Monday, April 2, 2007

..Orang melayu Akan Menjadi Hamba...

Posted on Monday, April 02 @ 01:01:27 MYT by greenboc
Oleh BPPNS

"Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah kawasan pembangunan seluas 2,200 km persegi di Johor yang membabitkan pelaburan RM47 bilion bagi menjana pertumbuhan dan aktiviti ekonomi antara tahun 2006 dan 2010, serta RM335 bilion lagi dalam tempoh 15 tahun (2011-2025)

Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan menjadi hamba kerana tanah milik mereka terpaksa dijual kepada pelabur asing yang menawarkan harga yang tinggi. Katanya, adakah orang Melayu boleh menolak jika tanah mereka ditawarkan harga tiga kali ganda daripada harga semasa.

“Siapakah yang akan melabur dan membina bangunan di kawasan itu? Sudah tentu orang Israel kerana mereka ada kedutaan di republik itu (Singapura),” kata Dr Mahathir lagi ketika berucap di majlis forum rakyat mengenai kepimpinan Melayu dalam era globalisasi anjuran Umno cawangan Kulai Besar di Kulai, Johor pada 29 Mac 2007.

“Saya ingin bertanya kepada orang Johor, adakah mereka rela tanah mereka digadai kepada orang asing itu (Singapura),” katanya. Tetapi, katanya, orang Johor tidak membantah seolah-olah mereka rela negeri mereka dijajah semula.

Dr Mahathir berkata, beliau percaya kepada kebolehan orang Melayu tetapi mereka tidak boleh bersaing apabila berada dalam WPI.

PAK LAH SETUJU HAK ISTIMEWA MELAYU JOHOR DILUCUTKAN

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara tidak langsung bersetuju dengan pandangan Tun Musa Hitam penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar agar hak istimewa Melayu Johor dihapuskan untuk menarik pelabur asing.

Laporan akhbar New Straits Times 22 Mac 2007 menyebut “Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday announced the first set of incentives for the Iskandar Development Region (Iskandar) and top of the list is that investors do not have to comply with a rule that favours Bumiputeras.

There will also be 10-year tax holidays and the freedom to employ foreign employees within certain zones.”

(Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pakej pertama insentif untuk Wilayah Pembangunan Iskandar dan yang mendahului keutamaan ialah pelabur tidak terikat kepada sebarang syarat yang memberi keistimewaan kepada Bumiputera….. dan kebebasan untuk mengambil pekerja asing sepenuhnya (tanpa perlu kuota Bumiputera))

Ini bermakna syarikat atau warga asing yang ingin melabur di Johor tidak akan terikat dengan hak istimewa Bumiputera iaitu orang Melayu. Dalam erti kata lain selama ini dengan adanya hak istimewa orang Melayu menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk melabur di Malaysia dan menyekat kemajuan sesebuah negeri.

MUSA HITAM GESA HAPUSKAN HAK ISTIMEWA MELAYU JOHOR

Tun Musa Hitam menggesa agar hak istimewa orang Melayu di Johor dihapuskan supaya lebih ramai pelabur luar akan melabur di negeri Johor.

Itulah tajuk termuramah yang disiarkan oleh Bloomberg pada 21 Mac 2007.

Tun Musa Hitam dan jutawan billionaire Malaysia Robert Kuok adalah merupakan salah seorang dari lima penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang dilantik oleh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi. March 21 (Bloomberg) --

Malaysia should exempt the southern state of Johor from policies that favor the ethnic Malay majority to help attract foreign investors to the area, former Deputy Prime Minister Musa Hitam said.

(Malaysia sepatutnya mengecualikan negeri Johor daripada polisi yang memberi keistimewaan kepada majoriti orang Melayu untuk menarik pelabur asing ke negeri itu..)

copyright from:http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1231

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online