Saturday, July 14, 2007

penipuan melalui YM


zulkiply menulis "Menurut beberapa sumber yang layak dipercayai bahawa terdapat dari kalangan pengguna Yahoo Messenger menerima mesej palsu yang penampilannya amat realistik untuk menipu mangsanya. Saya menerima beberapa aduan dari pengguna internet yang tiba-tiba mendapati dirinya terjerat dan sekaligus menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini. Salah seorangnya ialah Abu Muza - dimana beliau percaya kesemua maklumat di dalam akaun email yahoonya telah diubah oleh si penceroboh dan kini tidak berupaya untuk menggunakan email yahoonya yang selama ini digunakan.

Mengikut sumber Intenet Patrol, maklumat penipuan Yahoo Messenger meletakkan kepada apa yang didakwa lamanweb Foto Yahoo, menyuruh “klik website ini.” Mangsa kemudia akan di bawa ke halaman mirip Lamanweb Foto Yahoo, tetapi apabila pengguna log in dengan username dan password yahoonya, mesej ralat akan diterima. Dalam pada masa itu, username dan passwordnya sebenarnya telah dikirim ke email si penceroboh, yang kini boleh mengakses sepeuhnya akaun yahoo mangsa tersebut.

Justeru itu sila ambil perhatian akan hal ini, dan lazimkan, tidak mengklik pautan-pautan yang dihantar melalui YM atau apa-apa proram Instant Messenger kecuali anda benar-benar tahu identiti pengirimnya.

PHISHING

Teknik penipuan sebegini dipanggil PHISHING. Ia adalah tindakan memperoleh maklumat peribadi seperti User ID, password, nombor pengenalan bank, nombor kad kredit anda secara tidak sah. Maklumat ini kemudian akan dimanfaatkan oleh pihak penipu untuk mengakses apa jua yang menjadi milik anda, melakukan penipuan kad kredit, memasuki yahoo email anda dan kemudian menggunakan email itu untuk menghantar email jahat kepada orang lain atau melakukan transfer ke akaun mereka menggunakan Maybank2u dan lain-lain internet banking.

Jika anda adalah seorang mangsanya sila ke

http://security.yahoo.com/password_scams.html

untuk mendapatkan semula yahoo email anda, namun tidak dapat dijamin boleh berjaya jika penceroboh telah sempat mengubah kesemua maklumat akaun tersebut. "

sumber: http://zulkiplyharun.com

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online