Sunday, July 29, 2007

Wahai bloggers Malaysia, benarkah kita kumpulan monyet seperti dituduh Khairy?

Ruhanie Ahmad
Sun | Jul 29, 07 | 01:18:42 PM

MALANG sungguh nasib bloggers di Malaysia. Mula-mula mereka dicap sebagai penembak curi. Kemudiannya, mereka dijenamakan sebagai penyebar fitnah. Hari ini, menantu Perdana Menteri pula menyifatkan mereka sebagai “monyet-monyet” yang mengamalkan undang-undang rimba.


Sebelum anda membaca kenyataan penuh Khairy Jamaluddin di bawah ini, cuba tanya pada diri kita sendiri, kalau seluruh jenama kepada bloggers di Malaysia itu boleh diterima oleh akal kita yang waras, kenapa agaknya kini banyak pihak jadi cemas, penasaran dan menggelabah sehingga ada yang membuat laporan polis terhadap sesetengah bloggers?

Dan, kalaulah Khairy dah memang berniat nak saman Malaysia Today yang dikatakan sebagai pernah memfitnah dirinya, kenapa tangguhkan niat itu? Kenapa “khuatir” tindakan itu “akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan”?

Bukankah Khairy disifatkan oleh banyak pihak di negara ini sebagai seorang anak muda yang paling berpengaruh pada ketika ini? Tunggu apa lagi?

Samanlah Malaysia Today sekarang sewaktu Raja Petra Kamarudin kononnya sedang kelihatan terkontang-kanting akibat laporan polis oleh Ketua Penerangan Umno Malaysia Rabu lalu? - kuda-kepang.blogspot.com

KENYATAAN KHAIRY JAMALUDDIN DALAM BERNAMA

Tindakan Undang-Undang Ke Atas Penulis Blog - Khairy

KIMANIS (Sabah), 28 Julai (Bernama) -- Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.

"Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya 'monyet-monyet' lain takut dan mengambil iktibar daripadanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah membuat laporan berhubung komen orang ramai dalam laman blog itu dalam siaran 11 Julai lepas, yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Khairy berkata beliau turut difitnah dalam laman blog itu, tetapi belum mengambil tindakan undang-undang kerana khuatir akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.



Komen oleh Pembaca
MONYET
Dihantar oleh KFC, on 29-07-2007 16:52
Jangan risau semua khairy kata kita monyet tetapi disisi yang maha esa yang penting. Rasa-rasanya dia yang monyet.

khairy terlampau
Dihantar oleh abdul fataf bin jaafar, on 29-07-2007 16:18
Alhamdulillah kerajaan sedar peranan blogger , tahniah buat bloggers teruskan perjuangan untuk selamatkan Malaysia.Usah risau akan ketakutan pemimpin apatah lagi Khairy dan mike tyson semua orang kenal dan tahu laku dan perbuatannya.

tok ngulu monyet
Dihantar oleh jazz, on 29-07-2007 14:37
kita boh nama dia tok ngulu monyet.pasal dia pun serupa macam kita semua.amacam?

sumber:harakah

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online