Thursday, July 26, 2007

Wahai Pengikut UMNO! Fikirkan!

 Oleh Dr Fikrah

Kenapakah Aku Dihidupkan? Persoalan ini biasanya menjadi sempadan perbezaan di antara mereka yang memahami kehidupan yang bahagia mahupun sebaliknya. Sekiranya persoalan ini diajukan kepada beberapa orang, kita akan mendapati bahawa jawapannya berbeza kecuali mereka yang benar-benar memahami hakikat kehambaan yang semakin dilupakan oleh manusia hari ini.

Saya agak kesal kerana ramai manusia yang berfikiran rosak di dalam menjawab persoalan ini. Secara ringkasnya, saya senaraikan beberapa jawapan yang diterima daripada persoalan ini.

> Pemimpin Khianat

Kita dihidupkan adalah untuk memerintah dan mengurus dunia ini dan hendaklah mendapat pulangan yang sepatutnya daripada tugasan kami. Kami memang berhak menggondol harta-harta yang berada di bawah seliaan kami.

> Peminat Sukan

Aku dihidupkan adalah untuk menjaga kesihatan tubuh badan, tubuh yang didiami haruslah dijaga dengan baik walaupun apa jua perkara yang menghalang, kesihatan tubuh badan adalah paling utama.

> Penyanyi

Aku dihidupkan untuk menghiburkan manusia, tanpa mengira bangsa dan umur. Aku juga perlu mendapatkan pengaruh dan populariti untuk memastikan albumku sentiasa berada di pasaran. Inilah punca rezaki aku, walaupun aku sudah memiliki kekayaan melimpah ruah.

> Penggila Hiburan

Aku dihidupkan untuk menjaga jiwa dan diri, oleh itu aku memerlukan hiburan yang sentiasa supaya jiwa dan diriku terpelihara. Tak kira apa jenis lagu, waktu didengari, aku mesti memenuhkan jadual harianku dengan hiburan.

> Pengarah Filem

Aku dihidupkan untuk mengaplikasikan minat atau kecenderunganku. Apa pun rintangan dan cabaran, aku mesti meneruskan minatku ini walaupun aku sanggup menggadaikan jutaan ringgit, tetapi pulangannya mampu mengayakanku.

> Peniaga

 Aku dihidupkan untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumber kewangan supaya kehidupan aku dan keluargaku terjamin. Aku perlu menumpukan sepenuh masa di dalam bidang ini. .

Tidak mengapa, ini pandangan masing-masing, tetapi mengapa tidak dikaitkan dengan ibadah? Serangan sekularisme yang semakin mencernai pemikiran-pemikiran manusia seluruh dunia, sehinggakan kita sendiri tidak menyedari bahawa kita sedang dijauh-jauhkan dengan agama. Bukankah jawatan yang disandang atau kuasa yang dimiliki boleh digunakan untuk menanam sifat rendah diri di dalam diri? Alangkah baiknya sekiranya sukan dijadikan kaedah untuk mudah mengerjakan solat. Mulianya martabat seorang pendakwah yang menggunakan nyanyiannya sebagai cara untuk menyampaikan Islam.

Begitu juga dengan penggila hiburan, tidakkah di dalam Islam sendiri banyak hiburan yang selari dengan fitrah, diperkenalkan? Lihatlah bagaimana nasyid-nasyid kontemporari memenuhi pasaran semasa, tetapi mengapa masih memilih Linkin Park? Tingginya nilai sebuah filem yang menggambarkan kemuliaan Islam hasil arahan seorang yang berfikiran Islam yang sempurna? .

Lebih mulia seorang peniaga yang menggunakan posisinya sebagai peniaga, untuk menjadi penyalur atau penyumbang utama kepada kemajuan Islam? Ingatlah! Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada caranya yang betul, iaitu mengikut kaedah-kaedah penyusunan di dalam Islam sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini.

Inilah tujuan kita dihidupkan! kita sepatutnya sedar bahawa kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepadanya. Apa gunanya hidup ibarat sebuah tin kosong kemudia mati tanpa sebarang bekalan? Contoh yang saya jelaskan ini hanyalah sekelumit jika hendak dibandingkan dengan keluasan dan kesempurnaan Islam meliputi setiap perbuatan dan pekerjaan.



Lihatlah, betapa luasnya Islam! Walaupun masih banyak suara-suara yang mencemuh Islam. Lebih dahsyat lagi apabila ada seseorang yang mengatakan seperti ini : adakah lu bodoh? panggil semua orang tak tengok bola pergi sembahyang, betapa banyak orang yang berkaitan dengan sukan ini, banyak orang akan kehilang kerja kalau lu orang buat demikian. Kalau lu boleh confirm lepas sembahyang allah boleh kasi duit sama orang, orang akan sembahyang.

Kata-kata ini dipetik daripada seseorang yang meng“komen” penulisan saya berkenaan bola. Anda boleh berfikir sendiri, tak perlulah dihurai lebih panjang. Inilah salah satu penghinaan yang telah saya ingatkan di dalam artikel-artikel sebelum ini bahawa orang yang cuba menegakkan Islam sudah pasti dihina dan dipertikai sehinggakan mereka lupa bahawa kata-kata mereka MEMANG MENGHINA ALLAH, Tuhan yang menjadikan mereka dari AIR MANI!!

Langsung tidak yakin dengan Allah SWT, malah terus menghina dengan terang! Inilah salah satu bentuk penghinaan terhadap Islam. Perlukah saya menghuraikannya? Tidak perlu, akal yang Allah SWT kurniakan kepada kita TERMASUK MEREKA YANG MENGHINANYA INI, sepatutnya digunakan untuk berfikir. Fikirlah!

sumber:
www.drfikrah.blogspot.com

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online