Tuesday, April 3, 2007

Berusahalah....

Semalam aku telah mengikut satu ceramah Maulidurrasul yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang tak asing bagi kita semua.Tak sangka setelah hampir 4 tahun tak berjumpa tiba2 semalam dengan takdir Allah dapat bersama beliau dalam satu ceramah khas sempena lawatan beliau ke sini dengan kerjasama KPKM (Keluarga Pelajar Kelantan Mesir).Terpaksa menunggu hingga lewat malam semata-mata hendak bersalaman dengan beliau.

Sebelum ini beberapa seminar telah diadakan oleh kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama KPKM juga telah diadakan dan tak sangka selama beberapa tahun berpisah dengan Pusat Pengajian Pondok Bachok aku dapat berjumpa dengan guruku juga merupakan seorang yang menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar sewaktu belajar di sana.Paling tak ku sangka ialah isterinya yang mana dahulu kami selalu mengajak menjadi salah seorang pengadil bebas dalam acara Malam Kebudayaan Islam PPP hampir setiap tahun menjadi senator juga salah orang yang kuat berjuang untuk kebaikan PPP lebih-lebih lagi untuk Islam dalam negaraku Malaysia.

Selama mengikuti program-program yang dianjurkan oleh rombongan dari Malaysia ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang amat kuat dalam diriku.Salah satunya menambahkan kekuatan dalam diri untuk menulis serta menyebarkan ilmu yang ada dalam diri dalam blog ini.Sebelum ini diri ini merasa takut untuk menulis serta malu untuk berkongsi ilmu-ilmu yang ku pelajari kerana bimbangkan takut tersalah dalam penulisan.Tapi perasaan demi ingin mencuba dan ingin membuka minda ini untuk mengembangkan ilmu yang dipelajari dah di samping tak mahu ilmu yang ku belajar berkubur begitu sahaja tanpa menyahut seruan sabda Nabi SAW yang bermaksud" Sebaik-baik kamu ialah yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain"riwayat bukhori.Biarlah apa kata orang mengenai penulisanku ini tapi apa yang ku harapkan ialah teguran kalau terdapat kesilapan dan bantuan kalau terdapat kekurangan kerana aku tahu siapalah aku dalam menyebarkan risalah Islam ini.

Dalam program-program yang lepas juga aku merasakan diri ini terlalu kerdil dan merasakan tak berupaya bilamana dapat ketahui tentang keadaan suasana yang melanda negara Malaysia yang begitu teruk sekali sehinggakan tak dapat tidak mesti memerlukan seseorang yang professional dalam menyampaikan dakwah Islam kepada orang ramai.Ini kerana ramai yang belajar Islam tapi tidak menggunakan Ilmu yang dipelajarinya untuk membetuli keadaan masyarakat yang saban hari semakin teruk.Lebih teruk lagi ader yang belajar Islam tapi dengan niat ingin menjatuhkan Islam nau'uuzubillah.

Semestinya diriku juga tidak mampu untuk berjuang buat masa sekarang tapi tak dapat tidak kena juga berjuang untuk islam walaupun dengan menggunakan sebatang pensel mahupun hanya dengan memetik keybord nie.Bagi yang tahu berpidato, berpidatolah untuk menegakkan Islam, bagi yang tahu IT dengan IT lah sebarkan Islam ,bagi yang hanya tahu menulis , menulislah untuk menyebarkan Islam serta yang tahu mengajar , mengajarlah untuk Islam dan kalau kita semua bergabung insyaAllah akan menjadi lebih sempurna.Harapanku juga agar di sana wujud lebih ramai lagi kawan-kawanku yang mahu bersama-sama bergandingbahu bekerjasama untuk menghidupkan roh islam kembali bersinar.Moga Allah memberikan sinaran pada diriku juga sahabat-sahabatku yang mempunyai semangat juang untuk menyebarkan risalah Islam ini aminn.wassalam..

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online