Sunday, May 6, 2007

9 jenis anak Syaitan

Semestinya kita tidak dapat lari daripada godaan dan tipudaya musuh Allah ini.Sedar atau tidak sedar ramai dari kalangan kita secara tak sedar mahupun secara tak lansung berkawan dengannya dan lagi pula ramai yang menjadi lebih dasyat daripadanya.

Sebagai mau'izah atau tazkirah hari ini marilah kita ambik manfaat kata-kata khalifah islam yang kedua Umar Al Khattab r.a untuk menambahkan kekuatan dalam diri kita agar sentiasa berjaga2 dan berwaspada dengan segala gerak- geri supaya kita dapat menjauhi makhluk laknatulLah ini.



Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Sama-samalah kita ambik perhatian dalam kehidupan kita moga2 kita semua terselamat dan jauh daripada tipudayanya.

0 Comments:

blogger templates | Make Money Online