Tuesday, May 1, 2007

Hiburan ancam keselamatan Negara!

oleh: Along Safa

"Begini rupanya mentaliti pemimpin yang diharap akan membawa rakyat ke arah kebaikan. Sokongan terbuka Menteri Besar Pahang terhadap program realiti Akademi fantasia dilihat sebagai satu tindakan yang tidak berasas kerana secara lansung menjatuhkan kredibiliti seorang pemimpin nombor satu negeri.

Suasana seperti ini dilihat sebagai satu promosi yang dibuat oleh seorang Menteri Besar supaya turut menyokong satu program hiburan yang tidak mempunyai manfaat melainkan hanya hiburan lalai dan merugikan. Pada pendapat saya, jika mahu menyokong pun, tak payahlah buat kenyataan terbuka sedemikian.

Utusan_Malaysia

Sila ke link di atas dahulu sebelum membaca artikel saya ini.


Namun, dengan sokongan padu pihak berkuasa seperti ini, perkara ini dilihat sebagai satu sokongan padu pihak pemimpin kerajaan terhadap program hiburan realiti yang berkembang biak di negara kita. Dan secara tidak lansung, kenyataan tersebut telah menidakkan pandangan beberapa ahli agama negara yang mencadangkan agar dihapuskan program2 realiti ini kerana tidak lain hanya melalaikan rakyat malaysia sahaja.

Apabila pihak kerajaan dan yang berkuasa sudah menyokong program hiburan ini, ahli agama boleh berkata apa? Mulut mereka di zip lah. Terpaksa diam saja. Tiada toleransi antara pihak agama dan pihak kerajaan. Teguran-teguran yang dikeluarkan oleh ahli agama hanya di anggap angin sepoi sepoi bahasa oleh pihak pemerintah dan angin itu kelak akan berlalu begitu sahaja....

Hiburan di malaysia sudah mencapai satu tahap yang membahayakan keselamatan rakyat Malaysia. Pakaian-pakaian artis Malaysia sudah tidak menampakkan kesopanan. menutup aurat jauh sekali. Malah, artis2 juga ramai yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat seperti dadah, maksiat dan pelbagai lagi. Saya pelik, mengapa perkara sebegini yang disokong oleh pihak pemerintah Malaysia?

Pencabulan etika penjagaan aurat telah dilakukan sewenang-wenangnya oleh artis terutama artis wanita. Lihatlah betapa ramai artis wanita bertudung yang hadirnya bukan saja menghina konsep pemakaian tudung, malah turut menghina syariat yang menetapkan penjagaan aurat yang sempurna. Pemakaian tudung dipelbagai dengan berbagai fesyen dan berlipat sana sini. Mereka tidak lain tidak bukan adalah penghancur dan pemusnah tatasusila pemakaian tudung. Penghinaan secara berterusan ini telah disambut baik oleh rakyat malaysia dan ramai rakyat malaysia yang perempuan terikut-ikut trend pemakain tudung tersebut.

Yang terbaru, satu kenyataan yang amat bercanggah dikeluarkan oleh Salima yang mengatakan satu trend 'pemakaian tudung yang masih tutup aurat' melalui memakai rambut palsu. Kenyataan yang saya anggap amat berbahaya ini masih di anggap enteng oleh sesetengah pihak dan berkata ini adalah perkara biasa. Kenyataan salima mengatakan, dia masih menutup aurat dengan memakai anak tudung dan seterusnya memakai rambut palsu. Dalam artikel yang lalu, saya telah menyeru pihak tertentu supaya menegur salima secara berhemah dan mendesak Salima menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Satu revolusi dalam industri hiburan Malaysia harus dibuat. Kementerian yang berkenaan jangan hanya membiarkan ahli-ahli hiburan ini bercakap dan berbuat sesuatu sesuka hati mereka. Mereka harus dikawal. Saya lihat, tiada lagi kawalan secara optimum kepada golongan penghibur yang dilihat semakin berleluasa merebak dan menyebar virus hiburan melalaikan di seluruh negara. Tindakan yang dikenakan ke atas Rosnah Mat Aris sebelum ini sememangnya wajar dan saya menggesa agar banyak lagi tindakan tegas dikenakan kepada pihak-pihak yang melanggar disiplin.

Bagi pihak NGO atau parti politik, saya berasa amat wajar untuk menaikkan satu-satu kes seumpama kes Salima tadi yang saya rasa boleh di'fight' di peringkat atasan. Dengan menaikkan isu ini, ia adalah sebagai satu pengajaran kepada semua artis agar berjaga-jaga dan sentiasa menjaga batasan.



Blog Bandaraya Safa


0 Comments:

blogger templates | Make Money Online