Thursday, August 30, 2007

Apabila Ustazah sertai Bintang Klasik

 Oleh Abd Hadi

Assalamualaikum,
Isu yang ingin saya utarakan berlaku pada 3 Ogos 07 lalu, tetapi bagi kami ia menjadi kejadian yang sangat mengaibkan dan memalukan.

Bagi peminat-peminat pertandingan Bintang Klasik Nasional 2007, ada sesuatu yang tidak mereka ketahui terutama penonton di Semenanjung dan di Sarawak. Malahan di Sabah mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa pemenang kedua kategori wanita iaitu Dayangku Nurul Fattihah Umi Qalthum Pengiran Zainal Abidin, 26 yang berasal dari Sabah itu adalah seorang USTAZAH.

Ustazah Nurul Fattihah mengajar di SK Sembulan, Kota Kinabalu. Beliau adalah bekas pelajar Sek Men Agama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah (TPHR), Kota Kinabalu pada 1993-1999.

SMAI TPHR tidak asing lagi di dalam senarai sekolah-sekolah agama terulung di Malaysia. Tidak sedikit keluarannya yang menjadi kebanggaan sekolah, menjadi ahli masyarakat yang berguna.



Tetapi kepada kes Ustazah Nurul ini, sangat mengaibkan apabila beliau sanggup menggadai ilmu dan maruah dirinya sebagai orang yang berpendidikan agama untuk menyertai Bintang Klasik Nasional. Beliau sanggup membuka auratnya untuk bertanding, dan apabila kembali mengajar di sekolah, dia kembali mengenakan tudungnya.

(lihat http://shw.fotopages.com/15569275/Naib-Juara-Wanita-Dayangku-Nurul-Fattihah.html

Lebih memalukan, johan wanita pula bukan ustazah dan menutup aurat. Nurul adalah ustazah, sanggup membuka aurat dan berpakaian menjolok mata untuk bertanding tetapi hanya mendapat tempat kedua.

Sebenarnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia selalu menyertai pertandingan nyanyian di sekitar Kota Kinabalu. Tetapi Bintang Klasik Nasional ini adalah kemuncaknya.



Perbuatannya ini menjadi buah mulut guru-guru agama di bawah Jabatan Pelajaran Negeri, alumni pelajar SMAI TPHR, pegawai-pegawai JHEAINS dan guru-guru sekolah berkenaan. Sepanjang siang 3 Ogos itu, SMS berterbangan sesama kami alumni TPHR dan warga pendidik, agar tidak lupa menyaksikan aksi ustazah buka aurat dan menyanyi secara langsung di RTM1.

Tidak syak, aksinya itu telah menjejaskan nama baik bekas sekolahnya sendiri, yang letaknya hanya beberapa minit dari sekolah yang dia bertugas sekarang.

Maklumat yang baru diterima, dia telah dipanggil oleh Sektor Pendidikan Islam dan Moral (SPIM), Jabatan Pelajaran Negeri. Sumber memberitahu, Ustazah Nurul menyalahkan kementerian kerana sejak awal menyertai perguruan, dia memilih bidang muzik tetapi diberi bidang agama. Katanya lagi, kedua orang tuanya sendiri memberi sokongan dan galakan penuh kepadanya dalam bidang nyanyian ini.

Bagi saya, tidak keterlaluan dia dikatakan kufur nikmat kerana menyalahkan orang lain yang memberinya peluang berada di bidang agama.

Saya juga mendengar bahawa guru besar di sekolahnya berbangga kerana mempunyai ustazah yang pandai dan mempunyai bakat menyanyi sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau dikatakan memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Ustazah Nurul.

Saya menyeru bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menarik semula sijil-sijil agama yang pernah diperolehi oleh Ustazah Nurul semasa zaman sekolahnya dahulu. Walaupun ini tidak menjadikan apa-apa, tetapi penting sebagai tanda bantahan dan tekanan kita kepadanya.

Begitu juga, saya mengharap seseorang memberi maklumat ini kepada SS Mufti Negeri Sabah untuk memberi nasihat kepadanya. SS Mufti sebelum ini pernah menjadi pengetua di SMAI TPHR.

Saya secara tidak rasmi mewakili Alumni TPHR meluahkan rasa kesal kami atas kelakuan Ustazah Nurul dan berharap beliau akan insaf serta kembali ke pangkal jalan.

Abd Hadi,
Karamunsing,
Kota Kinabalu, Sabah

Tuesday, August 28, 2007

Menjawab hujah 'BABI' Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin

Oleh by2mie

"a

Pensyarah Melayu ini, iaitu Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin tidak menjawab isu dan persoalan yang sebenarnya di dalam tulisannya. Umat Islam marah bukan soal pegang, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.

Umat Islam Melayu khususnya, dari dulu, kini dan selamanya mengajar anak-anak mereka jijik dengan anjing dan babi sebab itu satu pendidikan untuk memahamkan mereka babi dan anjing itu hukumnya haram. Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk boleh faham orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana hukum agama Islam telah menetapkan begitu. Maka mereka perlu menghormati agama Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap kita.

Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Anjing dan babi haram maka mendekatinya juga dilarang. Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan adab yang diajar oleh Islam.

Bukankah anjing dan babi itu NAJIS BERAT. Baiklah, jika NAJIS SEDERHANA macam tahi manusia atau tahi haiwan mahu tak pelajar ini bergambar dan berposing sebelah tahi tersebut sebagaimana gambar mereka dengan babi? Apa yang boleh kita katakan jika pelajar ini bergambar ceria di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri. Bolehkah kita senyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test? Cukupkah kita hanya katakan tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja. Mana akhlak dan adab kita?

aApakah kita gembira melihat rombongan pelajar Islam bertudung dan bergambar dengan penuh ceria di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sedang membuat kajian.

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis Islam bertudung menari dan berjoget bersama lelaki di atas pentas sambil menyanyikan lagu rock atau gadis-gadis bertudung yang ikut berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira melihat artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan sahaja. Ini kah trend yang ingin kita jadikan budaya?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa akan menyangkal. Tetapi soal bagaimana kita melayannya telah diajar oleh Islam. Syaitan ciptaan Allah tetapi dilayan dengan laknat. Manusia ciptaan Allah dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah dilayan mengikut kegunaannya.

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan sekalipun apabila berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa yang lain ada batasnya.

Belajarlah sehingga PHD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik lupakanlah untuk merasa bangga dengan PHD yang dimiliki.

Percayalah jika trend ini berlarutan orang bukan Islam akan menganggap tiada apa larangan orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis ini. Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah ini dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang diajar guru mereka.

Ulasan Greenboc
petikan dari albalagh.net

fatwa

Jadi penggunaan sarung tangan adalah salah satu cara untuk tidak mewujudkan sentuhan secara terus kepada binatang itu. Sudahkah langkah itu dilaksanakan?

a b

Berdasarkannya kami membantah kenyataan Dr Dzulhamka Kamaluddin serta Prof. Dr. Rasedee Abdullah dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia dan meminta agar perkara ini dibawa ke pengetahuan masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan Universiti Putra Malaysia.

Hal sensitif kepada umat Islam sebegini sewajarnya dirujukkan dahulu kepada pihak berwajib seperti JAKIM dan tidak sepatutnya pihak pensyarah dan fakulti tersebut terlalu cepat "menghalalkan" dan membela tingkah laku siswinya yang berlebihan itu kerana ia bakal mengundang polemik yang lebih buruk.

komen: segala permasalahan atau komen mengenai artikel ini dengan yang lepas tu sila rujuk kat sini

tranungkite.net

Penjelasan gambar siswi muslim memegang anjing & babi

Oleh Dr Mohd. Dzulhamka Kamaluddin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

aKepada yang berkenaan,

Semoga sentiasa dalam lingkungan rahmat dan kasih sayang Allah swt. Saya merasa terpanggil untuk memberikan sedikit maklumbalas berkenaan beberapa gambar yang diedarkan menerusi internet yang menunjukkan seorang siswi Fakulti Perubatan Veterinar UPM yang bergambar berdekatan serta memegang/menyentuh anjing dan babi.

Email ini saya tulis secara panjang lebar dengan harapan huraiannya dapat difahami dengan jelas dan tidak disalah tafsirkan. TETAPI buat mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca cukuplah saya katakan TIADA APA-APA MASALAH PADA GAMBAR TERSEBUT!. IA TIDAK MENGHINA ISLAM SEBALIKNYA MENERANGKAN BAHAWA UMAT ISLAM BOLEH MENYENTUH ANJING DAN BABI. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH UNTUK MENGURUSKAN KESELESAAN HIDUP HAIWAN INI DENGAN MEMASTIKAN KEBEBASAN DAN KESIHATANNYA TERJAGA.

Tiada nas yang mengatakan menyentuh anjing dan babi itu haram.Yang haram ialah memakannya. Kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ini. Kedua-duanya adalah ciptaan Allah, dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, sebaliknya setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina oleh umatnya?

Sebelum meneruskan perbincangan, izinkan saya memberi sedikit pengenalan diri, saya merupakan salah seorang graduan Doktor Perubatan Veterinar tahun 2006. Kini menyambung pelajaran dalam bidang master fisiologi di Fakulti Perubatan Veterinar UPM semester pertama. Sebelum ini, bersekolah di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk memberi penjelasan kerana yang terbaik adalah mereka yang mendalami ilmu agama agar dapat menjelaskan dengan menyatakan nas-nas serta tafsiran yang tepat serta mendalam. Walaubagaimanapun saya akan cuba menjelaskan dengan pengetahuan agama sedikit yang saya ada dan hasil daripada perbincangan secara peribadi dengan ustaz-ustaz serta seminar yang pernah kami adakan di fakulti sendiri berkenaan dengan isu ini.

Pertamanya, sebagai seorang doktor veterinar (doktor haiwan) sememangnya kami mungkin akan berhadapan dengan situasi merawat anjing atau babi. Bagi doktor veterinar atau ringkasnya vet, yang bekerja di klinik-klinik haiwan kebanyakannya akan merawat anjing dan juga kucing. Walaubagaimanapun terdapat sesetengahnya yang menghadkan rawatan kepada kucing sahaja.Berkenaan dengan babi, kebiasaannya tiada vet muslim yang akan bekerja di ladang ternakan babi. Walaubagaimanapun,bagi vet yang bekerja di jabatan perkhidmatan haiwan, adakalanya mereka akan ke ladang ternakan babi untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan ladang tersebut mengamalkan amalan pengurusan ladang yang baik supaya bebas daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti penyakit Nipah yang merebak pada tahun 1999 yang turut membahayakan nyawa manusia. Terdapat juga vet yang bekerja di makmal yang memproses sampel-sampel yang datang daripada babi atau anjing seperti darah, najis, organ-organ dan sebagainya

Justeru, dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar, pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. Bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali bagi subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut secara seluruhnya apabila memasuki tahun para-klinikal dan klinikal. Secara umumnya saya bersetuju dengan perkataan '³desensitization '´ yang digunakan oleh salah seorang yang menghantar email tersebut kepada saya. Sebagai vet, proses ini perlu kerana kami tidak sepatutnya jijik untuk merawat pesakit kami kerana itu merupakan tanggungjawab kami yang juga terkandung dalam ikrar yang dilafazkan oleh setiap vet ketika bergraduan.

Apabila memasuki tahun ke 4, pelajar vet akan mengikuti subjek pengenalan terhadap klinik. Dan subjek klinik pada tahun ke 5. dalam kedua-dua subjek ini pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan yang kecil dan kumpulan '¶ kumpulan iniakan bergilir membuat praktikal dalam amalan-amalan yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar ini akan membuat praktis selamaseminggu dalam setiap amalan. Amalan-amalan ini termasuklah amalan haiwan kesayangan yang melibatkan rawatan terhadap anjing dan amalan ternakan babi yang memerlukan pelajar ke ladang ternakan babi untuk membuat pemerhatian, diagnosis penyakit serta rawatan. Daripada apa yang saya lihat, gambar-gambar yang diedarkan menerusi internet itu adalah gambar yang diambil oleh pelajar ketika praktikal sama ada dalam subjek pengenalan klinik atau subjek klinik ini. Pada pandangan saya, pelajar itu berkongsi gambar '¶ gambar tersebut secara umum dalam internet bukanlah bertujuan menghina agama atau sebagainya, sebaliknya sekadar berkongsi suatu pengalaman yang mungkin tidak dilalui oleh orang ramai.

Berkenaan dengan isu menyentuh, memegang, merawat anjing dan babi yang dikategorikan sebagai najis '³mughollazoh '´ iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat melayu. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh anjing dan babi yang haram disentuh?. Berdasarkan pelajaran feqah yang saya pelajari sejak sekolah rendah agama hinggalah sekolah menengah, menyentuh najis '³mughollazaoh '´ tidak haram. Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis '³mughollazoh '´ kita dikehendaki menyucikannya dengan bersamak iaitu membasuh dengan air yang telah dicampurkan dengan tanah sekali dan membilasnya dengan air '³musta '²mal '´ (air yang bersih dan suci) sebanyak 6x. Yang haram berkaitan dengan anjing dan babi ialah memakannya bukan menyentuhnya.

Sebagai seorang melayu, saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan '±geli '² atau jijik terhadap anjing dan babi. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak daripada tersentuh anjing dan babi yang mana proses menyucikannya dilihat sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah. Saya sendiri, walaupun telah jelas berkenaan dengan hukum menyentuh anjing dan babi, merasa kekok dan sedikit '±geli '² apabila kali pertama memegang jantung babi apatah lagi ketika kali pertama mengangkat anjing untuk diletakkan di atas meja pemeriksaan yang mana tekniknya memerlukan kita merapatkan badan anjing tersebut ke badan sendiri kerana itu merupakan teknik yang selamat bagi mengelakkan kecederaan yang tidak dingini dalam proses mengangkat tersebut. Namun, kita perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini. Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya?

Anjing dan babi juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai khalifah.

Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab vet untuk mengetahui tuntutan agama yang perlu dipenuhi dalam kerjayanya. Vet dan pelajar doktor perubatan veterinar perlulah berhati-hati dan tidak sambil lewa dalam soal kesucian tubuh badan dan pakaiankerana ianya akan menjejaskan ibadah. Yang terbaik ialah mengasingkan pakaian kerja dengan pakaian harian terutamanya pakaian untuk solat jika tidak mahu menyamak pakaian kerana khuatir pakaian akan rosak dan sebagainya. Bagi orang awam pula tidak perlu risau kerana najis ini '³tidak berjangkit '´ maksudnya jika seorang vet hanya membasuh tangannya dan telah membersihkan zat najis tersebut selepas bertugas tetapi masih belum menyamak tangannya, ia tidak '³berjangkit '´ jika anda bersalaman dengannya kerana tiada zat najis (warna, bau dan rasa) pada tangan vet tersebut. Tetapi vet tersebut perlu menyucikan tangannya dengan bersamak sebelum solat. Hal yang sama jika anda bersalaman dengan orang bukan Islam yang mungkin memelihara anjing di rumahnya. B itu juga dengan tapak kasut anda yang memijak mukabumi yang pernah dipijak oleh anjing atau babi. Tidak perlu risau dan terlalu was-was selagi tiada zat najis. Walaubagaimanapun terdapat cadangan daripada sesetengah ustaz untuk menyamak seluruh badan sekali sekala bagi orang awam dan mungkin berkala bagi vet seperti sebulan sekali supaya jika terdapat najis '³mughollazoh '´ pada badan yang tidak diketahuinya, ia dapat disucikan. Namun saya kira ini adalah sekadar satu pandangan bukan kewajipan yang baik untuk mereka yang was-was praktikkan. Sebenarnya terdapat pelbagai persoalan - persoalan yang timbul yang berkait dengan kerjaya vet seperti bagaimana vet muslim merawat kuda yang terlibat dalam lumba kuda, apakah hukumnya?, bagaimana pula dengan bayaran upah perkhidmatan yang diterimanya? adakah ianya halal? Begitu juga jika vet muslim memberi perkhidmatan nasihat untuk memperbaiki usaha perladangan babi, bagaimanakah hukumnya? Adakah ianya berdosa kerana membantu orang memakan babi? Bagaimana jika membuat pembedahan yang panjang sehingga terlepas solat? Adakah sama seperti pembedahan manusia yang membolehkan solat tersebut dijamakkan?

Banyak lagi soalan-soalan yang datang samada daripada orang awam, dikalangan vet atau pelajar vet sendiri yang saya sendiri tidak mampu menjawabnya dengan ilmu agama yang cetek ini. Saya kira perkara yang sama juga berlaku atau akan berlaku dalam bidang kerjaya anda jika anda mencarinya '¥ini kerana Islam itu adalah cara hidup yang syumul, elemennye terdapat dalam semua bidang, dan yang indahnya, Islam sudah pun ada jawapannya, terpulang pada kita untuk menyelidik dan memahaminya dengan panduan dan tunjuk ajar daripada mereka yang ahlinya.

Akhirnya, sebagai seorang muslim, marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang kuat memegang nilai kebajikan haiwan. Seorang senior saya dalam projek tahun akhirnya yang berkenaan dengan kebajikan haiwan, menjalankan satu soal selidik. Salah satu daripada soalannya adalah '³jika anda melihat seekor anjing yang tersepit kakinya, adakah anda akan menolong melepaskan kakinya? Nyatakan alasan bagi setiap jawapan anda '´. Sebagai seorang muslim saya merasa sedih dan malu apabila terdapat satu jawapan yang menyatakan '³Tidak, kerana saya seorang Islam '´. Senario ini harus kita ubah kerana sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya.

Wallahua '²lam

Saya mengalu-alukan mereka yang ingin mengemuka pandangan, memperbetulkan fakta atau berkongsi maklumat baru berkenaan dengan hal ini. Anda bolehlah menghantar email kepada lapanjuta@yahoo . co.uk. Sekian moga bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

Dr. Mohd Dzulhamka Kamaluddin
DVM, UPM

Disemak oleh,
Prof. Dr. Rasedee Abdullah
Pensyarah
Fakulti Perubatan Veterinar
Universiti Putra Malaysia

Dari blog isuhangat

imej-imej dari blalang



a

b

c

d

e

Thursday, August 23, 2007

Tidak Pedulikan Al-Quran Punca Masalah Penagihan Dadah

ImageKOTA BHARU, 7 Syaaban 1428 – Masalah penyalah gunaan dadah terutama di kalangan muda mudi hari ini semakin parah dan seolah-olah tiada jalan penyelesaian. Walau pelbagai kaedah dijalankan oleh agensi kerajaan seperti pihak polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan sehinggalah kepada tindakan undang-undang seperti hukuman bunuh namun masih gagal membendung masalah ini.

Malah semakin banyak kampen dan pusat pemulihan dibina, semakin banyak pula bilangan penagih dan seakan-akan tidak lagi mampu dibendung, bermula dari ratusan kes penagihan dadah sekitar tahun 1970an telah meningkat kepada angka lebih 1 juta penagih sekarang dan dijangkakan pada tahun 2020 negara akan memiliki kira-kira 3 juta penagih.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan masalah penagihan dadah di kalangan muda-mudi hari ini merupakan satu daripada bala Allah secara diam-diam kepada umat hari ini, hasil daripada tidak mempedulikan syariat Islam yang terkandung dalam al-Quran.

“Masalah penagihan dadah merupakan bala Allah yang ditimpa kepada manusia secara diam-diam hasil daripada tidak menghargai dan mepedulikan al-Quran dan Syariat Islam dalam urusan kehidupan harian termasuk memerintah negara,” katanya di majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Hafazan Al-Quran Mengikut Kaedah Masjidil Haram Al- Makki, di Bunut Payung dekat sini baru-baru ini.

“Masalah penyalah gunaan dadah tidak akan mampu untuk diselesaikan selagi pihak berkuasa yang menggubal undang-undang di negara ini tidak mahu menerima kaedah dan peraturan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan Sunnah sebagai undang-undang negara,” ujar beliau lagi.

Tambah Tuan Guru, dalam usaha menghidupkan budaya menghafaz al-Quran yang masih baru bagi masyarakat Melayu, kerajaan negeri telah berusaha menubuhkan beberapa pusat tahfiz seperti Maahad Tahfiz Pulai Chondong di Machang dan terbaru Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah.

“Melalui usaha kerajaan negeri hasilnya hari ini semakin banyak pusat-pusat tahfiz yang ditubuhkan oleh orang perseorangan atau pihak swasta di negeri ini, malah beberapa tahun dahulu dimaklumkan terdapat hampir 40 pusat pengajian Tahfiz di seluruh Kelantan.”

“Percambahan pusat-pusat pengajian tahfiz ini merupakan hasil daripada kesungguhan kerajaan negeri bagi melahirkan rakyat yang bukan sahaja berilmu tetapi juga hafiz al-Quran,” katanya lagi.

Beliau turut menyarankan agar membaca dan menghafaz serta mendalami ilmu yang terkandung di dalam al-Quran dapat dijadikan budaya masyarakat Kelantan.
Image
Sementara itu, Pengerusi Maahad Tahfiz Mua’az Bin Jabal, Ustaz Wan Hassan Wan Othman berkata, objektif penganjuran pertandingan ini adalah bagi mendedahkan ilmu hafazan al-Quran bermodelkan kaedah yang diajar di Masjidil Haram Makkah.

“Ia juga bagi memperkenalkan Pusat Pengajian Tahfiz Mu’az Bin Jabal itu sendiri kepada masyarakat umum selain bertujuan mengeratkan hubungan antara guru, pelajar dan masyarakat setempat.”

Menurutnya Pusat Tahfiz ini menggunakan sisitem pengajian yang digunakan di Masjidil Haram Makkah iaitu sisitem pengajian hafazan secara separuh masa bagi memberi peluang kepada anak-anak penduduk tempatan yang berminat untuk menghafaz al-Quaran dan masa sama mereka masih boleh bersekolah di sekolah biasa.

“Setakat ini seramai 285 pelajar sedang mengikuti pengajian tahfiz di pusat ini dan mereka datang belajar hafazan di sebelah petang iaitu selepas pulang daripada sesi persekolahan biasa di sebelah pagi,” ujarnya.

Menurut beliau setakat ini terdapat kira-kira 12 pusat tahfiz persendirian dan swasta yang menggunakan sistem pengajian hafazan secara separuh masa di negeri ini.

Pusat Tahfiz Mu'az Bin Jabal telah muncul sebagai johan keseluruhan pertandingan hafazan Al-Quran Karim mengikut kaedah Masjidil Haram Al-Makki. terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori satu juzu', kategori lima juzu' dan kategori 10 juzu'.

Bloggers, kehadirannya membawa warkah pembelaan di alam maya - Nik Aziz


Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan kehadiran dan kewujudan 'bloggres' yang pedas mengkritik kerajaan mutakhir ini untuk membawa warkah pembelaan di alam maya.


Menurutnya, krisis akan timbul apabila manusia yakin bahawa mereka tidak dapat lagi menikmati kebebasan untuk memuja, menyembah dan melaksanakan Islam dengan segala kemerdekaan fikrahnya, dengan tunduk kepada Allah semata-mata.

"Di ketika itu, bagaikan air yang deras mengalir, air itu akan melanda batas-batas buatan yang dicipta, atau air itu boleh menggali lubang dari bawah benteng untuk melepasi segala halangan.

"Demikian juga dengan 'bloggers'.Hakikat wujudnya 'bloggers' berpunca daripada fitrah semulajadi manusia yang cenderung membawa warkah pembelaan di alam maya, melalui kemudahan internet. Mungkin disebabkan berita dan media yang sedia ada terlalu terkongkong,"katanya dalam ucaptama sempena Majlis Makan Malam 20 Tahun Harakah di sebuah hotel dekat sini pada 19 Ogos lalu.

Antaranya ialah Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Syed Husin Ali; Naib Presiden PAS, Muhamad Sabu dan Ustaz Ahmad Awang; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli;

Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, Dato' Mustafa Ali; Ketua Biro Penerangan DAP, Ronnie Liu; Pengerusi MTRK, Dato' Ibrahim Ali;Pengerusi GMI; Syed Ibrahim Syed Noh; Presiden MTUC, Syed Sharir Syed Mohamood; Eksekutif Koordinator Suaram, S.Arutchelvan; kolumnis Harakah, Rustam A.Sani dan Abdul Shukor Harun dan beberapa wakil NGO lain serta kira-kira 800 tetamu.

Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau tertarik untuk menyentuh tentang bloggers setelah mengikuti kes pengendali lkaman web Malaysia-today, Raja Petra Kamaruddin dan tulisan bekas Ketua Pengarang News Straits Times Press (NSTP), Dato' Abdul Kadir Jasin,.

Katanya, barangkali terlalu ramai orang yang berkuasa menggunakan demokrasi untuk menggunting, meminda dan mengubahsuai demokrasi untuk membunuh demokrasi.

Justeru bloggers yang setia kepada nilai kebebasan berkarya dalam mepertahankan hak, sudah tentu mencari jalan untuk mengikut lurah naluri, kata Menteri Besar Kelantan itu.

"Bagaikan anak kecil yang dahagakan susu, walaupun anak itu dari bangsa Melayu, atau Inggeris, atau Jepun, atau Siam, dia akan menangis dan meraung. Tanpa perlu diajar ia akan bersuara dalam suara kemanusiaan yang serupa. Suara yang menuntut agar haknya dikembalikan,"katanya.

Dalam konteks media dan bloggers, mereka sedang melaungkan mesej yang satu, yakni kembalikan kebenaran dan hak kepada rakyat yang mengundinya, katanya.

"Banteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tegakkan keadilan. Kembalilah kepada sebab-sebab asal kenapa kita perlu merdeka di tahun 1957 itu. Dan apa peranan Islam dalam mengisi erti kemerdekaan tanah air,"ujarnya.

Jika semua pihak kembali kepada sejarah Nabi Muhammad s.a.w, kehadiran bloggers ini ada asasnya, katanya.

"Sewaktu Nabi Muhammad mengerjakan haji, baginda berkhemah di Mina, baginda bergerak dari khemah ke khemah di malam hari. Menyampaikan mesej-mesej dakwah dan pesanan-pesanan mengenai kebenaran Islam.

"Bukan setakat itu, baginda susuli pula dengan melantik nuqaba' yakni ejen-ejen media yang menjadi proksi kepada wahyu-wahyu kebenaran yang diterima oleh Rasulullah s.a.w,"ujarnya.

Tuan Guru Nik Aziz berpendapat, peranan yang dimainkan oleh sesetengah bloggers hari ini, ada yang menyerupai apa yang dijalankan oleh para nuqaba' yang pernah dilantik oleh Rasulullah s.a.w itu lebih seribu tahun dahulu, katanya.

..harakahdaily....

Bangkit nyatakan kebenaran!- Nik Aziz


Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Firman Allah (mafhumnya) :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pendedahan yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

(Surah an-Nahl, ayat 125)

Marilah kita mengucapkan ribuan syukur ke hadrat Allah subhanahu wataala, di atas segala nikmat kurnia Nya yang telah dianugerahkan kepada kita.

Di antara banyak-banyak nikmat, puncak segala nikmat ialah nikmat iman. Dengan kalimah La ilaha illallah, kita sesunggunya telah diberikan sebuah lagi kunci kebebasan.

Sejak dilahirkan lagi kita sudah bebas dari sebarang cengkaman. Sepatutnya kita cuma patuh dan tunduk kepada Allah subhanahu wataala semata-mata.

Lain-lain peraturan dan undang-undang cumalah datang kemudian. Ia boleh dipatuhi selagi boleh dikira masih tidak merampas kebebasan kita tidak menghalang kita dari menjalankan tugas dan fungsi asasi kita, yakni memperhambakan diri kepada Allah subhanu wataala semata-mata.

Jika peraturan, isme atau undang-undang yang dicipta manusia tiba-tiba boleh menghalang perjalanan kita untuk terus mengabdikan diri kepada Allah subhanahu wataala. Maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem hidup kita itu.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dihormati sekalian,

menyentuh tentang memperhambakan diri dan ketaatan kepada Allah subhanahu wataala semata-mata, manusia ini tanpa mengira bangsa. Bahasa adalah ciptaan Allah sebagaimana penciptaan langit dan bumi, udara dan alam seluruhnya; manusia hidup dalam keadaan yang sangat berhutang dengan Allah Subhanahu wataala.

Hutang budaya ini perlu dan wajib dibayar kerana ia membawa sampai ke mati. Itu adalah fitrah namanya. Jika saya diizinkan berpantun : Maka dentumannya telah menusuk kalbu ;

pisang emas dibawa belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budaya dibawa mati.

alam keadaan terhutang budi itulah, mustahaknya pengawal media bertindak sebagai para daie. Dia di ketika itu bukan lagi bertindak sebagai pemburu berita untuk semata-mata memberikan berita insiden dan kejadian.

Tetapi dia, yakni wartawan itu wajib menyampaikan sesuatu yang benar. Yang benar ertinya : Segala apa yang berlaku di bumi Allah biarlah selari dengan apa yang termaktub di luh mahfuz di langit.

Bahkan jauh dalam kesedaran diri setiap wartawan, mereka juga harus memikul tanggungjawab moral untuk mengasuh dan mendidik masa dengan adab dan akhlak.

Mereka mesti membawa semangat saling berpesan-pesan dengan dengan perkara hak dan penuh kesabaran. Firman Allah subhanahu wataala : (surah al-Asr)

Bagaikan seutas tali yang dihulur oleh guru pengakap, untuk dipegang oleh anak-anak pengakap, yang dilatih berjalan di waktu malam agar selamat bergerak ke destinasi, berbukit dan berlurah.

Begitulah juga dengan wartawan. Mereka seumpama orang celik yang menghulurkan tali ke dalam perigi.

Untuk menyelamatkan mangsa yang sedang bertarung dengan lemas. Khalayak pembaca dan orang ramai amnya itu, adalah seumpama mereka yang sedang bertarung dengan kelemahan dan perlu diselamatkan.

Tali itu adalah seutas ' hablullah'. Tali Allah yang tidak boleh putus. Ia terjuntai mengalir dari dasar ilmu yang membuak-buak dari perigi Allah subhanahu wataala yang diwahyukan kepada nabi-Nya Muhammad Sallallahu alayhi wasallam. Yang diberi nama Al-Quran.

Al-Quranul Karim adalah cermin menjeaskan segala keinginan, watak dan fitrah semulajadi manusia. Ibarat anda membeli sebuah jentera mahal.

Akan sentiasa gelisah selagi tidak diberi buku guide daripada engineer jentera itu sendiri.

Al-Quranul Karim adalah guide suci yang turun sendiri oleh Allah azza wajalla sebagai al-Khaliq, al-Bari', al-Musawwir, Maha Pencipta alam sejagat, untuk insan melayari bahtera hidupnya selamat berlabuh di akhirat, di syurga.

Justeru, tidak boleh jadi, jika dunia media kita enggan tumbuh dalam persekitaran fitrah sedemikian.

Kerana menegakkan makruf adalah fitrah semulajadi, dan membenci kemungkaran adalah juga sebuah kesedaran yang sangat serasi dengan kejadian azali setiap manusia.

Menghidupkan berita, rencana dan analisa yang membawa mesej dan semangat sedemikian tidak lebih dari memulangkan sirih ke gagang.

Memandangkan Islam itu bersifat fitrah universal, ia sentiasa sesuai untuk dihidangkan kepada seluruh warga dunia.

Semesti dan selogiknya, ia akan sesuai dengan selera masyarakat antarabangsa tanpa mengira bangsa, samada Inggeris, Cina, India, Kadazan, Amerika, Arab, Bajau, Melanau, Jawa atau Melayu.

Cabaran untuk meyakini Islam itu sebagai formula sezaman, bagi merungkai pelbagai masalah. Seharusnya dipikul oleh setiap wartawan.

Pertama, untuk meyakininya, dan kedua untuk beramal dengannya. Soal teknik dan kaedah adalah perkara perlaksanaan. Ia boleh datang kemudian. Ia juga penting tetapi tidak sepenting persoalan utama yang saya sebutkan di awal tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Saya agak tertarik juga untuk menyentuh tentang bloggers dalam isu terkini. Ada jugalah saya ikuti kes Raja Petra, dalam Malaysia-Today atau tulisan-tulisan Dato' Abdul Kadir Jasin, bekas ketua pengarang News Straits Times.

Pada dasarnya, semua ini kembali kepada soal fitrah. Seperti yang saya katakan tadi, semua manusia pada asalnya dilahirkan bebas. Dia sejak dari azali lagi adalah hamba Allah. Keadaan dia diperhambakan oleh sesama manusia atau sistem, atau isme atau fahaman ; itu datang kemudian.

Krisis, akan timbul apabila manusia yakin bahawa dia tidak dapat lagi menikmati kebebasan untuk memuja, menyembah dan melaksanakan Islam dengan segala kemerdekaan fikrahnya, dengan tunduk kepada Allah subhanahu wataala semata-mata.

Di ketika itu, bagaikan air yang deras mengalir, air it akan melanda batas-batas buatan yang dicipta, atau air itu boleh menggali lubang dari bawah benteng untuk melepasi segala halangan.

Demikian juga dengan bloggers. Hakikat wujudnya bloggers berpunca daripada fitrah semulajadi manusia yang cenderung membawa warkah-warkah pembelaan di alam maya, melalui kemudahan internet. Mungkin disebabkan berita dan media yang sedia ada terlalu terkongkong.

Barangkali terlalu ramai orang yang berkuasa menggunakan demokrasi untuk menggunting, meminda dan mengubahsuai demokrasi untuk membunuh demokrasi.

Bloggers yang setia kepada nilai kebebasan berkarya dalam mepertahankan hak, sudah tentu mencari jalan untuk mengikut lurah naluri.

Bagaikan anak kecil yang dahagakan susu, walaupun anak itu dari bangsa Melayu, atau Inggeris, atau Jepun, atau Siam, dia akan menangis dan meraung. Tanpa perlu diajar ia akan bersuara dalam suara kemanusiaan yang serupa. Suara yang menuntut agar haknya dikembalikan.

Dalam konteks media dan bloggers, mereka sedang laungkan mesej yang satu, yakni kembalikan kebenaran dan hak kepada rakyat yang mengundinya.

Banteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tegakkan keadilan. Kembalilah kepada sebab-sebab asal kenapa kita perlu merdeka di tahun 1957 itu. Dan apa peranan Islam dalam mengisi erti kemerdekaan tanah air.

Jika kita kembali kepada sejarah Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam, kehadiran bloggers ini ada asasnya.

Sewaktu Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam mengerjakan haji beliau berkhemah di Mina, baginda bergerak dari khemah ke khemah di malam hari.

Menyampaikan mesej-mesej dakwah dan pesanan-pesanan mengenai kebenaran Islam.

Bukan setakat itu, baginda susuli pula dengan melantik nuqaba' yakni ejen-ejen media yang menjadi proksi kepada wahyu-wahyu kebenaran yang diterima oleh Rasulullah sallahu alayhi wasallam.

Pada saya, peranan yang dimainkan oleh sesetengah bloggers kita, ada yang menyerupai apa yang dijalankan oleh para nuqaba' yang pernah dilantik oleh Rasulullah sallahu alayhi wasallam itu lebih seribu tahun dahulu.

pokoknya di sini, selagi wartawan dan pengamal media menyampaikan berita yang benar, fakta yang sahih, menganalisa berasaskan kebenaran dan realiti, maka dia sedang menjalankan satu tugas yang cukup mulia.

Hakikat inilah yang sebenarnya sedang digeruni oleh musuh-musuh Islam. Bloggers dan pengamal media alternatif digeruni dan dicemburui, kerana dilihat mampu menghidangkan berita-berita yang segar.

Ia semakin ditakuti kerana dilihat mampu membongkar kepalsuan 'demokrasi olok-olok' yang sedang diamalkan di depan mata khalayak ramai yang sedang melangkah ke alam tanpa sempadan.

Orang ramai benar-benar diajak berfikir, bukan diasak dengan sogokan berita basi dan keracunan sekadar untuk menjadi pak turut tahu mengikut.

Bermula dari akujanji, maka berjanjilah semua pihak untuk taat membuta tuli kononnya demi bangsa dan demi negara.

Dalam suasana usia Harakah yang sudah menjangkau dua puluh tahun ini, saya sengaja menyentuh perkara-perkara paksi yang sepenting ini. Semoga ia mampu mencetuskan sebuah fikiran ke hadapan.

Syabas kepada Harakah kerana tabah mengharungi gelombang ujian yang segetir ini. Kalau pak tani yang buta huruf pun tak serik-serik dengan kemarau yang melanda dan banjir yang memusnahkan tanaman, inikan yang celik huruf menjulang Harakah, gerak dan aktif dan ke depan tanpa kasar, keras. Wallahu a'lam.

Dengan lafaz yang mulia : Bismillahirrahmanirrahim, mari kita sama-sama merasmikan majlis luar biasa ini.

(Ucapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, sempena Majlis Makan Malam 20 Tahun Harakah, di Hotel Grand Seasons, 19 Ogos 2007)

...harakahdaily....

Thursday, August 16, 2007

Tun Dr M bersama Bloggers

Oleh JiwoKelate

mTun Dr Mahathir Mohamad menyeru supaya orang Melayu tidak lagi memberi sokongan padu kepada kepimpinan negara hari ini yang disifatkan telah banyak melakukan kerosakan dan yang membiarkan amalan rasuah berleluasa mutakhir ini.

“Bila menang besar, pemimpin akan kata ini semua kerana mereka dan mereka akan bermegah dengan kemenangan itu.


Semasa UMNO semakin meningkatkatkan tekanan terhadap kelahiran para blogger, bekas presiden parti itu Dr Mahathir Mohamad memeinta mereka yang tidak puashati untuk terus memberi tekanan kepada pihak kerajaan.


g

Di dalam satu pertemuan dengan para bloggers hari ini, Mahathir menyifatkan blogger sebagai “harapan terakhir” yang ada untuk menyuarakan masalah di dalam negara ini.

“Melihat kepada pentadbiran negara yang terlalu lemah dengan amalan rasuah cukup membarah, rakyat pula mudah dibeli dengan hanya nilai suapan RM200 ia hanya akan menjurus kepada kemusnahan negara ini (membahayakan negara),” katanya dalam Majlis Prihatin Malaysia (PRIMA) di Yayasan Kepimpinan Perdana yang dihadiri oleh oleh lebih 200 bloggers.
“Orang Melayu dia undi Umno tanpa sebab, kalau letak tongkol kayu pun sebagai calon Umno, mereka akan pangkah dan Umno akan menang. Berbeza dengan orang Cina orang Cina ada perkiraan untuk menyokong mana-mana parti,” katanya sinis.

b“Orang Cina dia buat penilaian, tak semesti ahli MCA akan undi MCA dan tidak semestinya ahli DAP akan undi DAP, begitu juga Gerakan. Itu sebab kita tengok macam di Pulau Pinang, ada kalanya MCA memang, ada kalanya DAP menang dan ada kalanya Gerakan menang kerana orang Cina akan menilai undi untuk agenda mereka,” katanya.

Sementara itu beliau juga membuat kenyataan sinis memperli Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin yang disifatkan sebagai seorang yang ditaktor.

Kenyataan itu dibuat setelah seorang hadirin bertanya, benarkah ada persamaan yang dibuat oleh seorang penulis akhbar berbahasa Inggeris bahawa sikap Dr Mahathir sama dengan Khairy.

“Saya dulu dituduh sebagai diktator dan macam-macam lagi, jadi kalau nak samakan Khairy dengan saya, ialah, tetapi saya bukan diktakor kerana saya dalam membuat keputusan boleh mengubah semula keputusan setelah ada orang yang menasihati saya,” katanya sinis.

tMajlis tersebut turut diserikan dengan penyerahan Memorandum 20 tuntutan mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar oleh ProWaris yang diketuai oleh Feriz Omar kepada Dr Mahathir.

Mengenai pembangunan negara, Dr. Mahathir berkata, kerajaan tidak perlu menjemput orang luar untuk turut sama merangka pembangunan ekonomi negara ini kerana rakyat dan para pelabur tempatan mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya.

Menyentuh tentang Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), beliau melahirkan rasa bimbang sekiranya sebahagian besar pembangunan wilayah itu dikuasai oleh orang asing khususnya rakyat Singapura.

y

Bersama Datuk Ruhanie Ahmad, Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong dan pengendali blog Kuda Kepang, Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Salahuddin Ayub serta Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.

Bercakap soal Pilihan Raya Umum ke-12, beliau yakin pilihan raya kali ini akan dijalankan dengan penuh rasuah dan penggunaan wang.

Beliau mendapat maklumat bahawa kini adanya usaha untuk mengumpul dana oleh pihak tertentu untuk menyumbang kepada dana pilihan raya.

Justeru, beliau yakin sekali kepimpinan Umno yang membenarkan rasuah berlaku di negara ini akan menggunakan rasuah dalam pilihan raya akan datang.

Baginya, jika orang Melayu memilih pemimpin yang melakukan rasuah dan memberi undi kerana sogokan RM200, bermakna kepimpinan yang akan menerajui negara adalah kepimpinan yang rasuah.

Beliau kecewa dengan sikap orang Melayu yang sedemikian rupa yang tidak berfikir untuk menentang pemimpin yang rasuah yang boleh merosakkan negara.

Malah hari ini amalan rasuah telah sebati, dan perasuah akan dibebaskan hanya dengan menafikan tuduhan ke atas mereka ini.

Justeru, beliau sekali lagi melahirkan keyakinan bahawa kepimpinan negara yang ada hari ini adalah kepimpinan yang bermasalah yang perlu ditolak oleh orang Melayu dan rakyat.


[
Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz sempat bertukar pandangan
dengan Tun Dr Mahathir selepas ucaptama.


Begitupun beliau mahu Umno kekal sebagai kerajaan yang memerintah, sambil meletak keputusan kepada rakyat untuk memilih kepimpinan yang boleh menggantikan pemimpin yang ada hari ini.

Sementara itu beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan awam hari ini yang dilihat semakin buruk berbanding ketika era pemerintahannya.


g
Sempat bergambar dengan Jeff Ooi dan Datuk Marina Mahathir.

Katanya lagi, hari ini rakyat bimbang untuk keluar rumah memandangkan jenayah pembunuhan yang menjadi-jadi, setelah pembunuh yang sah membunuh bebas setelah mahkamah membebaskan dengan pendakwaan dikatakan gagal menampilkan bukti.

Ini membuatkan keadaan tidak lagi selamat, katanya.

Mahathir: Harapan Kini Terletak Kepada Para Blogger

mOleh Andrew Ong
Terjemahan Greenboc

Semasa UMNO semakin meningkatkan tekanan terhadap kelahiran para blogger, bekas presiden parti itu Dr Mahathir Mohamad meminta mereka yang tidak puashati untuk terus memberi tekanan kepada pihak kerajaan.

Di dalam satu pertemuan dengan para bloggers semalam, Mahathir menyifatkan blogger sebagai “harapan terakhir” yang ada untuk menyuarakan masalah di dalam negara ini.

“Umno telah lumpuh sepenuhnya. Ia tidak boleh melakukan apa-apa (untuk membetulkan dirinya). Harapan yang tinggal kini hanyalah kepada para blogger,” tegas Mahathir semasa ucapan selama dua setengah jam kepada seramai lebih kurang 100 blogger di ibupejabat Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Mahathir bercakap mengenai pemerhatian tentang sikap tidak bertoleransi pemimpin Umno terhadap kritikan mengenai rasuah, kronisma dan nepotisma.

Beliau yang sejak dua tahun lalu mengkritik beberapa pemimpin parti, khususnya terhadap pengganti yang dipilihnya sendiri, iaitu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya yang sangat berkuasa, Khairy Jamaluddin, yang juga Timbalan Ketua Pemuda Umno.

Sebelum ini, Mahathir cuma meluahkan sokongan senyapnya terhadap para penentang siber, sekalipun pernah menyifatkan malaysiakini sebagai “pederhaka kepada negara” sewaktu beliau memegang kuasa.

‘Mesti berani’

Mutakhir ini, ramai pemimpin Umno menunjukkan sikap penentangan yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap para blogger yang mengkrtik kerajaan dan polisi-polisinya.

Mahathir juga merujuk interogasi lapan jam pihak polis terhadap pemilik website politik Raja Petra Kamarudin adalah satu contoh bagaimana pihak berkuasa mengugut para bloggers.

“Anda perlu mengumpulkan tenaga. Anda perlu bercakap dengan orangramai. Sekalipun anda ditangkap, pergi dan terus bercakap... Jika anda seorang saja yang melakukannya,ia belum memadai.

“Jika anda ingin melakukan sesuatu yang positif, anda perlu menyediakan kesemuanya, seramai yang mungkin, dan lakukan secara terbuka dan nyatakan secara tegas dan nyaring,” kata Mahathir yang disambut dengan tepukan yang bergemuruh dari para hadirin.

Dengan mengambil contoh satu syarahan di universiti tempatan, Mahathir meluahkan kekecewaannya dengan pelajar yang menyalahkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (UUCA) sebagai alasan untuk tidak menyuarakan isu berkenaan.

“Terdapat banyak cara untuk bermain dengan syarat dan peraturan ini. Jika anda mahu, jika anda sayang negara ini, anda perlu ambil risikonya,” tambah beliau.

Tulis dengan cermat

Walaubagaimana pun, Mahathir menasihati bloggers supaya berhati-hati di dalam tulisan masing-masing dan elakkan dari terjebak dengan publisiti negatif.

“Terdapat bloggers yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, serangan peribadi, beruk, monyet... orangramai akan berkata ‘itukah perangai blogger? Manusia yang tak berguna! (Lebih baik) baca media arus perdana. (New) Straits Times yang menulis kebenaran,’” kata Mahathir dengan cara sindirannya yang selalu dilakukan.

Terhadap pilihanraya yang bakal tiba, Mahathir mendakwa akan berlakunya pembelian undi yang berleluasa seperti yang ditunjukkan di dalam pilihanraya kecil Ijok Selangor dan Batu Talam Pahang.

“Menjadi semacam pasti di dalam pilihanraya akan datang ini, banyak duit akan dibelanjakan untuk membeli undi... jika parti yang memerintah melakukan ini, kita akan dikuasai oleh kerajaan yang terang-terangan terlibat dengan rasuah,” ujarnya.

“Dengan RM200, orang telah bersedia untuk menjual undinya. Mereka bukan sahaja menjual undinya. Dia jual maruahnya (he is selling his dignity).”

Wednesday, August 15, 2007

Kelantan terus membangun, tiada sebab tukar kerajaan

Oleh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat

gSETELAH Perdana Menteri Malaysia berpeluang meletakkan batu asas jambatan Sultan Yahya Petra kedua pada 2 Ogos 2007 lalu, saya dapat perhatikan satu saranan kuat menggesa rakyat untuk menukar kerajaan.



Pengerusi Umno Negeri Kelantan sampai merayu-rayu supaya rakyat sedar bahawa kononnya kerajaan PAS yang dipimpin oleh saya di Kelantan cepat-cepat ditumbangkan kerana kononnya PAS-led state government could not afford to build the infrastructure and provide services which could lure investments. Beliau merayu dengan kata-kata, please realise this. (NST 12 Ogos 2007).



Dato’ Mustapa Mohamad pula menggesa supaya Kelantan diganti dengan pucuk pimpinan baru dan tidak lagi memilih “Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak sihat.” (Berita Harian 12 Ogos 2007).

Saya melihat begini. Orang yang waras di Kelantan tidak akan bercakap mengenai penukaran sebuah kerajaan tanpa sebarang sebab syarie. Orang yang waras akan meniru dan melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sewaktu berhubung dengan kerajaan-kerajaan di luar daripada Kerajaan Islam Madinah.

Dalam hal ini, mesej kunci yang perlu ditelaahi pemimpin-pemimpin Umno ialah firman Allah S.W.T. dalam ayat-ayat seperti berikut:

“Katakanlah: Hai ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada sesuatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah (puja) kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah).” - (Surah Ali’Imran: Ayat 64).

Berasaskan ayat ini, Nabi S.A.W. telah mengajak pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar dari kerajaan-kerajaan yang tidak Islam pada waktu itu supaya bersatu dan tidak berselisihan dengan cara kembali kepada satu punca kuasa sahaja yakni kuasa Allah S.W.T.

Surat baginda ini dibuka dengan perkataan “Aslim Taslam” yang bermaksud “Islamlah kamu dan anda akan selamat”. Ini bererti bahawa gesaan untuk menukar kerajaan yang sudah pun komited terhadap Islam tidak berbangkit langsung.

Sebaliknya jika ada pun peringatan kepada sebuah kerajaan Islam Kelantan maka peringatan itu hendaklah membawa maksud peringatan untuk kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Soalnya, mampukah para pemimpin Umno mengingatkan kami dengan pesanan sedemikian sedangkan merekalah yang menolak Islam dan menukar ganti Islam itu dengan faham kebangsaan? Mereka yang tolak Islam. Serentak dengan itu mereka menentang kami yang bergerak atas asas Islam.



Allah telah menjadikan setiap Nabi dan Rasul Alaihissalam ini memuja Allah dan tidak bersyirik kepadaNya. Apa yang dibuat oleh kerajaan yang komited terhadap Islam di Kelantan ini adalah berpandukan apa yang dibawa oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

Demikian kami bertekad dan demikian jualah apa yang kami sedang usahakan. Kami membina keyakinan ini di atas analogi bahawa padi dan beras yang kita makan atau getah dan sawit yang kita semai dan tuai ini semuanya adalah daripada Allah S.W.T.

Seawal dan seasalnya setiap butir benih itu adalah dari kurniaan Allah S.W.T. Padi yang kita tanam ini adalah dari tahun lalu. Dan akhirnya kita bertemulah dengan benih padi yang asasnya dibuat oleh Allah S.W.T. Demikian juga dengan manusia yang berasal dari ayah, datuk, nenek yang akhirnya datang dari benih Adam A.S.

Allahlah Yang Maha Bijaksana dan telah menjadikan sesuatu itu dari tiada (Al-‘Adam) kepada ada (Al-Wujud).

Hakikat seluruh kejadian dicipta ini, semuanya bertujuan untuk memainkan peranan Ubudiyyah dan semuanya diisyaratkan dengan jelas dalam lafaz firman Allah yang berbunyi “Wamaa Kholaqtul Jinna Wal Insaana Illaa Liya’buduun”.

Demikian juga dalam Surah Al-Mulk, ayat kedua, Allah mengisytiharkan bahawa “Dia yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik aktivitinya.”

Prinsip ubudiyyah ini telah diwartakan dalam Kitab-Kitab besar yang telah diturunkan dari langit sejak zaman berzaman. Dia telah dengan kemasnya disempurnakan secara muktamad dengan Al-Quran seperti yang kita petik dari dua ayat di atas tadi.

Islam seterusnya menetapkan pembalasan di akhirat yang dilambangkan melalui kewujudan nikmat Syurga dan azab Neraka sebagai satu lagi asas keimanan.

Sewaktu Isra’ dan Mi’raj, Junjungan kita S.A.W. telah dibawa secara live untuk meninjau dua projek raksasa Allah yakni Syurga dan Neraka.

Ia sememangnya wujud. Ia sesuatu yang “real” dan tidak ada pertikaian dalam kesedaran hidup setiap orang beriman. Saya sesungguhnya tidak nampak apa lagilah cara terbaik yang ada, yang boleh menarik saudara-saudara saya dari Umno untuk kembali kepada titik persamaan dan kesedaran perpaduan berpaksikan kalamullah yang sepenting ini.

Jika pemimpin Umno boleh faham tentang premis fikiran orang-orang yang beriman sudah tentu tidak timbul soal menggesa rakyat untuk menukar kerajaan yang meletakkan Islam sebagai dasar hidup dan fikrah perjuangannya.

Soal peruntukan yang banyak daripada Kerajaan Persekutuan juga tidak timbul kerana tidakkah negara ini adalah berkonsepkan sistem pemerintahan federalisme? Dalam perlembagaan Persekutuan, ada senarai Persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama.

Kami akui bahawa ada projek jalan raya, lebuh raya, hospital, klinik, sekolah, jambatan yang dibina oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi apa salahnya?

Jika Kelantan terus diperintah oleh PAS, apa masalah? Projek dalam jumlah berbilion-bilion ringgit datang dan kita boleh terus berganding bahu untuk membangunkan Kelantan.

Masing-masing pihak memainkan peranan dalam kapasiti dan bidang kuasa dan purview yang telah ditetapkan.

Apa sangatlah yang hendak disusahkan Kelantan berada di bawah PAS? Siapa berani menafikan bahawa tahap pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan yang sedang dinikmati oleh rakyat Kelantan pada tahun 2007 jauh lebih baik daripada zaman pra-1990 sewaktu berada di bawah pemerintahan Umno?

Bahkan apa yang lebih istimewa ialah di bawah pimpinan Parti Islam SeMalaysia di Kelantan kita ada pembangunan kerohanian yang cukup membanggakan.

Kita haramkan riba dengan memindahkan Akaun Kerajaan dari bank konvensional kepada bank Islam. Sampai sekarang pun saya perhatikan negeri-negeri lain belum lagi melakukan perkara ini.

Begitu juga dengan pajak gadai Islam Ar-Rahn yang telah dibuka di seluruh pelusuk negeri. Kita telah cuti dua hari seminggu yang telah ditiru oleh kerajaan Pusat.

Kita naikkan jumlah cuti bersalin yang juga telah ditiru oleh kerajaan Pusat. Kita menggalakkan wanita menutup aurat. Kita haramkan kedai-kedai judi. Mengawal dengan ketatnya penjualan arak dan premis tempat minum. Akhir-akhir ini kita telah melancarkan skim insurans Kifaalah.

Kita membuka peluang program Pembangunan Ladang Rakyat untuk disertai pelbagai kaum tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan bahasa. Pendek kata kita telah berusaha dan sedang berikhtiar dengan bersungguh-sungguh untuk membangun spiritual umat dengan membangun generasi sejak di alam persekolahan lagi.

Dalam konteks ini kita ada sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) sebagai tapak semaian ke arah melahirkan rakyat Kelantan sebagai insan yang faham akan fungsi perhambaan terhadap Allah S.W.T.

Dengan latar belakang ini, saya juga tidak faham logik yang cuba dibawa di sebalik gesaan pemimpin Umno untuk menukar kerajaan. Sepatutnya mereka yang menggesa pemimpin kebangsaan menukar dasar.

Soal saya tidak sihat, tidak timbul kerana orang yang sihat pun boleh mati. Dan, boleh jadi yang sihat hari ini tidak lagi sihat di pagi esok.

Dalam keadaan kononnya saya tidak sihat ini pun, Umno naik susah. Jadi, susah Umno ini bukan kerana saya tidak sihat tetapi kerana ia lahir dari kewujudan saya dan persoalan-persoalan yang saya kemukakan gagal dijawab sampai sekarang.

Adakah maksud ditukar kerajaan supaya bertukarlah kerajaan yang pro-Islam kepada kerajaan yang pro-sekular dan pro-perkauman berteraskan Melayu?

Mahukah rakyat Kelantan kembali kepada kegelapan sedangkan mereka saban hari mendoakan supaya mereka dapat keluar daripada “zulumaat” kepada kerajaan yang mempunyai “Nuur”.

Saya sesungguhnya cukup khuatir dengan amaran Allah S.W.T. melalui firmanNya yang bermaksud:

“Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ada ombak (pula), di atasnya (lagi) ada awan; gelap gelita yang tindih bertindih apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” - (Surah An Nuur: Ayat 40).

Mudah-mudahan kita tidak termasuk di kalangan orang yang menyeru supaya kembali semula kepada kegelapan.

9 pelajar wanita cabuli rakan belum insaf?


Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Harian Metro bertarikh 4 Ogos 2007 menyiarkan berita bertajuk "9 pelajar menangis minta maaf". Berita ini berkaitan dengan isu bagaimana seorang pelajar perempuan telah dibelasah dan dirakamkan aksi bogel di Felda Keratong baru-baru ini.

Dilaporkan bahawa sembilan pelajar yang terlibat dalam "keganasan" ini telah memohon maaf sambil menitis air mata keinsafan sebaik mengulurkan sepuluh jari kepada mangsa.

Majlis penuh pilu itu diadakan di Sekolah Menengah Felda Keratong I, di sini, dengan disaksikan ibu bapa sembilan pelajar terbabit dan Shashim Shah Harun, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar kira-kira jam 3.30 petang semalam (3 Ogos 2007).

Saya tidak pasti apakah punca sebenar pelajar-pelajar perempuan ini bertindak ganas sebegitu rupa tetapi alasan yang diberikan bahawa tindakan mereka kerana terdorong kerana sikap panas baran meninggalkan pelbagai tanda-tanya kepada saya dan mungkin juga kepada masyarakat umum.

Harian Metro pada 31 Julai 2007 melaporkan bagaimana kronologi kejadian ini:

i. Mangsa dikunjungi dua rakan sebelum dipelawa minum air batu campur di sebuah warung, kira-kira jam 4 petang. Tanpa mengesyaki sesuatu, mangsa kemudian menunggang motosikal manakala dua rakan menaiki kereta Perodua Kancil ke rumah seorang lagi rakan tidak jauh dari rumah mangsa untuk mengajaknya keluar.

ii. Sebaik tiba di rumah itu, tujuh rakan menunggu di ruang tamu manakala ibu bapanya tiada di rumah.

iii. Mereka kemudian bertanya kepada mangsa sama ada mengejek seorang daripada mereka dengan gelaran "gemuk" dan apabila mangsa mengakuinya, kumpulan pelajar sangseng ini menarik rambut, menumbuk dan menyepak mangsa sehingga tersungkur.

iv. Kumpulan pelajar samseng ini bertindak ganas seperti "singa betina" terlepas sangkar terus membuka baju-T dan seluar jeans dipakai mangsa sebelum memotong tali baju dalam dan seluar dalam mangsa.

v. Mangsa cuba meronta dan menangis serta merayu tidak diperlakukan sedemikian dan dilepaskan tetapi sembilan rakan itu tidak mempedulikan mangsa.

vi. Ketika dibogelkan, tiga daripada mereka merakamkan gambar mangsa tanpa pakaian menggunakan telefon bimbit sebelum diugut tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga.

vii. Jika mangsa engkar, mereka mengancam menyebarkan gambar bogel itu selain mengupah lelaki merogol mangsa di depan mereka.

Peristiwa hitam ini bukannya berlaku di New York, Manhattan atau di Los Angeles tetapi berlaku di Felda Keratong di negeri Pahang yang melibatkan anak-anak melayu beragama Islam yang juga generasi kedua FELDA.

Sudahlah dibelasah tanpa belas kasihan, pakaian ditanggalkan, pakaian dalam dipotong dan dirakamkan perbuatan terkutuk itu melalui kamera telefon bimbit.

Ustazah seks?

Sebelum itu, pada 2 Ogos 2007 Harian Metro telah melaporkan mengenai ketua kumpulan yang membelasah dan merakamkan gambar bogel ini digelar "ustazah seks". Gelaran itu dilabelkan kepada beliau kerana perangai dan perwatakkan beliau yang berbeza diluar dan di dalam waktu sekolah.

Difahamkan, ketika di sekolah, ketua kumpulan samseng terbabit dikatakan begitu baik termasuk bertudung seperti "ustazah", sebaliknya berubah perangai dan gaya seperti "bohsia" dan gemar bertukar teman lelaki di luar waktu sekolah. Pelajar terbabit didakwa:

i. Gemar bergaul dengan ramai lelaki tanpa mengira usia tidak kira siang atau malam selain dikatakan sering bertukar teman lelaki.

ii. Semua lelaki muda dikatakan mengenali pelajar terbabit berikutan perangainya itu selain memiliki daya "penarik" untuk menggoda lelaki terbabit sebelum diajak keluar bersama.

iii. Watak penggodanya mampu memanggil beberapa lelaki lain supaya merogol mangsa jika mangsa menceritakan kejadian malang itu kepada keluarganya.

iv. Mengugut mangsa membuktikan pelajar itu tidak takut dengan undang-undang kerana yakin perbuatannya akan dimaafkan ibu bapa mangsa selain dapat meneruskan semula persekolahan seperti biasa.

Inikah ertinya kemerdekaan kita? Mungkin inilah nilai kemerdekaan kita dibawah kepimpinan UMNO/Barisan Nasional sejak 50 tahun yang lalu. Rakyat didesak untuk meraikan kemerdekaan tetapi terlalu banyak kepincangan yang menghantui rakyat termasuklah isu ekonomi, keselamatan dan masa depan generasi muda.

Kita mungkin tidak dapat pernah menyangka bahawa pada ketika ini kita akan berhadap dengan masalah sosial generasi muda yang runtuh akhlaknya. Kisah yang melibatkan penderaan terhadap seorang pelajar perempuan oleh rakannya sendiri di Felda Keratong ini sudah pastinya menggusarkan kita.

Apa yang cukup bimbang adalah kejadian ini melibatkan sekumpulan pelajar perempuan yang merupakan anak-anak Melayu daripada generasi kedua FELDA. Bayangkan, anak-anak perempuan kini mampu dilabelkan sebagai "samseng" bukan sekadar mengugut tetapi sanggup memukul, membogelkan dan merakamkan gambar bogel rakan mereka sendiri.

Saya tidak nafikan ramai generasi anak-anak melayu FELDA berjaya dalam akademik dan kehidupan mereka tetapi ramai juga yang tercicir dan akhirnya menimbulkan masalah kepada keluarga dan masyarakat.

Gelaran "ustazah seks" sudah tentu merosakkan imej golongan ustazah di dalam negara kita. Bila digelar seperti itu, kita boleh bayangkan bagaimana hebatnya "lakonan" pelajar bermasalah ini, ibubapa, keluarga dan guru-guru tentu telah terpedaya dengan watak yang waraknya sedangkan hakikatnya segala-galanya adalah muslihat belaka.

Pergaulan bebas tanpa batasan merangsang sikap buruk anak-anak muda dan akhirnya mencambahkan sikap degil dan kurang ajar serta biadap. Mengugut untuk mengupah kumpulan lelaki merogol mangsa di hadapan mereka sekiranya perbuatan keji mereka ini dilaporkan kepada ibubapa sudah tentunya menggambarkan kebiadapan pelajar-pelajar ini.

Saya percaya bahawa peristiwa ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada mangsa. Rakaman gambar mangsa yang didera dan dibogelkan telah disebarkan dan bukan mudah untuk menghilangkannya. Mangsa terpaksa bertukar sekolah kerana tidak sanggup berhadapan dengan keadaan.

Sebab itulah apabila saya membaca berita "9 pelajar menangis minta maaf" saya tidak percaya bahawa peristiwa ini telah menginsafkan kumpulan pelajar ini.

Tindakan pelajar-pelajar ini perlu diambil tindakan disiplin yang tegas. Kesemua pelajar-pelajar ini mesti dihantar ke pusat pemulihan akhlak supaya mereka sedar bahawa tindakan mereka ini bukannya perkara kecil yang mampu dilupuskan dengan linangan air mata.

Selamatkan masa depan anak-anak kita

Kejadian ini juga mesti dipandang serius oleh pihak-pihak berwajib termasuklah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa sistem yang ada pada hari ini perlu dikaji semula. Walaupun kejadian ini berlaku di luar waktu sekolah tetapi mereka yang terlibat adalah merupakan golongan pelajar. Alasan "kes yang terpencil" yang sering menjadi jawapan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamudin Tun Hussien tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan kelemahan yang berlaku.

Saya pernah menyarankan agar kuasa mendisiplinkan pelajar mesti diserahkan semula kepada guru. Berilah kepercayaan kepada guru untuk membentuk jati diri anak-anak yang masih bersekolah kerana guru adalah insan yang paling hampir dengan pelajar serta mampu memahami psikologi mereka.

Keprihatinan ibubapa terhadap perlakuan dan aktiviti anak-anak juga mesti dipertingkatkan kerana cabaran yang dihadapi oleh anak-anak pada hari ini sangat tinggi dan tidak cukup dengan hanya memberikan sepenuhnya kepercayaan kepada anak-anak.

Masa depan anak-anak muda ini adalah masa depan kita bersama. Runtuhnya akhlak mereka akan meruntuhkan masa depan negara.

sumber:harakahdaily

Tuesday, August 14, 2007

Bersama Dr Haron Din: Manusia boleh masuki alam jin?


Dato' Dr Haron Din

Banyak perkara ganjil berlaku. Salah satu yang ganjil adalah cerita mengenai manusia yang dilarikan jin masuk ke alamnya dan hilang dari alam manusia. Beberapa ketika kemudian orang berkenaan muncul balik dan memberitahu dilarikan jin. Ada orang kampung saya yang hilang, selepas tujuh hari mencarinya, tiba-tiba dia ditemui di belakang rumahnya. Betulkah cerita-cerita sebegini. Harap Dato' dapat jelaskan.

SUBHAN JAMAL,Kuala Langat


Saya pun banyak mendengar cerita seperti yang saudara sebutkan itu. Boleh dipercayai atau tidak, jawapan saya boleh.

Cerita sebegitu boleh dipercayai. Tetapi ingin saya berpesan, jangan sesekali kita mempercayainya bulat-bulat tanpa diselidiki sehalus-halusnya.

Dunia kita ini didiami oleh banyak makhluk. Manusia, jin, haiwan, unggas-unggas, ikan dan sebagainya. Apabila kita berkongsi tempat tinggal di dunia ini, maka dengan sendirinya kita akan berinteraksi dengan semua makhluk ini.

Kita akan berjumpa, berkawan, bersapa, bermusuh dan sebagainya.

Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa.

Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya): "Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: "Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu........(hingga akhir ayat)." (Surah al-Anfaal, ayat 48)

Kesimpulan daripada ayat ini menurut ahli tafsir, adalah peristiwa dalam Perang Badar, apabila syaitan yang zahir dalam bentuk manusia, dikenali menyerupai Suraqah bin Malik bin Jukshum.

Suraqah (syaitan tadi) bersama dengan bala tenteranya, kononnya mahu menolong kuffar Makkah ketika itu untuk mengalahlan umat Islam.

Akhirnya apabila bertemu kedua-dua pasukan, Suraqah bersama bala tenteranya, lintang pukang cabut lari dari medan peperangan. Rupa-rupanya Suraqah dan tenteranya, bukan Suraqah sebenar yang dikenali oleh puak Musyrikin, ia adalah jelmaan syaitan.

Jelas daripada ayat ini, menunjukkan syaitan (makhluk halus) boleh berubah menjadi makhluk kasar, dan atas perkara yang sama, makhluk kasar (seperti manusia) boleh berubah menjadi makhluk halus. Manusia boleh hilang pada pandangan mata kasar dan berada dalam alam makhluk halus.

Dalam Kitab Gharaib Wa'ajaaibul Jinn karangan Al-Muhadith al-Qadi Badruddin as-Syubli, di halaman 99 ditulis suatu tajuk ‘Hukum ke atas isteri yang suaminya dilarikan jin’.

Diceritakan di dalam bab tersebut, bahawa pada zaman Umar al-Khattab (r.a.) menjadi khalifah, seorang perempuan mengadu kepada Umar tentang kehilangan suaminya (dilarikan jin). Umar bertanyakan wanita tersebut dan membenarkan dakwaannya.

Umar memberi hukum, perempuan itu terpisah dengan suaminya dan hendaklah ber'idah selama 4 tahun. Sesudah genap ber'idah, dia mendatangi Umar sekali lagi untuk meminta kebenaran berkahwin.

Setelah berkahwin dengan suami yang kedua, suami pertama yang hilang dahulu muncul semula dan mereka bersengketa kerana perempuan itu ada dua orang suami.

Mereka mendatangi Umar semula kerana dialah yang membenarkan perempuan itu berkahwin.

Umar berkata kepada suami pertamanya mengapa kamu menghilang diri begitu lama. Lalu lelaki itu menjawab dengan mengatakan beliau mempunyai alasan yang kuat kerana, dia ditawan oleh jin sepanjang masa dia hilang tersebut. Dia akhirnya dibebaskan.

Umar memberikan pilihan kepada suami yang pertama itu iaitu, sama ada hendak bersama dengan isterinya, dia akan memfasahkan perkahwinan kedua, atau dia menceraikan isterinya kerana ada suami yang kedua dan dia berhak mendapat kembali mahar yang dibayarnya semasa berkahwin dahulu.

Kisah ini dengan sendirinya membenarkan cerita bahawa terdapat manusia yang hilang kerana disembunyikan makhluk halus dan boleh kembali semula.

Namun demikian tidak semua cerita seperti ini benar. Kadang-kadang ada orang yang mengambil kesempatan, dia menghilang diri, bukan disorok jin, tetiba muncul semula dengan dakwaan sedemikian.

Tidak mustahil, orang yang mempunyai masalah dirinya, menghilangkan diri daripada orang ramai dengan pergi ke tempat yang jauh, akhirnya pulang dengan masalah-masalah yang tertentu.

Hal sebegini, kes-kes manusia dihilangkan jin jarang berlaku. Ianya kes terpencil, kita patut berhati-hati. Wallahua'lam. - lanh

Saturday, August 11, 2007

PAS menang jejak pendapat TV3, Umno panik?

Oleh klpos

tv3JARANG-jarang benar kita tengok jejak pendapat yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 berlawanan dengan hasrat bos-bosnya. Tapi entah apa malangnya, keputusan jejak pendapat yang disiarkan oleh stesen TV percuma paling ramai penonton itu 10 Ogos lalu amat berlainan.

Dari awal lagi, pembaca berita TV3 dok sebut pepatah Melayu 'angan-angan mat jenin', yang maksud lebih kurangnya adalah impian yang mustahil dicapai atau syok sendiri.

Ungkapan itu berdasarkan kata-kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Soalannya jejak pendapat TV3 amat mudah, 'Harapan PAS Tawan 40 kerusi Parlimen hanya angan-angan Mat Jenin?' setuju atau tidak. Kalau setuju jawab A, kalau tidak jawab B.

Selain temubual dengan Muhyiddin ada juga pendapat Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, nampak sangat dari segi pemberitaannya, cubaan untuk spin supaya ramai yang hantar A iaitu setuju.

Bagaimanapun di akhir laporan Buletin Utama, keputusan mendapati 60 peratus tidak setuju bahawa ia angan-angan Mat Jenin seperti yang dikatakan oleh Muhyiddin.

Dalam kata lain hanya 40 peratus sahaja yang setuju dengan pandangan bahawa sasaran itu adalah angan-angan Mat Jenin.

Kalau game, kira malam tadi PAS dah menang satu kosong.

Panik juga pemimpin Umno khabarnya, mau tak panik, Buletin Utama merupakan rancangan paling ramai penonton dalam semua siaran TV di Malaysia.

2.5 juta penonton Buletin Utama

Setiap malam, purata penonton yang tengok TV3 antara 2.2 juta hingga 2.5 juta. Bukan klpos.com kata, syarikat yang buat rating TV yang bagi angka itu.

Sampaikan Menteri Penerangan Datuk Zainudin Maidin yang kena jaga RTM, kata dia tidak percaya pada rating tersebut.

Begitupun keputusan itu tidak disiarkan secara penuh dan diumumkan oleh pembaca berita berbanding bancian sebelum ini yang mana pembaca berita akan membacakan keputusan dan memaparkan grafnya sekali.

Adakan keputusan itu sebenarnya memalukan mereka setelah terdahulu sebelum itu mereka dilihat bersungguh-sungguh membacakan tajuk 'Harapan PAS Tawan 40 kerusi Parlimen hanya angan-angan Mat Jenin?.

Keputusan itu hanya diumumkan dengan berita ringkas yang menghiasi ruang berita kecil di bawah garisan kamera yang memfokuskan kepada pentas tempat pemberita TV3 membaca berita.

Cerita ini bermula apabila, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata partinya mempunyai hajat besar dalam pilihanraya umum kali ini.

"PAS mensasarkan 40 kerusi parlimen untuk dimenangi dalam pilihanraya akan datang," kata Husam.

PAS kini mempunyai tujuh kerusi parlimen yang dimenangi oleh parti itu semasa pilihanraya umum Mac 2004 lalu, dan jika ditambah dengan 33 kerusi lagi maknanya jumlah itu melebihi 13 kerusi iaitu 27 yang dimenanginya semasa pilihanraya umum tahun 1999 ketika Barisan Nasional.

Enam kerusi parlimen parti itu kini ialah di Kelantan iaitu Tumpat, Pengkalan Chepa, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian dan Pasir Putih. Satu lagi ialah di Pendang, Kedah.

Semasa pilihanraya umum 1999 PAS yang bertanding di 62 kerusi parlimen menang 10 kerusi di Kelantan, 8 Kedah, 7 Terengganu dan 2 Perak.

Sasar Kelantan, Perak, Kedah Perlis

Bagi kerusi dewan undangan negeri pula dari 236 kawasan yang ditandingi ia menang 98 iaitu 41 di Kelantan, 28 Terengganu, 12 Kedah, 6 Pahang, 4 Selangor, 3 Perlis, 3 Perak dan 1 Pulau Pinang.

Husam Musa memberitahu para wartawan selepas satu acara di Kota Bharu Khamis PAS kini memfokuskan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang bagi menguatkan parti itu di Dewan Rakyat.

Beliau tidak menghuraikan cara bagaimana parti nak menawan kerusi sebanyak itu.

Katanya parti itu yakin ia mampu buat kejutan berdasarkan kekuatan parti terutamanya di Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.

Husam juga tidak menyebut sama ada kesepakatan telah dicapai dalam soal pembahagian kerusi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dengan parti itu.

Menurutnya banyak sumbangan dapat diberikan parti itu seandainya mereka mampu memenangi 40 kerusi parlimen. klpos, harakahdaily, agendadaily

Tarbiyah penting bagi mendidik manusia


Ustaz Zain Hashim

Tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih praktis dengan pengamalan Islam yang sering diabaikan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta, ia juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia.


Para ulama telah membahagikan konsep tarbiyyah kepada beberapa bahagian :

*Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan)

*Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal)

*Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan)

*Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental)

*Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak)

*Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir)

*Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi)

*Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain.

Apa yang hendak difokuskan di sini adalah Tarbiyah Jiwa manusia agar lebih baik dari sebelum ini, kalau pun sudah baik, ia akan diarah untuk menuju yang lebih baik, ia satu pendekatan kebaikan yang diterima di sisi Allah dan dinilainya sebagai benar-benar baik, kerana manusia hari ini, melihat sesuatu yang baik itu berdasarkan pandangannya semata-mata, kadang-kadang dilihatnya baik, tetapi bagi Allah ia bukan perkara baik.

Begitulah sebaliknya, kadang-kadang manusia melihatnya tidak baik, tetapi bagi Allah baik, sebagai contoh, ada seorang yang suka membantu orang lain, tetapi pada masa yang sama, dia mengingkari perintah Allah sebagai menafikan hukum hudud dan sebagainya, apakah Islam masih melihat orang seumpama ini sebagai orang baik, maka perlu kepada satu kayu pengukur untuk meletakkan amalan seseorang itu diterima di sisi Allah SWT.

Kaedah Tarbiyah Jiwa yang berkesan buat setiap Muslim :

1- Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh, menghubung diri kepada Allah serta menyerahkan diri kepada-Nya dengan rasa kerdil di hadapan-Nya, menerusi pelaksanaan amalan wajib dan meninggalkan egala larangan-Nya.

2- Memperbanyak dan membudayakan pembacaan al-Quran, merenung setiap susunan kata-katanya dan berfikir terhadap rahsia kejadian alam dan sebagainya.

3- Memperbanyak membaca dan mentelaah kitab-kitan agama berunsur nasihat, bimbingan, kaunseling lebih-lebih lagi yang memperkata masalah hati, penyakit dan rawatannya.

4- Rajin untuk hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dan forum agama yang boleh membangkitkan kesedaran diri untuk melakukan taubat kepada Allah.

5- Mampu untuk menjaga waktu dengan baik dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa mensia-siakannya.

6- Mesti yakin pada diri untuk berhubung dengan Allah.

7- Bergaul dengan golongan yang baik-baik, terutamanya para ulama yang boleh menunjukkan jalan kebenaran, kesabaran dan sentiasa menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar.

8- Beramal serta menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi secara praktikal.

9- Bermuhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan, sama ada ia baik di sisi Allah atau sebaliknya.

10- Menghina diri di hadapan Allah akan segala kesalahan, keterlanjuran sama ada berupa dosa kecil apatah lagi dosa besar dan bersegera untuk memohon keampunan daripada-Nya.

11- Mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia yang mengajak kepada perkara yang melalaikan, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti amal ibadat kepada Allah SWT.

12- Bersabar terhadap karenah manusia tanpa jemu menyeru mereka untuk berpegang kepada Islam dalam apa jua keadaan, kerana ini adalah sebaik-baik tindakan yang perlu ada dalam setiap diri orang Islam.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua agar mampu melakukan apa yang disarankan seperti yang tersebut di atas, bagi menghadapi sisa-sisa hidup dalam melakukan perkara-perkara yang diredai oleh-Nya, Amin.

Agenda harian ‘Tarbiyah Ruhiyyah’

Dalam masa umat Islam sibuk dengan urusan dunia, yang sebahagiannya menyibukkan seseorang itu dari tunduk beribadat kepada Allah SWT, terdapat jenis manusia yang alpa dari berzikir kepada-Nya.

Zikir bukan mesti melalui cara yang formal dengan memegang biji tasbih, malah dalam keadaan berjalan, berdiri, duduk atau berbaring, ia boleh dilakukan dengan penuh rasa minat dan bertanggungjawab kepada-Nya. Dalam kesempatan yang terbatas ini, marilah kita perhatikan konsep ‘Tarbiyah Ruhiyyah’ atau pendidikan jiwa untuk mengisi kekosongan hati kita dengan mengingati Allah SWT.

1- Memelihara solat-solat fardu secara berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau dengan penuh kesungguhan, kerana solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat.

2- Memelihara amalan-amalan sunnat qabliyyah dan ba’diyyah.

3- Memelihara wirid dan zikir selepas solat serta zikir-zikir pagi dan petang seperti Ma’thurat.

4- Sentiasa mengucapkan lafaz istighfar iaitu “Astaghfirullah” sebanyak mungkin sebagai pengakuan melakukan kesalahan terhadap Allah.

5- Sentiasa membudayakan pembacaan al-Quran serta merenung dan bertadabbur (memerhati) isi-isi kandungannya.

6- Memelihara dan konsisten walau dua rakaat sunat solat qiyamullail.

7- Menghalakan pengharapan dan ketundukan sebenar hanya kepada Allah SWT.

8- Bersedekah secara sembunyi bagi mengelak diri daripada ditimpa bala Allah.

9- Memelihara kelas-kelas pengajian ilmu agama bagi menghidupkan minda dan roh yang sudah lama mati dan beku.

10- Berusaha untuk berkhidmat kepada orang Islam yang boleh merapat dan memperkasakan persaudaraan sesama muslim.

Amalkan cadangan agenda di atas, insya-Allah anda akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup anda sebagai muslim yang benar-benar komited dengan Islam. Wallhu ‘Alam. – lanh

blogger templates | Make Money Online