Sunday, July 29, 2007

Seorang Blogger Super Sensasi Dan Seorang Juruteknik Internet Hilang Sejak ....


Oleh Ruhanie Ahmad

Ini berita terbaru. Seorang blogger sensasi dan seorang juruteknik internet kepada satu portal berita tempatan tidak dapat dihubungi sejak dua minggu lalu.

Syeikh, 40, daripada blog www.kickdefella.blogspot.com dikatakan sudah tidak dapat dihubungi oleh sesiapa sejak dua minggu lalu.

Tetapi, Syeikh dikatakan ada mengirim mesej menerusi blog Rocky Bru baru-baru ini. Dia mengatakan dirinya dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, Syeikh dikatakan meminta blogger Emy, Jinggo dan Kak Zu dari blog Gen-M, serta blogger Hasrul dari blog Surat Dalam Botol, supaya “take care”.

Beberapa bulan lalu, Syeikh menulis sepucuk surat dalam blog kickdefella. Surat itu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, mengundurkan diri.

Kira-kira seminggu berikutnya, surat berkenaan dipadamkan daripada blog Syeikh. Tetapi, surat itu juga turut disiarkan oleh beberapa lagi blog tempatan.

Banyak pihak yang bimbang dengan kehilangan Syeikh telah cuba menghubunginya menerusi telefon bimbitnya. Telefon itu berdering. Tetapi tidak ada sesiapa yang menjawab panggilan.

Juruteknik kepada www.generasi-m.net, Saudara Razif @ Pyan Jamaluddin, 26, pun tidak dapat dihubungi sejak dua minggu yang lalu.

Sahabat-sahabat beliau daripada blog Gen-M telah cuba menghubungi Razip menerusi telefon bimbitnya. Seperti Syeikh, telefon Razip juga berdering panjang. Tetapi tiada siapa menjawab panggilan.

Kata seorang sahabat Razip daripada Gen-M yang tidak mahu namanya disiarkan, kehilangan Razip sungguh penuh misteri.

Ianya jadi misteri kerana berikutan kehilangan Razip, laman web www.generasi-m.net. telah digodam (being hacked) secara habis-habisan. Hampir 99 peratus contentnya dimusnahkan oleh pihak yang tidak diketahui.

Hari ini, sahabat Razip yang berkenaan, memberitahu Kuda Kepang, kehilangan Razip dan Syeikh mungkin berkaitan.

Bagaimanapun, katanya, keluarga terdekat Syeikh dan Razip masih terus berusaha mencari kedua-duanya dan belum bersedia membuat laporan polis

sumber:tranungkite

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online