Friday, March 30, 2007

selawat

Kehidupan kita yang sehari-hari penuh dengan kesibukan kerja samada kerja itu betul-betul penting ataupun kijo hok takdok pekdohnyo.yang pastinya banyak di kalangan kita melakukan kerja mahupun kegiatan ataupun aktivi yang dilakukan oleh kita sehari-hari kebanyakannya tidak mendatangkan faedah pada dunia mahupun akhirat.

Sempena di bulan rabi'ul awwal ini marilah kita sama-sama melakukan satu pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga tetapi mendapat satu ganjaran yang besar di sisi Allah SWT dan salah satu sebab kita mendapat syafaat Rasulullah SAW di hari akhirat nanti.Firman Allah yang bermaksud '

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya. Al-ahzab :56

dan dalam sebuah hadis daripada Abdullah ibni Amr ibni 'As r.a Rasulullah SAW bersabda ''Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat Allah akan selawat padanya sepuluh kali". riwayat muslim

sesungguhnya walaupun selawat itu adalah amat mudah tetapi itulah yang paling payah untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian.Disebabkan kerana leka dengan urusan dunia ramai dikalangan kita tidak ambil berat tentang kehidupan akhirat.kita kebanyakan lupa tujuan kita berada diatas muka bumi ini, kita lupa kenapa kita diciptakan dan untuk apa kita berada di sini.

Ayuh sahabat2 sama-sama kita berubah sikit demi sedikit sempena bulan yang penuh kegembiraan ketika zaman jahiliyyah lagi yang mana pada bulan ini dunia ini digegarkan dengan kelahiran Nabi kita Muhammad SAW yang akan memberi sinaran kehidupan, pentujuk dah rahmat sekelian alam.Marilah kita selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan mengucapkan ucapan yang paling mudah, ringan tanpa memerlukan tenaga tapi akan mendapatkan satu ganjaran besar dari Allah SWT tuhan sekalian alam ini..



اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل ابراهيم انك حميد مجيد

اللهم بارك عل محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل ابراهيم انك حميد مجيد



0 Comments:

blogger templates | Make Money Online