Wednesday, May 23, 2007

Kunci Kepada Kesihatan Unggul


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa sesetengah orang sentiasa sihat sejahtera tetapi yang lain selalu terkena penyakit dan tak kurang juga yang menderitai penyakit kronik. Kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan adalah sistem imun yang sihat.

Manusia dikurniakan dengan sistem imun untuk melindunginya dari serangan berjuta-juta virus, kuman, bakteria, kulat dan parasit yang boleh mendatangkan berbagai-bagai penyakit. Sistem imun bekerja 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu untuk memastikan kita kekal sihat. Ia terdiri daripada berbilion sel darah putih yang keluar masuk dari timus, nodus limfa, hati dan limpa. Sel-sel ini bergerak di dalam saluran darah dan saluran limfa ke lokasi yang diperlukan untuk menentang musuh. Namun begitu keberkesanan sistem imun semakin berkurangan apabila usia kita makin meningkat. Faktor yang melemahkan sistem imun antaranya adalah tabiat makan yang buruk, makanan berproses, hormon dalam ayam dan daging ternakan, tidak cukup rehat, stres, bahan kimia dalam persekitaran (racun perosak, racun rumput rumpai), alkohol, tidak bersenam, dll.

Kita tentu pernah mendengar ungkapan "punca penyakit adalah perut", kini kita memahami apa sebenar maksudnya. Apa yang kita makan dan minum boleh merosakkan sistem imun kita. Apabila sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan mendapat penyakit.

Pakar gerontologi percaya bahawa kegagalan sistem imun akan membawa kepada kematian awal. Oleh itu, mempunyai sistem imun yang bertenaga dan efisien menjadi satu daripada perkara penting untuk menghadapi hari tua dengan jayanya.

Bagi mengekalkan sistem imun yang sihat, seseorang harus membetulkan kesemua faktor yang menjejaskan keberkesanannya. Kita perlu mengambil diet sihat yang seimbang dengan membanyakkan buah-buahan (yang dipetik apabila sudah masak ranum), sayur-sayuran, protein berkualiti tinggi (yang bebas dari racun serangga dan suntikan hormon) dan bersenam.

Kunci kepada kesihatan dan kesejahteraan di masa hadapan adalah memperkasakan sistem imun. Sebelum kita membuat sesuatu, kita perlu memberi perhatian kepada sistem imun terlebih dahulu. Jadi, sebelum mengambil berbagai pemakanan tambahan untuk menambah kesihatan, kita perlu membantu sistem imun terlebih dahulu.

Mengamalkan sistem pencegahan lebih awal banyak membantu seseorang ke arah kesihatan yang baik.Ramai dari kalangan kita kebanyakannya mengambil berat tentang kesihatan bila sudah terkena penyakit.Islam mengajar kita supaya mencegah penyakit daripada mengubati penyakit tetapi kita mengambil mengubati lebih utama dari mencegahnya..Ayuh kita jaga kesihatan kita samada rohani jua jasmani agar hidup dengan sihat sejahtera di alam dunia ini.Stabilkan makanan rohani akan membawa sihatnya jasmani kawalan makanan jasmani akan menguatkan rohani......sama-sama kita jaga kesihatan kita...

Hidup sihat..jiwa sejahtera

2 Comments:

aria ayumi said...

yup.. prevent is better than cure... bese lah kan shin.. kekadang kite bile dh terhantuk baru nak terngadah... dh muncul penyakit br nak jaga makan kan... alhamdulillah... so far, kesihatan diya masih baik2... cuma agak risau sket psl dh berthn2 tak kene demam...

*pu_jie* said...

emmm baguslaa kalau camtu..kesihatan kena jaga untuk kehidupan yang terjamin..shin pun lama dah tak demam teruk apapun mintak dijauhkan..kalau demam selsema tu biasa jer..susah gak nak jaga kesihatan nieh...selalunya pemakanan pun tak terkawal..

blogger templates | Make Money Online