling mengusik. Apatah lagi kalau ada “si pelatah” maka menjadi sasaranlah ianya. Betapa hebatnya pakatan kampung!

Apakah kita sedar dan tidak lupa? Pembangunan yang datang mendadak akan menjahanamkan sesebuah negeri?. Mampukah sebuah kerajaan menahan landaan ombak besar lebih dari Tsunami yang akan melanda akidah dan budaya rakyat kita? Apatah lagi apabila Syariat Allah SWT di ketepikan seolah-olah Allah tiada hak dalam menentu perjalanan hidup dan menghukum hambaNya?. Manusia dan hamba apa macam ni?

Lihat dan fikirlah apa yang telah berlaku dengan negeri-negeri yang BN perintah. Maju…maju…pembangunan…pembangunan…tetapi melayu….lebih-lebih lagi Islam… dimana letak duduknya. Belum sedarkah kita porak peranda dan jahanamnya manusia kerana BN memerintah?

kelantan-trade-centre-mpkb.jpg

Kelantan Trade Centre milik MPKB sedang dalam pembinaan. Ini sahaja kemampuan Kelantan.

Apalah salahnya kalau kerajaan meletakkan asas pembangunan dan kemajuan dilandasan Islam. Islam sebagai aqidah negara. Islam sebagai undang-undangnya. barulah kita boleh mengiktirafkan sebuah Negara Islam bukannya ada pertandingan bancuh arak yang pesertanya melayu, GROpun orang melayu, yang melakukan kelucahan melampaupun melayu, dadah, mat rempit, ajaran sesat, rasuah, politik songsang dan macam-macam lagi semuanya melayu.

Jadi, biarkanlah Kelantan membangun secara perlahan yang mana rakyatnya mampu mengawal dan memerhati pembangunan tersebut. Biarlah pembangunan tersebut tidak menghilangkan jati diri beragama dan berbudaya Islam. Kalau setakat BN nak memerintah Kelantan untuk membangunkan negeri ini dengan bangunan yang tinggi-tinggi, besar-besar dan moden-moden ianya tidak perlu memerintah negeri ini. Silakan dan laksanakanlah. Pilihlah di mana bangunan nak dibangunkan. Tidak pernah kerajaan negeri menghalang dan “tidak bui” tanah yang kerajaan pusat nak buat pembangunan.

Cuma apa yang dibimbangkan hanyalah “Isu pembangunan” timbul apabila pilihanraya sudah hampir. Bila dekat nak pilihanraya maka isu inilah yang “diratib” oleh pimpinan Umno. Sedangkan kalau mereka menoleh ke belakang, berlambak janji-janji pilihanraya Umum ke 11 masih belum ditunai. Adun BN Semerak menjanjikan sebuah kilang untuk memberi peluang pekerjaan kepada 1300 orang rakyat di kawasannya. Datuk Mustapha Mohamad sendiri yang menjadi ADUN di Air Lanas dan Ahli Parlimen di Jelipun masih tidak menunaikan janji untuk membuka kilang alat ganti proton sehingga dinding yang tertera “Satu Lagi Projek Barisan Nasional”pun sudah dua tiga kali tukar. mana janji Datuk Pha nak buat kilang asam gelugor?. Kalau ada kesempatan saya akan bongkarkan janji-janji pemimpin BN semasa pilihanraya lepas.

mb-n-china.jpg

Masyarakat Cina sentiasa memberi sokongan padu terhadap Tok Guru.

Oleh itu, biarkanlah Kelantan dan rakyatnya membangunkan negeri ini dengan naluri dan sikap berhati-hatinya. Semoga Kelantan dan pemimpinnya “berjalan di atas keberakatan Allah SWT..Amin.

sumber:tranungkite

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online