Sunday, July 1, 2007

Annuar Musa Hina Budaya Masyarakat Cina


KOTA BHARU, 15 Jamadil Akhir 1428 ( Sunday, 01 July 2007) - Kelab Penyokong Pas Kebangsaan membidas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berhubung kenyataan beliau mengenai 'Menteri Besar dan singa' sebagaimana disiarkan Sinar Harian pada 20 Jun.

Pengerusi kelab terbabit, Hu Pang Chaw berkata. kenyataan yang dibuat oleh Annuar itu memperlekehkan seorang pemimpin negeri yang dijemput merasmikan tarian singa, sekali gus menghina budaya masyarakat Cina.

Katanya, dakwaan Annuar bahawa Menteri Besar melukis singa juga ialah bohong kerana pada acara perasmian tarian singa tersebut, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya menitikkan dakwat merah pada singa sebagai simbolik menghidupkan budaya Cina.

"Masyarakat Cina kesal dengan kenyataan sinis Annuar yang memperlekehkan tanggungjawab Menteri Besar yang dijemput merasmikan 'singa' sempena Pesta Kebudayaan dan Kesenian Cina Kelantan baru-baru ini.

"Sebagai warga Malaysia, sikap kunjung mengunjungi antara kaum amatlah digalakkan, lebih-lebih lagi menghadiri majlis berkaitan kebudayaan."

"Apa salahnya ketua kepimpinan negeri bersama rakyatnya dalam majlis sedemikian? Adakah dengan kenyataan tersebut, Annuar akan menolak semua program yang ada tarian singa?"

"Annuar tidak faham budaya Cina kerana setiap perasmian 'singa' haruslah dilakukan pemimpin masyarakat atau orang yang dianggap berwibawa, oleh itu Menteri Besar dijemput."

"Dalam kawasan DUN Kok Lanas pun terdapat pasukan tarian singa, mungkin beliau tidak pernah dijemput merasmikan 'singa', sebab itulah beliau tidak tahu adat budaya tersebut' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kelantan, Pang Soon Yaw sebagai mengulas kenyataan Annuar tempoh hari yang disifatkan sebagai 'buta' budaya Cina.

Akhbar Sinar Harian memetik Annuar sebagai berkata: "Saya tidak hairan kerana akhir-akhir ini saya tengok Menteri Besar bukan sahaja menghadiri tarian singa, tetapi sampai ke peringkat dia tolong melukiskan singa, saya tak tau apa hukumnya dari segi syara

sumber:buletin online

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online