Wednesday, April 25, 2007

exam

Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan hari berganti hari, jam,minit,saat semuanya silih berganti tanpa henti hinggalah hari kiamat.Beginilah berputarnya masa dalam kehidupan ini. Kita sebagai manusia juga hamba Allah yang hidup dalam alam examNya semestinya kita tahu penjaga exam itu ialah dua orang malaikat Atib dan Raqib yang tidak henti-henti menulis segala tindak tanduk kita samada kegiatan ataupun aktiwiti yang kita lakukan itu secara nyata mahupun tersembunyi tanpa tercicir walaupun satu kelipan mata semuanya ditulis hinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Sedar atau tidak kita kena tahu bahawa usia kita makin bertambah dan pertemuan kita dengan Pencipta semakin hampir.Tidak melengahkan walaupun satu detik juga tidak mempercepatkan satu saat .Pertemuan kita dengan tuan punya alam ini semestinya pasti berlaku walaupun ramai dari kalangan kita tida mengendahkannya.Kita sering mengejar dunia yang tanpa kita sedari semakin dikejar semakin jauh bukan menghampiri Pencipta yang kita semua tahu selangkah kita menuju kepada Allah dua langkah Allah menuju pada kita, kita menuju dengan berjalan berlari Allah menghampiri kita.begitulah perumpamaannya.

Exam Allah yang terus menerus menimpa ke atas kita selagi kita berada di atas pentas dunia ini menjanjikan kita pelbagai hadiah hakiki dan berkekalan selamanya lagi pula yang amat tak ternilai jika dibandingkan dengan dunia dan seisinya.Sekalipun begitu masih ramai yang tidak mengendahkan hadiah tersebut.Kita hanya merebut hadiah yang bersifat sementara dan tidak berkekalan.Cuba renungkan cebisan lirik nasyid sebuah kumpulan nasyid suatu ketika dahulu yang boleh meningkatkan sedikit kekuatan rohani dalam jiwa kita..

Ujian adalah terbitnya dari Allah
Apakah kita kan tabah ataupun sebaliknya
kesenangan yang datang selepas kesusahan
semuanya adalah ni'mat dari tuhan
jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada tuhan
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali


Untuk itu marilah kita ingati bahawa setiap ujian yang Allah kenakan pada kita semestinya bergantung pada kemampuan diri kita.Level kita tahap itu maka tahap itulah ujian yang dikenakan.Allah tidak akan mengenakan ujian keatas kita melainkan berdasarkan kemampuan pada diri kita.Semakin banyak ujian dikenakan menandakan semakin sayang Allah kepada kita..Moga Allah merahmati kita semua.. wassalam..

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online