Friday, March 9, 2007

semangat

Semalam aku rasakan semangat untuk meneruskan blog nie berkobar2 tapi ntah kenapa hari nie merasakan tawar kembali.puncanya memang sepertimana yang aku lalui dalam blog2 yang lepas.Sememangnya untuk membangunkan sesebuah blog memerlukan pertolongan daripada kawan-kawan,begitu juga aku yang terkapai2 tidak tahu manakah tempat untuk aku berpaut.Sahabatku yang ku harapkan pertolongannya membangunkan blog nie meninggalkanku di saat aku masih lagi kebudakan dalam memenuhi isi ruang yang masih memerlukan pengisiannya.Tapi aku tahu keadaannya itu yang memaksa beliau meninggalkanku buat sementara ini.Saat ini aku rasakan keadaan seperti yang terjadi dahulu.berenang tak sampai berpegang tak terasa...inilah keadaanku kala ini.

Herannya sahabatku ini ada juga mengatakan padaku takder GF ker nak bagi pertolongan dalam menghidupkan blog nieh..hahahahaa tak ku sangka GF pun ader kaitan gak ngan update blog erk...macam2.. semestinya aku memang takde pertolongan mana2pun.Hanya dorongan sahabat2 yang ku kenali sahaja dapat membantu.

Ketika aku tersenyum dengan kata2 sahabatku tadi tu ntahler tiba2 dalam fikiranku terfikir betul ker kena ada GF baru leh hidup blog nieh...ntahlaa tetiba jer ku terbaca kat blog kawanku bunyi ayatnye macam frust jer...ntahlah dia sendiri atau hanya cerita rekaan semata-mata yang tak ada kaitan hidup atau mati denganya.kecewa ngan BF beb... sakit hati, sedih,sayu, teringatlaa aku pada satu lirik lagu spoon yang menjadi kegemaranku suatu dahulu.

mengapa terjadi... perpisahan ini.. dikala asmara..melebar sayapnya ..
mengapa terjadi ...perpisahan ini.. dikala hatiku terlukis namaku
kalau memang tiada jodoh ..ape lagi nak ku heboh..aku malu pada teman..
pada semua...aaaaaa.. rindu......

sedih tu lagunya...apa pun aku harap janganla semangat tu terus menerus dalam diriku hanya perlu berpaut pada rakan2 dan teman2..biarla aku berusaha untuk berpaut pada diriku yang mungkin suatu hari nanti aku bangga menemui siapakah diriku ini dan setakat mana kemampuanku untuk melakukan sesuatu perkara...

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online